Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kari daging yang sedap dimakan dengan nasi, roti & lempeng


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Bila time berjimat datang, saya terus buat menu yang boleh makan macam-macam dengannya. Dan ini salah satunya. Menu yang sedap & tak mengecewakan.

Bahan:
1/2kg daging
2 biji ubi kentang
5 biji bawang merah dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
Rempah penumis:- kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
2 tangkai daun kari
4 sudu besar rempah kari daging
4-5 cawan air (utk mengempukkan daging)
2 kotak santan (250ml)
2 keping asam keping
1 sudu kecil kerisik
Garam
Serbuk perasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis rempah penumis, bawang merah, bawang putih, halia serta daun kari. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari & kacau dengan cepat agar tidak hangit. Kemudian, baru masukkan sedikit air. Biarkan mendidih & pecah minyak. (Jangan bancuh rempah dengan air, masak kering dahulu).
3. Setelah itu, masukkan daging. Kcau seketika & masukkan air. Masak sehingga daging empuk. Lebih kurang 30-45 minit. Masukkan sedikit santan cair semasa daging sedang masak.
4. Setelah daging hampir empuk, masukkan santan, air secukupnya & ubi kentang. Masak sehingga daging empuk & kuah terbit minyak.
5. Akhir sekali masukkan asam keping, garam & kerisik secukupnya. Sesuaikan rasa dan boleh tutup api.

Stew Ikan, resipi dari Turki


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Semalam, dok le tilik-tilik buku resipi Turki. Tetiba nampak resipi sea bass stew depa. Teringat pula kak ipar kasi ikan salmon minggu lepas. Apalagi, harini dapat le buat menu oversea ni 😊

Kalau ikutkan resipi, guna filet ikan siakap. Tapi rasanya, korang guna aje ikan apa yang saiz besar & boleh potong dadu. Guna apa yang ada 😉
Saya guna bahan yang memang ada dalam fridge.

Bahan:
1 filet ikan salmon didadu kasar
4 biji tomato didadu
4 tangkai cili hijau dihiris atau 1 biji cili benggala didadu
1 tangkai cili merah dihiris
1 pek cendawan tiram disiat kasar
1 biji bawang besar didadu
4 ulas bawang putih didadu
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak / zaitun
1 sudu besar mentega
3 sudu besar keju mozzarella/cheddar


Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 180° api atas bawah. Masukkan ikan, tomato, cili, cendawan & bawang dalam satu bekas. Gaul mesra.

Kuih tiaw ladna yang power. Sekali makan mesti jatuh cinta.


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi ni saya ambil dari YouTube @che_nom . Memang sedap. Kak ipar, suami n mak mertua pun suka. Ini resipinya untuk anda cuba. Saya guna apa aje ada di dapur 😊

Bahan kueh tiaw:
1 bungkus kueh tiaw dibasuh bersih
2 sudu besar minyak masak
4 sudu besar kicap manis

Bahan kuah:
3 sudu minyak masak
8 ekor udang saiz sederhana
4 ulas bawang putih didadu
2 bahagian isi ayam didadu besar
1 sudu kecil lada sulah
5 tangkai cili padi kerat dua
1 batang lobak merah dihiris & potong dua
2 batang sayur bok choy
2 sudu besar sos tiram
5 cawan air
1 kiub pati ayam
1 ekor sotong saiz sederhana dihiris kasar
Garam secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan air
1 biji telur
1 biji tomato potong 6
Jika suka pedas, boleh buat cili kicap

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian, masukkan kueh tiaw & kacau sebentar. Masukkan kicap

Ayam Goreng Style Mamak Yang Terangkat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tertengok YouTube @che_nom last week. Terus teringin nak try resipi ni. Last saya buat menu ayam goreng mamak ni tahun lepas. Lepas balik dari Penang.

Kot ada yang nak ngetest, ni resipi che nom. Cuma saya punya, saya letak pewarna merah khas dari India tu & guna seekor ayam.

Bahan:
1 ekor ayam dicuci bersih
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada putih/sulah
3 sudu besar plain yogurt
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 tangkai daun kari dilurut
1/2 cawan air sejuk (letak sedikit demi sedikit)
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Masukkan ayam dalam bekas besar. Parut bawang putih & halia ke dalam bekas (tumbuk dengan lesung pun blh keduanya).
2. Masukkan pula serbuk kari daging, cili, ketumbar, lada putih, yogurt, garam & serbuk kunyit ke dalam bekas berisi ayam. Gaul mesra semua rempah.
3. Masukkan pula tepung gandum, tepung jagung & air sejuk sedikit demi sedikit. Lumur dengan mesra. Pastikan ia tidak terlalu cair. Masukkan daun kari & gaulkan pada ayam. Perap selama 4 jam atau semalaman sebelum digoreng.
4. Panaskan minyak dalam deep fryer ataupun kuali besar. Pastikan minyaknya banyak & masak guna api sederhana. Masukkan dalam 5-6 ketul sekali masak dalam kuali. Setelah nampak masak & garing, bolehlah angkat & goreng baki seterusnya. Enak dimakan dengan nasi putih, kuah kari & popadam 😊

Serawa Durian & Pulut Kukus Bunga Telang yang sekali hadap, nak tambah lagi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Serawa durian & pulut kukus bunga telang. Menu warisan kita yang sedap sampai bila-bila 💙😋

Rezeki dapat durian kampung yang isi eloknya. Jadinya, rezeki masak menu berasaskan durian. Bunga telang juga banyak yang kembang depan rumah. Maka, kita cuba resipi yang diambil di web @matgebu 🥰
Untuk video, boleh lihat di reels ya 😉

Bahan:
2 biji isi durian
1 liter santan
500 ml air
1 ketul gula melaka dihiris halus (anggaran 1/2 cawan)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan
1 1/2 sudu besar tepung gandum + 1/4 cawan air
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN-BAHAN PULUT :-)
800gm beras pulut, cuci & rendam 30 minit kemudian tapis
550 ml santan cair

Ada rezeki, kita jumpa lagi ya JR


 Dah 2 minggu Junior pergi kepada pemilik alam semesta ini. Kadang-kadang mulut kami tersasul menyebut nama dia bila panggil atau bercerita tentang Hero.

Ada rezeki nanti, insyaAllah kita jumpa kembali ya JR. Papa Clouseau pun bersikap pelik bila abang JR dah takde. 

Junior menghidap penyakit FIP. 3 minggu aje dia dengan kami lepas dah diagnos sakit dia.

Nasi Kerabu yang menggamit nostalgia


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan semua.

Nasi kerabu yang menggamit nostalgia time 'tandus duit' ketika belajar.

Dek kerana Allah beri rezeki banyak bunga telang berkembang sehari dua ni, saya decide nak cuba masak nasi kerabu. Menu yang tak pernah terlintas nak buatnya.

Menu nasi kerabu ni sangat saya syukur sangat dapat kenalnya waktu belajar di Kelantan. Ia menu murah yang sedap & banyak. Dengan harga hanya RM1.50 (jika tak silap), kami boleh dapat sebungkus nasinya berserta dengan keropok & telur masin. Jika ada duit lebih, saya minta ikan seekor atau ayam seketul. Berkira-kira sangat dengan duit masa tu.

Dan bila saya cuba masak nasinya kali ini, warna birunya tidaklah seperti diharapkan. Barangkali kuntuman bunganya tidak cukup banyak untuk menaikkan warnanya.

Untuk anda cuba masak nasi ini, masak seperti nasi biasa aje. Cuma letak daun pandan dua helai & beberapa kuntum bunga telang yang belum direndam air panas. Sediakan juga air rebusan bunga telang dalam beberapa cawan.


Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:

12 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
½ labu bawang putih
1 inci halia
2 cawan air

Sambal Belacan Goreng Kaw-Kaw


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sambal belacan kaw-kaw. Nak lagi pedas, tambah cili padi kecik tu banyak ya 🥵


Bahan:
Boleh buat stok untuk makan 2-3 hari.
4 tangkai cili merah
17 - 20 tangkai cili padi
6 biji tomato kecil
1 biji bawang besar
1/2 sudu besar belacan bakar
2 sudu besar ikan bilis (direndam seketika)
2 sudu besar gula melaka/gula merah
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 senduk minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan 1 senduk minyak masak. Kemudian goreng bawang, ikan bilis & gula melaka. Goreng hingga bawang sudah layu.
2. Masukkan pula cili merah, cili padi, belacan & tomato. Goreng hingga tomato layu.
3. Kemudian kecilkan api. Masukkan bahan2 goreng tadi ke dalam blander. Blend/kisar 90% lumat. Jika mesin sukar nak kisar, tambah sesenduk baki sup ayam tadi. Asalkan bahan mudah dikisar.
4. Kemudian masukkan sesenduk minyak lagi. Setelah minyak panas, masukkan semua bahan kisar tadi. Gaul seketika. Selepas itu, masukkan gula & garam secukup rasa. Jika anda ada limau kasturi, masukkan jusnya dalam 1-2 biji sahaja. Goreng cili sehingga naik minyak. Siap.

Pizza Telur @ Pide Telur Separuh Masak yang enak dicicah-cicah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Pidë telur separuh masak, lebih kurang macam kita makan roti dengan half boiled eggs cuma versi turki. 

Menu roti ni lebih kurang macam half boiled eggs cuma versi di'pizza'kan. Boleh koyak hat hujung roti & cicah dengan telur kuning kat tengah tu. Jangan lupa letak lada sulah & lada hitam skit 😋
Resipinya sama macam pidë lain cuma intinya lebih kepada keju, telur, cili benggala didadu, sosej & daun selasih.

Penyediaan:
1. Selepas uli doh melebar panjang, sediakan dulang lebar. Guna belakang dulang sebab doh dia lebar memanjang. Panaskan oven pada suhu 240°, api atas bawah.
2. Letakkan doh di atas papan leper atau boleh juga letak terus di belakang tray. Sudukan inti keju dan taburkan di tengahnya. Kemudian, lipat / kelepet tepi doh pizza kelilingnya. Buangkan baki tepung keliling doh.


3. Bakar pidë selama 5 minit. Kemudian keluarkan. Pecahkan telur di tengahnya & tabur bahan lain yang anda suka. Bakar kembali pidë selama 2 minit. Siap untuk dihidang.

Apabila nampak keju mencair, keluarkan segera tapi hati-hati. Masa ini, pide dan tray sangat panas.
 
Letakkan sebiji telur ke atas pide & taburkan apa-apa bahan yang anda suka atasnya.

Pizza Turki @ Pide Turki yang sedap & mengenyangkan


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera gais...

Pidë Turki @ Pizza Turki 🇹🇷

4 hari lepas, ternampak IG @akudanistanbul . Entah macam mana, tetiba nampak YouTube channel @refikabirgul tentang masakan Turki. Apalagi, layan kejap. Dan tetiba tertonton dia buat pidë. So, gigihlah belajar buat pizza turki ni.

Ni resipinya jika nak buat. Lebih kurang pizza biasa makan cuma tak letak sos tomato & bentuknya seperti sampan.

Bahan doh:
1/2kg tepung gandum
1 paket yis
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
300ml air suam

Bahan topping:
300gm keju mozzarella
100gm keju Cheddar
200gm daging cincang
7-9 biji tomato kecil belab dua
1 biji tomato besar dibuang kulit & didadu
Beberapa helai daun selasih (basil)
2 batang hotdog dihiris
1/2 biji cili benggala didadu
Lada hitam
Cili kisar
Sedikit garam jika nak ada rasa pada inti daging


Penyediaan:
1. Semua bahan doh dicampurkan & diuli seperti membuat doh pizza. Setengah kilo tepung akan dapat dalam 7 keping pide. Rehatkan doh selama 1/2 jam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...