Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 28 Januari 2011

Syoknya dapat key chain n notepad free......


Kengkawan semua, belidiskaun sedang adakan promosi hebat untuk buku-buku dan novel-novel Islamik. Nampaknya bukan setakat harga diskaun 12% dan penghantaran percuma aje, tapi beli 3 buku, kita bakal dapat "Goodies" percuma barangan ANA MUSLIM seperti key chain dan note pad. Pi lah ke http://belidiskaun.blogspot.com.

Marilah kita tambahi ilmu dengan membaca. InsyaAllah, ianya bakal membantu kita di masa hadapan.

"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu berkurangan apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan."
(Sayidina Ali bin Abi Talib)

Ahad, 23 Januari 2011

Thank you for all the wishes


Semalam, saya sambut hari jadi yang ke 3.... (biarlah rahsia). hehehe...

Saya ucapkan terima kasih kepada DIA yang satu kerana masih memberi peluang kepada saya untuk terus hidup di bumiNYA dan mendapat kebahagiaan dan kasih sayang dari orang sekeliling.

Saya juga ingin ucapkan kepada terima kasih kepada suami tersayang, ahli keluarga dan juga sahabat handai yang meng"wish" pada hari semalam dan hari ini.

Terima kasih banyak2

Jumaat, 21 Januari 2011

I really appreciate... Thank you...

Tengah saya saje gatal-gatal meng'google', tiba-tiba saya terjumpa blog ni. Senyum hingga ke telinga rasanya... Rasa amat dihargai untuk buku pertama saya ni. Terima kasih banyak-banyak Nur Afifah @ qistina4ever. Thank you for loving it... :)

Malay book review

Khamis, 20 Januari 2011

Personal Taste dgn Hubby

Malam tadi, hampir jam 1 pagi barulah saya habis mengadap cerita korea Personal Taste.
Tapi kali ni, saya suka sebab hubby saya temankan saya tengok cerita ni juga. Risau juga saya kot-kot le dia sakit belakang ke atau lenguh-lenguh sebab mengadap cerita ni dari jam 9 malam. Syukur alhamdulillah, dia ok aje.

Frankly speaking, saya suka cerita ni walaupun tidak terlalu berat atau kelakar sangat. But, cerita ni ada 'kemanisannya' yang tersendiri. Bagi saya aktor dia, Lee Min Ho pandai memainkan wataknya sebagai arkitek yang punya cita-cita tinggi dan berfikir dia mampu mengawal segalanya tetapi akhirnya dia ditundukkan oleh rasa cinta dan tanggungjawab.

Aktres dia, Son Ye Jin pun ok gak berlakon. Meskipun ada macam pening2 skit cara actingnya. But she's great. Tapi tak blh lawan Choi Ji wo. For me, she's very talented. Punya penat le tengok dia nangis-nangis... hehehehe...

Bayangkan ukiran apple ni dibuat kerusi utk kanak-kanak di tadika. Memang comel sangat2 kan... Sweet...

So, sesiapa yang teringin nak tangok cerita ni, ada amat-amat disarankan. Hubby saya pun kata, "ok lah cerita ni. Not bad. Ada gak kelakar-kelakarnya. Especially adegan 'mata panda' tu."

Isnin, 17 Januari 2011

Kenapa manusia tiada perasaan


Malam semalam saya layan lagi drama Korea 'Personal Taste' dengan hubby (Sabtunya layan episod awal drama ni dengan kakak ipar). Bila masuk Episod 9 malam tadi, tetiba mulut saya becok mengatakan mengapa mesti perempuan tu jeles dengan kawan baik dia. Sanggup rampas teman lelaki kawan tu buat kali 2. Kalau kita tengok, memang takde maruah or muka tembok perempuan ni.

Hubby saya yang dengar saya kata macam pun jawab, "manusia mana pernah puas. dah dapat apa dia nak, dia nak yang lain pula." Saya setuju dengan dia.

Tapi bila makin lama saya tengok cerita ni, tiba-tiba saya teringat sesuatu. Saya juga pernah alami situasi begini masa muda-muda dulu. Situasi di mana saya percayakan kawan saya ni, tapi akhirnya dia tikam saya dari belakang. Juga menceritakan kepada kawan baik saya sesuatu yang membuatkan hati saya sakit sangat. Pada masa yang sama, saya juga tak tahu macam mana nak bereaksi depan dia. Saya tak tahu bagaimana nak marah or luahkan ketidakpuasan hati. Dan dia pula tanpa segan-segan dan berperasaan menunjuk-nunjuk apa yang telah dirampasnya daripada saya. Hati siapa tak sakit masa tu gengggg...

Tapi, dari situ saya banyak belajar. Pertama, jangan percaya kawan kita 100%. Hanya DIA yang boleh kita letakkan kepercayaan yang tinggi. Kedua, Tak semua orang punya hati yang baik. Ketiga, manusia sentiasa dengki pada orang lain walaupun dia sebenarnya boleh dapat yang lebih baik. Keempat, kita menjadi lebih matang menilai perangai manusia.

Saya harap kawan tikam kawan saya tu berubah, dan menjadi orang yang disayangi orang sekelilingnya. Saya maafkan segala kesalahan dia meskipun kadang-kadang hati terusik mengenangkan kisah lalu. :) We learn from experience isn't it.

Rabu, 12 Januari 2011

ramai org suka dia...

Semalam, saya bawak si nurin & kakaknya (anak kakak ipar saya) jumpa distributor. Dan seperti biasa, dia memang tak boleh duduk diam. Menguit aje ke sana ke mari.

Entah masa bila, masa saya tengah berborak dengan kawan bisnes tu, hubby saya perasan ada sorang pakcik ni dok pandang Nurin. Saya pun terperasan tapi buat dek aje pasal ialah dia sorang aje budak kecik kat situ, yang lainnya semua besar2, tu yang orang dok pandang tu.

Rupa-rupanya dalam pandang-pandang tu, pakcik tu ambik gambar dia. Hubby saya lah perasan. Si kenit tu memang tak pernah nampak apa orang buat kat dia (pasal dia dok sibuk tengok orang lalu lalang).

Kan saya dah kata, nengok aje aksinya tu. Pantang nampak kamera... :)

Isnin, 3 Januari 2011

Diskaun buku menarik di belidiskaun.blogspot.com...

Sempena tahun baru ni, ada diskaun menarik di internet...

Sesiapa yg teringin nak dapatkan buku-buku terkini dengan harga diskaun, boleh le try pi ke http://belidiskaun.blogspot.com. Ada buku-buku terbitan penerbit terkenal dijual dengan diskaun 15% + delivery percuma tu... Al-Quran terjemahan pun ada... So, sesiapa yang berminat, try le ke sana. Sure pueh hati... Books For All geng...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...