Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Selasa, 15 Disember 2015
Sunan Cinta Nan Sakti & Starry Night: Kisah cinta yang menarik
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Cinta. Satu perasaan halus yang hanya diri sendiri yang mengetahuinya.
Cinta. Satu nikmat pemberian Allah yang sungguh indah untuk dinikmati.
Cinta. Adakala manusia kecundang hanya kerana terlalu melampaui rasa cinta.
Cinta. Moga kita semua menikmati rasa cinta ini sesama manusia dan juga Pencipta.
Dua novel yang saya baca kali ini, Sunan Cinta Nan Sakti & Starry Night merupakan naskhah novel cinta yang menarik. Masing-masing punya kelebihan yang tersendiri. Masing-masing membawa masej bahawa cinta itu adakala perlukan kesabaran, pengorbanan serta sikap bertolak ansur. Bila manusia dilamun cinta, hati mula rasa ingin sentiasa dengan yang tersayang. Apapun berlaku, masing-masing cuba untuk memberikan yang terbaik serta mula belajar istilah 'give and take'.
Dua naskhah novel ini memang berbeza dari segi penyampaian, penghayatan dan kisah. Namun, mereka berkongsi kisah cinta yang mampu buat kita semua ingin merasai & memiliki.
Sunan Cinta Nan Sakti merupakan sambungan kisah pengembaraan Sunan@Saifudin ketika di alam remaja sehingga dewasa. Asal kisah cintanya bersama Ratna Sang Ratu mampu membuatkan kita terkesan. Biarpun Ratna sungguh kejam dan bersikap mahu membunuh Sunan namun kerana perasaan cinta luhur yang lahir sendirinya pada diri Sunan dan anugerah dari Ilahi, maka, Ratna perlahan-lahan mula mengakui bahawa dia sudah mula jatuh cinta dan jatuh kasih. Pergolakan dan konflik yang berlaku serta campur tangan syaitan membuatkan kisah cinta mereka terhalang dari pelbagai sudut. Namun, pemberian dari Ilahi, tiada siapa mampu menghalangnya. Sambungan kisah cinta mereka sudah tentunya anda ketahui dalam buku sebelum ini. Namun, apa yang dikisahkan pada kali ini bahawa CINTA mampu mengubah diri manusia itu sendiri. Jika baik pasangan kita mendidik kita maka kita juga mahu menjadi sebaiknya dan begitulah sebaliknya.
Starry Night pula mengisahkan tentang seorang wartawan yang mahu bertukar slot berita yang disampaikan kepada slot yang lebih mencabar dan disukai. Dan tugas yang diberikan oleh ketuanya jika mahu bertukar adalah cuba menemurah Finn Dalton, lelaki misteri yang tidak mahu dirinya diwawancara meskipun naskhah bukunya terjual banyaknya dan menjuari carta untuk beberapa bulan. Gigihnya si Carrie ni mencari telah berjaya membuatkan dia bertemu dengan Finn dan dalam jangkamasa hanya 2 hari, mereka sudah mula jatuh cinta. Cuma sukar untuk mengakui atas sebab-sebab tersendiri. Namun, rasa cinta itu terluah dengan sendirinya bilamana mereka sudah berjauhan dan telefon serta emel mula menjadi penghubung (rindunya saya dengan sms-sms encik hubby dulu. Plus, with his surat-surat cinta dan lagu... hahahaha...). Namun, setiap kisah cinta pasti ada dugaan. Dan dugaan mereka memang sedikit sukar tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, cinta membuatkan kita banyak belajar bersabar & 'give and take'. So, endingnya confirmlah happy kan...
Well guys, boleh try cari buku ni di kedai buku (buku Sunan tu boleh aje beli kan belidiskaun). Ataupun tunggu aje Big Bad wolf akan datang... Jimat sih beli buku-buku inggeris di Big Bad Wolf tu...
Happy reading everyone.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan