Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Cubaan pertama buat Popia Pisang & Sos Vanila

Alhamdulillah, cubaan pertama saya berhasil. Resipi popia pisang ni yang saya ambil dari My Little Kitchen. Terima kasih Hazila.

Untuk pisang ni, saya potong-potong sebab anak-anak sedara saya ramai. Kalau ambil seketul, alamatnya sorang dpt makan satu popia ajelah.

Jom saya kongsikan resipinya dengan anda semua.

Popia Pisang:
1. Pisang masak
2. Kulit popia
3. Air (untuk gam kulit popia)

Sos Vanila
1. 1 Cawan susu segar
2. 1/2 Cawan gula
3. 1 Sudu teh vanila extrak
4. 2 sudu makan mentega
5. 1/2 Sudu makan tepung jagung
6. Garam

Penyediaan:
1. Hiris pisang nipis.
2. Letakkan pisang di atas kulit popia. Jika pisang tak berapa masak, boleh tabur gula di atasnya.
3. Gulung seperti menggulung popia & letak sedikit air supaya ia melekat.
4. Goreng hingga kekuningan.

Penyediaan sos vanila:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Guna api sederhana.
2. Kacau perlahan hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.

Setelah letak gambar di Facebook, semua orang suka untuk mencubanya. Sampaikan adik lelaki saya di Perak pun sibuk request suruh buatkan bila jumpa hujung minggu nanti. Kak Yati pula sarankan agar saya taruk kelapa dan badam untuk popia pisang yang akan dibuat akan datang. Hmmm... lepas ni saya mesti mencubanya kak... :)

Selamat mencuba semua...

InsyaAllah, temui "Resipi Nenek" di Pesta Buku Selangor 2011... :)

Alhamdulillah...
Saya dapat berita dan gambar ni pada hari Jumaat lepas. Hari ni baru berpeluang letak di blog.

InsyaAllah, buku terkini dari saya terbitan Jemari Seni, Adiwarna bakal muncul di Pesta Buku Selangor hari Jumaat ini. Buku yang ideanya diperolehi apabila sedang memasak di dapur dan komen kakak ipar pada anaknya. Jadinya, sesiapa yang ingin mencuba resipi sedap dari ibu mertua saya buat anak dan menantu serta saudara-maranya, bolehlah dapatkan buku ni. Resipinya ada di dalam.

Nak tau resipi apa, dapatkanlah buku ini untuk anda dan anak2. Pasti menu berkhasiat ini mampu membuatkan kita semua sihat. InsyaAllah...

Di sini saya sertakan sedikit sinopsisnya ya...

Nabila - “Wahai cik adik bertiga, kalau kau orang berani, masuklah pertandingan masakan ni. Berani ke?”

Fairuz - “Baik! Kami sahut cabaran kau. Kau ingat kami ni bodoh sangat ke tak tahu memasak?”

Nabila dan Fairuz pernah menjadi rakan karib. Kerana kekayaan dan pangkat, Fairuz berubah hati. Nabila dibencinya. Dia hanya berkawan dengan rakan-rakan yang setaraf dengannya.

Pertandingan memasak akan diadakan. Nabila mencabarnya. Dalam keterpaksaan, dia dan rakan-rakan sekufu dengannya terpaksa menerima cabaran Nabila. Cabaran yang memang tidak disangka-sangka.

Jadi, siapakah yang menang dalam pertandingan masakan tersebut? Mampukah Fairuz mengalahkan Nabila yang menggunakan resipi nenek untuk menjeratnya? Dan, apa pula yang berlaku sebaik sahaja pertandingan tamat?

Alangkah indahnya jika punya pemimpin seperti Muhammad Al-Fateh...

Hari Sabtu baru lepas barulah saya khatam baca buku Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel. Masa mula2 baca tak berapa trill sangat tapi bila dah masuk time ayahanda baginda mangkat dan baginda mula hendak merealisasikan hadis Rasulullah s.a.w. iaitu "Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."

Untuk merealisasikan hadis ini, Sultan Muhammad Al-Fateh melalui banyak cabaran, dugaan dan halangan. Namun seperti kata Rasulullah s.a.w. Sultan Muhammad Al-Fateh memang seorang ketua yang. Baginda sentiasa mengikut perintah Allah dan Rasul, bermuafakat dalam mendapatkan kata putus bagi sesuatu keputusan, tidak suka pada hiburan, seorang yang penyabar, bijak dan banyak lagi kriteria baik yang dimiliki oleh baginda.

Antara bab-bab yang terkesan pada saya apabila membaca buku ini ialah sewaktu baginda mencari kuburan sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Abu Ayub Al-Ansari (pemilik rumah yang ditumpangi baginda sewaktu tiba di Madinah). Apabila baginda terjumpa kuburan Abu Ayub Al-Ansari, mayatnya masih lagi elok dan tidak reput. Apabila mereka yang menjumpai sebelah kaki Abu Ayub Al-Ansari yang terlunjur itu, mereka bergilir-gilir menciumnya. Namun, apabila tiba giliran Sultan Muhammad Al-Fateh, kaki itu mengelak. Baginda mencuba lagi tetapi kaki itu tetap mengelak. Sebaik baginda bertanya pada guru agamanya, Syeikh Syamsudin al-Wali, beliau menyatakan, "Abu Ayub Al-Ansari berasa malu sekiranya kakinya dicium oleh seorang pemimpin yang baik seperti Tuanku. Dia berharap benar bahawa dialah orang yang disebut Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya. Tetapi pilihan Allah jatuh kepada Tuanku. Sebab itu dia berasa malu kepada Tuanku."

Mampukah pemimpin generasi kita sekarang ini menjadi seperti baginda???

Hanya DIA yang Maha Mengetahui...

Thank you ya Allah... Hadiah Puteri Elina 3

Alhamdulillah... Buku ke-5 saya sudah di'publish' di laman web Karnadya.
Meskipun bertajuk 'Hadiah Puteri Elina 3' (HPE3) namun kisahnya tidaklah bersambung dari siri yang lalu. Cuma ada pertambahan watak dan lebih banyak lagi barangan ajaib yang dimunculkan kali ini.

Pengajaran yang saya selitkan di dalam HPE3 ini ialah terimalah segala takdir dan perancangan yang baik dengan seadanya. Sifat tamak tidak akan membawa kita ke mana-mana. Malah akan memberati fikiran dan emosi kita lagi.

Anak kucing yang nakal

Rumah saya memang banyak kucing. Mak dan ayah mertua saya memang penggemar kucing. Hubby saya pun boleh tahan manjakan kucing2 ni. 2 bulan yang lepas 2 ekor ibu kucing ni selamatlah melahirkan anak2 kucing mereka. 6 ekor kesemuanya. Dan tanpa dapat diduga, 2 ekor lagi anak kucing yang sesat dah tertambah dalam koleksi kucing di rumah ni.

Semalam satu kejadian agak sadis telah berlaku. Sebelum keluar rumah sekarang ni, saya kena pastikan si kenit2 ni jauh dari tayar kereta. Ialah, kang tak pasal2 jadi pankek anak2 kucing yang cute ni.

Masa hubby nak reverse kereta, saya dan ayah mertua saya terpaksa 'berusaha' mencari si kenit2 ni. Agar dapat dilonggokkan di satu tempat. Tak pasal2 kami kena kira anak2 kucing ni cukup ke tidak (dah macam cerita P.Ramlee dalam Ahmad Albab pulak bila nak kira kambing). Last skali ayah mertua saya kata, "ok, dah cukup. Boleh reverse." Apalagi hubby pun reverse le slow2.

Kami pun dengan senang hati lepas tu keluar rumah nak berjalan. Tengah kami dok sampai ke simpang tak berapa jauh dari rumah, tetiba hubby bersuara, "Eh! Tu bunyi anak kucingkan?"
Pantas saya senyap dan pasang telinga. Dan sesaat kemudian, sah-sah saya dengar suara mengiau. "Yang, ada kucing kat enjin kot. Cepat berenti," arah saya segera.

Apa lagi, hubby pun terus ke tepi. Bila bukak bonet enjin, kita orang dok jenguk2. Mencari.
"Dah, mana pulak kucing ni? Tadi mengiau, ni senyap pulak," hubby bersuara agak geram. "Yang, telefon abah balik, kata kucing sekor tertinggal dalam ni. Soh dia kira balik, betul ke bilangan anak kucing dia kira tadi," arah hubby.

Saya pun terus aje le telefon. Dan seperti yang dijangka, memang terkurang sekor. Dan sedang hubby renjis2 air kat dalam enjin tu, akhirnya si kenit nakal ni keluar. Waduh... satu kerja pulak saya n hubby nak mencangkung mengajak dia keluar. Budak2 muda yang tengah tunggu kawan kat situ pun terjenguk2 jugaklah kat kami. Nak buat camne, buat bodoh ajelah...

Last sekali, ayah mertua saya datang. Dan oleh kerana dia kurus, senang aje dia kutip si kenit tu keluar dari kereta (nasib masa tu dia dah ke tepi tayar). Fuh! Lega.

Alhamdulillah, kami pun dengan senang hati lepas tu berjalan. Nampak gayanya lepas ni hubby kena bukak bonet enjin le sebelum bergerak. Kang tak pasal2 anak kucing ni dok bermastautin kat KL.

Si Kenit nakal yang warna kelabu tu. Buat orang nervous betul...

Dua ekor ni lagi nakal. Sebabnya kami tak boleh bukak langsung sliding door sebab dia boleh menyusup masuk nak makan dan mengacau... Kalau tak caya ce nengok. Kan dah datang kat saya tima amik gambar ni...

Inilah antara koleksi2 kucing keluarga mertua saya. Semua tengah rehat lepas makan

Sosej Roll Rangup yang simple


Assalammualaikum semua... Kali ni saya nak kongsi satu resipi mudah, sosej roll. Cuma saya add bread crumb supaya lebih menarik. Dan hasilnya Alhamdulillah, anak-anak sedara, atuk, nenek, hubby dan sepupu saya sukakannya...

Bahan-bahan:
1. Sosej panjang. Ayam atau Daging.
2. Roti putih Gardenia @ High 5 @ apa sahaja
3. Marjerin @ mentega
4. Telur 2 biji
5. Bread crumb @ bahasa melayunya serbuk roti
6. Suku sudu garam
7. Minyak masak

Penyediaan:
1. Rebus sosej sehingga masak dan lembut. Toskan airnya.
2. Sapukan marjerin ke atas roti dan kemudian gulung sosej tadi ke dalamnya. Kepal-kepal roti berinti sosej tadi agar isinya tidak terburai bila dimasak.

3. Pecahkan telur dan taruk sedikit garam ke dalamnya. Pukul sehingga sebati.
4. Salut roti dengan telur tadi dan kemudiannya salut pula dengan bread crumb. Goreng ke dalam minyak panas.

5. Selepas roti berwarna keemasan, angkat dan toskan agar tidak terlalu berminyak. Dan apalagi, lepas sudah suam2 kuku panasnya, tadah tangan dan bacalah doa makan... :)
Nak lagi sedap, sosej roll tu boleh cicah dengan sos cili atau sos lada hitam.

SELAMAT MENCUBA...

p/s: Jika anak2 atau kawan2 ramai, sosej tu bplehlah dipotong dua tapi roti kena tambah sekali ganda lagilah... :) Bukan apa, takut ada yang tak dapat merasa nanti...

Terapi badan buat hubby & Al-Fatihah buat anak2 yatim Al-Takwa

Hubby saya ni aktiviti sukan dia senang aje. Berjoging. Benda2 lain memang dia tak berapa sangat. Dulu masa kurus, minat juga dia pada badminton tapi sejak badan dan naik dan ada masalah sakit belakang sekarang ni, joging dan jalan2 sekitar taman aje aktiviti riadah yang dia suka.

Oleh kerana kami tidur di rumah keluarga saya di Ampang, awal2 lagi hubby saya dah ajak pi Taman Tasik Ampang Hilir untuk beriadah. Pagi2 lagi dah ajak saya ke sana. Saya pulak yang tak bawak kasut, alih2 pinjam aje selipar kawan adik saya yang tinggal di rumah. Ialah, takkan nak jalan2 di taman pakai sandle. mau orang pandang saya sandle saya pastu pandang muka saya. :P
Dia sibuk pakai kasut, saya pula sibuk ambik gambar. Orang pakai seliparlah katakan. Hehehe...
Cantik kawasan lombong ni lepas dinaikkan menjadi taman tasik.
Tapi kali ni kami sempat riadah kejap aje sebab sampai separuh tasik, gerimis dah turun. Saya pun lepak le kat pondok yang disediakan, hubby pulak meneruskan le larian jogingnya. Tak sampai 3 minit hujan dan mula turun. Semakin lama semakin lebat. Masa ni makin bertambah le prang yang dok berteduh. Bila dah ada di kawasan tasik dan pemandangan hijau berlatar belakangkan hujan yang turun, hati rasa senang. Bukan mudah nak dapat feeling macam ni tau...
Dan masa ini minda saya teringat pada anak2 yatim Al-Takwa, Hulu Langat yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh semalam. Hati rasa sebak mengenangkan mereka. Sebab pada hari yang sama pada waktu pagi, saya & hubby pergi menziarahi rumah anak2 yatim di Dengkil. Terbayang-bayang saya akan anak2 kecil yang sedang sibuk menyapu mentega pada roti untuk dibuat barbeku di rumah tersebut.
Rumah yang telah dihempap tanah runtuh.
Gambar anak-anak yatim yang sempat diambil sebelum tragedi. Pilu rasa hati bila terbayang anak-anak kecil ini sudah pergi dahulu menghadap Ilahi...

Ya Allah, aku memohon padaMU agar kau ampunkanlah dosa anak2 kecil dan penjaga mereka yang telah pergi itu. Dan tempatkanlah mereka di syurgaMU... Aminnn...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...