Awal minggu lalu saya mulakan hari dengan ceria. Saya tengok emel, melayari website dan berchatting (sebelum memulakan aktiviti D.O.). Entah macam mana, sedang enak berchatting, seorang rakan saya mula bertanyakan soalan yang agak pelik. Saya sudah rasa ada something wrong dengan question tersebut. Saya tetap jawab dengan tenang dan tanpa berselindung. Entah macam mana, tiba-tiba dia mula mengatakan sesuatu yang tidak baik tentang rakan saya yang seorang ini. Saya pelik. Bukankah sebelum ini mereka bersahabat baik. Masing-masing sudah tahu pe'el masing-masing tetapi mengapa mesti merujuk pada saya yang kalau diikutkan baru setahun mengenali mereka. Walau bagaimanapun, saya tetap memberi pandangan yang baik buat dia dan rakannya itu. Ini kerana saya tidak mahu melihat mereka terlalu emosi dan mula tidak menghormati antara satu sama lain. Sayang benar rasanya jika tali persahabatan yang dibina putus separuh jalan. Benar-benar sayang.
Saya harap selepas ini hubungan mereka dapat dipulihkan. Saya sayangkan mereka berdua walaupun tempoh perkenalan itu singkat. Padamu ya Allah, saya berharap Kau pulihkan kembali hubungan mereka dan bantulah mereka mengikut jalan Kau yang lurus...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan