Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rendang Ayam yang Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya mengaku, ini adalah kali pertama saya memasak menu rendang tanpa paste instant & tanpa pemantauan mama & mak. Alhamdulillah, menjadi & sedap di tekak. Resipinya saya ambil di web kak @aziekitchen . Saya ada olah sedikit MENGIKUT citarasa & cara masak mama & mak.

Sebenarnya tidaklah susah nak masak rendang ni cuma yang sedikit renyah adalah menyediakan bahannya. Bahan hiris, bahan kisar, bahan goreng semua nak kena standby. Kiranya dalam 1 jam dah boleh settle (jika buat sorang2). Ini bahannya. Saya guna sepenuhnya gula putih dek kerana tiada stok gula melaka.

Bahan:
1 1/2 ekor ayam goreng
2 kotak santan kotak - saiz kecil
2 sudu besar kerisik
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1-2 sudu besar gula
2 keping asam keping

Bahan hiris:
1 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit - 1 helai dihiris halus

Bahan kisar:
2 senduk cili kering kisar
10 biji bawang merah
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 biji buah keras

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang yang dihiris sehingga kekuningan, masukkan bahan kisar & tumis lagi sehingga naik bau & pecah minyak.
2. Masukkan santan & air secukupnya. Terus masak dengan api sederhana. Kerapkan mengacau. Bila sudah menggelegak dengan jayanya, masukkan ayam goreng. Masak sehingga kuah pekat & pecah minyak.
3. Masukkan garam, gula, gula Melaka (jika ada stok) & asam keping serta daun kunyit. Setelah pecah minyak, baru dimasukkan & kerisik.
4. Kacau hingga mesra & tutup api. Hidangkan dalam mangkuk besar & taburkan hirisan daun kunyit. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...