Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Masa Hadapan, Tiada Siapa Dapat Menjangka

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...


Semalam, sedang saya dok godek-godek FB tetiba saya tergodek beberapa profil rakan-rakan lama. Yang dalam friendlist & bukan friendlist saya. Yang bab bukan friendlist ni, sebenarnya saya kenal mereka sebagai sebaya dengan saya cuma kami tak berapa rapat. Tegur-tegur begitu dan thats it. Finish.

Saya memang tak ramai kawan dahulu dan saya memang tak ada best friend (sebab saya ditikam belakang @ betrayed by my own best friend). Jadi, semua orang adalah kawan saya. Rapat atau tidak sahaja. When time passing by, we have our own life with new environment. Yang sesuai ditetapkan Allah untuk kita.

Dan masa saya godek-godek FB dan lihat profil dan timeline rakan-rakan yang ada di sana, saya dapat lihat dan observed banyak perkara. Pada pemerhatian mata kasar saya:

  1. Ada mereka yang bijak masa sekolah, rezekinya mereka bijak dan berjaya juga dalam hidup dan pekerjaan.
  2. Ada yang bijak masa sekolah, kehidupan dan pekerjaan mereka sekarang ini Alhamdulillah, berjaya dalam bidang yang mereka minati meskipun tak berjaya dengan superb nya.
  3. Ada yang nakal yang amat masa sekolah dulu tapi menjadi seorang yang amat penyayang dan lemah lembut dengan keluarga, anak-anak dan orang keliling.
  4. Ada yang muka macam 'crook' dulu tapi pekerjaan yang dilakukannya banyak membantu meringankan beban orang lain kelilingnya meskipun hanya kecil kerja sahaja.
  5. Ada yang tidak pandai masa sekolah dahulu, tapi Subhanallah, dia berjaya sehingga dapat menjawat jawatan yang lebih baik dari yang pandai dahulu.
  6. Ada yang kadang-kadang nakal dan merenyam masa belajar dahulu tapi sekarang, menjadi seorang yang agak menjaga bab agama dan pergaulannya.
  7. Ada juga dahulu yang agak baik dan 'sedikit alim' (pandangan masa belajar dululah), tapi sekarang she/he anda faham sendiri ajelah.
  8. Ada juga yang masih sama seperti dahulu tingkahnya.
Bila dilihat pada peralihan umur dan pertukaran watak kita, keadaan sekeliling, pergaulan dan tekanan hidup banyak memberi impak dalam setiap perjalanan hidup. Ia bukan sahaja memberi impak pada diri sendiri malahan pada orang lain. 

Dan Alhamdulillah, saya diperkenalkan oleh Allah dengan beberapa orang rakan yang baik-baik. Jika ada yang tidak berapa baik atau nakal dahulu, saya sedikit menjauh dari mereka. Bukan kerana apa, ada perkara yang dilakukannya membuatkan hati saya tidak enak malahan saya tahu impak buruk akan kena pada saya jika terus mengikut (mana taknya, sebelum saya kena marah dengan abah saya yang dahulunya seorang tentera dan sedikit tegas, ada baik saya tak ikut. Sia-sia aje kena marah atau apa yang patut masa tu).

Saya teringat 1 hadis ini yang berkaitan dengan pemilihan dan pergaulan dengan sahabat/kenalan.

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang bergaul dengan orang yang soleh dan orang yang bergaul dengan orang yang jahat ibarat orang yang membawa kasturi dan orang yang  menghembus alat menyalakan api. Orang yang membawa kasturi, sama ada ia memberikannya kepada kamu atau kamu membelinya atau mendapat bau yang baik. Manakala orang yang meniup alat menyalakan api, sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau kamu mendapat bau yang busuk."
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Namun begitu, menjauhkan diri dengan sehingga memandang hina pada rakan atau orang yang kita tidak rapat itu bukanlah satu perangai yang baik. Allah dan Rasul tidak suka kita memandang rendah dan memperlekehkan orang dengan sewenang-wenangnya. Seperti saya katakan tadi, walaupun sekecil mana kerja atau sekecil mana gaji yang diterima, pasti ada amalan lain yang dilakukannya memudahkan urusan seharian orang lain. Tak percaya? Cuba anda lihat orang yang mengutip sampah setiap minggu di hadapan/belakang rumah kita. Jika bukan itu kerja mereka, rasanya dah bertimbun sampah yang tak terbuang dek kerana penggunaan kita sendiri. Begitu juga dengan orang yang menjual burger, nampak memang tak gah seperti orang yang memandu Mercedes, Hummer atau Bimmer tapi adakala mereka yang memandu kereta gah ini juga, akan singgah berhenti di gerai burger lantaran panggilan perut yang mahu diisi (ingat ada masa ke nak masak sendiri kalau dah lapar atau lewat malam sangat). 


Pengalaman banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dengan orang keliling, berhati-hati menutur kata dan berhati-hati membuat persepsi. Adakala apa yang terlintas di fikiran, jangan terus diterima. Selidik dahulu dan berfikir kembali untuk memastikan sama ada lintasan hati itu baik atau tidak. Kerana syaitan selalu membisikkan kata-kata yang kita suka dengan dan andaikan.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum (daripada kalangan lelaki) mencemuh kaum lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dicemuh) itu lebih baik daripada mereka (yang mencemuh) dan janganlah pula suatu kaum wanita mencemuh wanita lain (kerana) boleh jadi mereka (wanita yang dicemuh) lebih baik daripada mereka (wanita yang mencemuh). Janganlah kalian mencela diri dan janganlah pula kalian memanggil (orang lain) dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah kefasikan sesudah keimanan. Sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Surah al-Hujurat: 11)

Apapun tingkah kita, jika ada melakukan kesalahan pada masa lalu, berusahalah untuk berubah. Adakala perubahan dan ujian yang diberikan oleh Allah lebih 'makan dalam' selagi mana kita tidak mahu berubah (bab ni saya dah kena juga). Jadi, berusahalah untuk menjadi seorang yang baik berlandaskan pada al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Muhammad s.a.w. adalah lelaki hebat yang patut dicontohi segala tingkahlaku dan keputusannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...