Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Spicy Chicken Bites, buat sendiri puas hati.
Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Spicy chicken bites, menu simple untuk kudap-kudap makan ayam goreng. Yang ni versi boneless. Kalau anda suka pedas, cicah dengan sambal ayam penyet atau sambal ikan bilis, marbeles...
Jika anda ada masak nasi goreng, letak sekali dengan spicy chicken bites ni. So, takdelah nampak kosong aje nasi goreng kita. Nak lagi best, boleh add on sekali telur dadar (nampak imaginasi bila makan nasi goreng masak and makan sendiri ni).
Bahan:
3 Isi ayam dipotong panjang
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah/putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil garlic powder
1 sudu kecil serbuk oregano
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum, garam, lada sulah, lada hitam, paprika, garlic powder, oregano. Gaul mesra. Kemudian, pecahkan telur ayam dalam 1 mangkuk kecil & kocokkan ia. Ketepikan.
2. Panaskan minyak guna api sederhana. Setelah panas, sadurkan 1 potongan ayam pada campuran tepung, kemudian sadurkan pada telur & sadur kembali pada tepung. Goreng dalam kuali. Goreng hanya dalam 5-6 hiris sekali gus. Jangan banyak-banyak.
3. Goreng hingga keemasan, angkat & toskan. Ulang proses tadi sehingga ayam habis. Spicy chicken bites ini sedap dimakan dengan nasi, cicah sos atau sambal atau makan begitu sahaja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan