Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Bila tanya suami nak makan ikan goreng apa, pantas dia request ikan siakap masal sambal. Nasib le juga nak makan ikan, kalau tak ayam aje semedang... Hehehe... Cuma suami saya jenis makan ikan saiz besar bukan saiz kembung. Bukan apa, dia ada bad history dengan ikan kecil ni sebab tercekik tulang hingga sengsara nak keluarkan. Wife dia ni, bagilah ikan apa pun, on aje. Dapat ikan sepat goreng, lagilah happy sangat (sebab saya ada kenangan indah dengan arwah nenek masa dia belikan ikan sepat di pasar).
Ini resipi siakap masak sambal versi saya. Jika anda jenis suka pedas dan berkuah, tambah aje cili dan air skit ya.
Bahan:
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
1 camca besar tepung jagung*
Sedikit garam*
2 batang serai, diketuk
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
2 batang cili merah besar
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan air
Gula & garam secukup rasa
Minyak untuk menumis & menggoreng
Penyediaan:
1. Lap kering ikan siakap yang bersih & sadurkan dengan lada sulah, tepung jagung & garam. Perap dalam 10 minit. Kemudian goreng. Selepas masak, angkat, toskan & ketepikan.
2. Untuk bahan sambal, kisar kasar cili padi & cili merah.
3. Panas sedikit minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bawang besar, bawang putih, halia & serai. Masak hingga naik bau. Setelah itu, masukkan cili yang dikisar. Masak hingga sedikit garing. Kemudian, masukkan jus limau kasturi, gula & garam secukup rasa. Masak seketika, siap. Ikan siakap masak sambal ni sedap sangat makan dengan nasi putih dengan gulai lemak udang. Memang terangkat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan