Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Tauhu Jepun, Cendawan & Sayur Campur, Menu Diet
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Menu mudah untuk diet & masakan bersayur. Tauhu ni adakala memang feveret bila pi makan kat kedai.
Bahan:
2 batang tauhu telur dipotong 6 setiap tiub
1 pek cendawan shimeji
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air
2 tangkai pak choy
1/2 biji cili benggala kuning
1 batang lobak merah dipotong serong
1/2 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Satukan tepung jagung & 2 sudu besar air & kacau. Tuang ke dalam mangkuk berisi tauhu. Gaul perlahan dan goreng satu persatu hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
2. Kurangkan minyak menggoreng & tumis bawang merah & putih hingga naik bau. Masukkan lobak merah & masukkan 1/2 cawan air. Kacau sebentar & biarkan hingga lobak sedikit lembut.
3. Selepas itu, masukkan pak choy & cili benggala. Kacau sebentar & masukkan baki air tepung jagung tadi. Kacau dan masak hingga pekat.
4. Masukkan pula cendawan. Jika air agak kurang, masukkan 1/2 cawan air lagin kacau hingga mendidih.
5. Kemudian masukkan tauhu. Perasakan dengan garam. Gaul perlahan-lahan hingga mesra. Tutup api & masukkan dalam mangkuk. Siap.
Sedapnya Cempedak Goreng Makan Panas-panas
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah dapat juga menggoreng lagi buah ni. Gara-gara @daddyisthechef tepek gambar cempedak goreng yang bijinya nak dilastik, gigih saya minta suami drive sampai ke Mantin cari buah cempedak. Dapatlah 2 biji, satu dah masak, satu otw nak masak.
Kiranya, 3.8kg cempedak harganya RM23. Pueh hati.
Sebiji yang dah masak, bila dikopek, dapat dalam 60 ulas. Rezeki sangat. Makan sampai puas semua orang.
Jom masak.
Bahan:
55-60 ulas cempedak
1 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil pewarna kuning
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana.
2. Campurkan semua bahan & jadikan adunan yang tak berapa pekat, tak berapa cair. Kemudian, masukkan ulas cempedak ke dalam adunan & gaulkan agar ianya berbalut/melekat (coating)
3. Masukkan seulas demi seulas cempedak ke dalam minyak panas dan masaknya hingga kuning keemasan. Angkat & toskan. Siap
Enaknya Sup Cendawan
Assalammulaikum & Salam Sejahtera.
Sup Cendawan.
Enak makan dengan bihun mahupun nasi putih.
Nak sedap lagi, makan dengan cili kicap time panas-panas. Pergh!
Bahan:
1 1/2pek cendawan enoki / shiitake
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 cawan ayam dipotong kecil
7 ketul bebola daging dipotong dua
1 kiub pati ayam
1 batang lobak merah dipotong serong
1 biji kentang dipotong kiub besar
2 tangkai pak choy / sawi batang pendek
1 tangkai cili merah dihiris
1/2 biji cili kuning benggala dihiris
1 biji tomato potong 6
1 liter air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian, masukkan bawang besar & bawang putih. Masak hingga sedikit garing. Masukkan pula daging ayam & bebola daging. Masak sebentar & kemudian masukkan air, lobak merah & kentang. Masak hingga mendidih & kentang separuh empuk.
2. Selepas itu, masukkan kiub pati ayam. Masukkan pak choy, cili benggala & cili merah. Kacau sebentar & kemudian cendawan yang telah dibersihkan. Kacau.
3. Perasakan dengan garam. Setelah ok, masukkan tomato. Kacau sebentar & tutup api. Siap.
Langgan:
Catatan (Atom)