Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Bomboloni, Resipi Donat Itali yang Lembut


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Bomboloni. Italian doughnut yang sedang popular.

Asyik nampak donat ni ulang alik kat IG & FB, meh sini kita try. Nasib ada geng nak masak donat bomboloni ni, makanya dapat le ramai orang makan (kena buat donat gulung biasa gak sebab ayah mertua jenis makan kuih oldies). Bahan lebih kurang sama dengan donat biasa cuma kita letak susu untuk lebih gebu, vanila serta inti coklat / jem.

Bahan:
4 cawan tepung roti
1/2 cawan gula kastor
2 cawan susu suam
11gm yis
1/2 cawan mentega suhu bilik
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil ekstrak vanila / 1 pek kecil serbuk vanila
Gula untuk salutan
Inti coklat, jem, Nutella
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Taburkan yis & sesudu kecil gula ke dalam susu suam. Kacau & biarkan sehingga ia kembang (dlm 4-5 minit).
2. Dalam satu mangkuk besar, satukan tepung, gula, garam & vanila. Gaul mesra. Kemudian, masukkan adunan yis tadi serta telur & mentega dalam mangkuk tepung. Uli sehingga menjadi doh.
3. Letakkan doh atas papan/meja yang ditaburkan tepung. Uli sebentar & kemudian leperkan doh guna pencanai. Pastikan tebal doh lebih kurang 1/2 inci. Selepas itu, potong doh guna penekap bulat atau biscuit cutter bulat. Taburkan sedikit tepung atas papan letak doh agar ia tidak melekat. Letakkan doh & tutup dengan tuala lembab. Biarkan doh naik dalam masa 1 jam.


4. Panaskan kuali atau deep fryer. Masukkan minyak & guna api sederhana. Setelah minyak panas, goreng doh sehingga kekuningan kedua-dua belah. Tapis & kemudian sadurkan dengan gula. Cucuk sedikit dengan pisau tepi donat & kemudian paipkan inti coklat atau Nutella atau jem. Siap bomboloni kita.


Boleh juga nak buat donat biasa. Sama aje dohnya cuma anda kena buat bulatan di tengah. Ayah mertua jenis makan kuih tradisional, makanya kalau pelik skit, jarang dia nak usik.

Tomyam Ayam & Cendawan makan dengan Kueh Tiaw


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dek kerana ramai ahli keluarga yang tak berapa sihat sekarang & saya juga mengejar masa bekerja, makanya, ini resipi mudah tomyam ayam dan cendawan untuk makan dengan kueh tiaw mahupun nasi. Pak mertua saya memang suka tomyam. Mampu aje dia makan tomyam tiga hari berturut-turut. 

Bahan:
4 keping bahagian isi ayam dipotong kecil
1 batang lobak merah dihiris serong
1/2 bunga kobis, dihiris besar
10-13 kuntum cendawan tiram
6 helai daun limau purut
3 batang serai, diketuk
8 biji cili padi
2 biji bawang besar, belah 4
1 inci lengkuas dihiris nipis
2 biji limau nipis, perah jusnya
1 pek kecil pes tomyam pilihan
1 kiub tomyam
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan kisar halus:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 biji tomato (pilih masak ranum)

Penyediaan:
1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar halus & serai hingga wangi. Masukkan air lebih kurang 1 liter. Kacau sebentar & biarkan mendidih. Masukkan pes tomyam, kiub tomyam & lengkuas. Masak sebentar & masukkan lobak merah serta ayam. Masak hingga lobak sedikit empuk (masak dalam 4-5 minit).
2. Masukkan daun limau purut, cili padi, bunga kobis, cendawan, & bawang besar. Kacau & masak hingga sayur lembut. Masuk sedikit gula & kacau rata.
3. Tuang jus limau nipis, kacau & akhir sekali masukkan gula & garam secukup rasa. Siap tomyam ayam dan cendawan menu mudah kita ni. 

Ayam Masak Merah yang Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ayam masak merah bila sesekali makan memang Pergh!! Sedap sangat.

Sesekali bila isi kuahnya dikisar bawang, halia & lengkuas, rasanya memang lain.
Cuba anda try. InsyaAllah mesti nak buat lagi. Enak sangat makan dengan nasi tomato atau nasi putih.

Bahan:
Bahan ayam goreng.

1 ekor ayam dicuci bersih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 camca teh garam

Bahan sambal.
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili kisar
3 camca besar sos cili
2 sudu besar puri tomato
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam & gula secukup rasa
1 - 2 cawan air

Bahan kisar halus:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas

Penyediaan:
1. Ayam digoreng hingga masak, tak perlu garing. Angkat & toskan. Ketepi sebentar.
2. Keluarkan minyak & tinggalkan dalam 1/2 cawan. Tumis serai, kayu manis & bunga lawang hingga wangi. Kemudian, masukkan bahan kisar & masak hingga pecah minyak.
3. Tambah cili kisar & sos cili. Kacau rata & masukkan pula puri tomato. Kacau sesekali & masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, gaul rata. Tambahkan bawang. Perasakan dengan gula & garam. Jika nak lembab skit, tambahkan air. Jika tak mahu, gaul seketika & siap untuk dihidang ayam masak merah.

Jelatah @ Acar Mentah Segar


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Jelaltah, simple salad untuk makan dengan nasi putih ataupun nasi tomato. Kiranya macam salad orang Asia lah :)

Jika suka, boleh letakkan hirisan bawang besar. Saya tak letak sebab confirm takde orang nak makan bawang tu kat rumah ni.

Bahan:
1 biji timun dipotong nipis
1 biji lobak merah dipotong nipis
1 tangkai cili merah dihiris
1 biji nanas dibuang kulit & di potong kipas (buang bahagian tengah keras tu)
1 camca besar gula
1/2 camca teh garam

Penyediaan:
1. Masukkan timun, lobak merah, cili, nanas ke dalam satu bekas.
2. Masukkan gula & garam. Gaul hingga mesra. Siap jelatah atau acar mentah segar kita.

Bingka Durian, wangi dapur dibuatnya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Bingka durian yang mewangikan dapur bila masak.

Alhamdulillah sedap sangat. My first attempt & menjadi bila masak guna oven. Ayah Rudy & anak sedara, berketul2 makan. Mungkin sebab masing-masing suka durian.

Ini resipinya bingka durian tu.
Saya ambil dari web @matgebu ☺️ 
Tambah sedikit bahan sebab anak2 sedara tengah cuti sekolah. Biasalah, tahap nak makan depa time ni memang tinggi, hehehe...

Bahan:
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan santan
1 cawan air
3 biji telur
Sedikit garam
6-7 ulas isi durian
2 sudu besar mentega, cair yg dah disejukkan suhu bilik
Sedikit pewarna kuning

Penyediaan:
1. Satukan telur dengan gula, kacau hingga gula hancur (guna mixer aje)
2. Masukkan santan & kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Masukkan sedikit garam & pewarna kuning. Gaul rata.
3. Panaskan oven pada suhu 190°c. Sapu dasar loyang dengan mentega/butter. Kemudian, lapikkan loyang dengan kertas aluminium & sapukan mentega sekelilingnya. Masukkan loyang dalam oven panas dalam 5 minit.
4. Isi durian dilecek hingga halus, masukkan ke dalam bancuhan bersama mentega cair. Kacau rata guna spatula aje & keluarkan loyang panas dari oven. Tuang dalam loyang adunan tadi. Masukkan dalam oven & bakar lebih kurang 45 minit api atas bawah & selepas itu 8-10 minit guna guna api atas sahaja. Bila lihat permukaan sudah semakin gelap petanda ia sudah masak. Tutup suis & keluarkan dari oven. Biarkan kuih bingka durian menyejuk dalam 10-15 minit sebelum memotongnya.

Pajeri Nanas yang enak


Assalammmualaikum & Salam Sejahtera. Ingatkan nak buat lauk pajeri nanas ni masa raya lepas tapi dek kerana banyak menu dah, makanya kita masak harini. Tq @matgebu untuk resipi. Itupun menderhaka skit ikut bahan yang ada di dapur. Apapun tetap sedap bila makan.☺️☺️

Ini resipi pajeri nanas saya yang anda boleh cuba. Tapi kalau nak lagi kaw, boleh Google kat web Tiffinbiru.

Bahan:
1 biji nanas saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk kunyit
5 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
2 sudu besar penuh rempah kari daging
1 keping camca asam gelugor
2 sudu besar penuh kerisik
2 sudu besar cili kisar
1 cawan air
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis:
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar halus:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

Penyediaan:
1. Kupas nanas, belah empat dan buang empulurnya. Hiris sederhana tebal, kemudian masukkan ke dalam periuk & tuang air hingga nanas tenggelam. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata & rebus selama 6 -7 minit. Toskan. Sementara itu bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes, ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2/3 cawan). Masukkan bahan2 tumis & tumis hingga harum, tambah cili kisar &masak hingga cili garing, masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
3.Tuang 1 cawan air, masukkan asam gelugor. Biarkan mendidih, tambah santan, kerisik, garam & gula secukup rasa (saya tadi masukkan dalam 3-4 sudu besar gula & garam dalam 2 sudu kecil. Kacau dan masak hingga pekat sedikit.
4. Masukkan nanas, kacau rata & perlahankan api. Masak sekejap &masukkan belahan cili merah. Gaul rata & masak hingga pekat. Rasa & jika perlu tambah garam atau gula agar seimbang rasanya. Biarkan masak sekejap lagi & matikan api. Siap pajeri nanas dari saya untuk anda.

Nasi Minyak, Menu pagi raya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dek kerana mama kata dah boring asyik buat nasi tomato dan nasi daging aje time raya, so harini dia minta buat nasi minyak.
 
Maka, saya guna resipi @matgebu . Dah lama tak buat menu nasi minyak ni & Alhamdulillah menjadi. Famili yang datang beraya pun happy aje makan. 

Bahan:
5 1/2 cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1 tin susu cair
1 tin kecil minyak sapi
5 1/2 cawan air
1 biji bawang besar, hiris halus
2 helai daun pandan
3 ulas bawang putih*
4 cm halia*(*kisar halus)
2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih# (#rempahtumis)
Sedikit pewarna kuning & hijau

Penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi. Tumis rempah tumis & bawang besar hingga harum. Masukkan bahan kisar & daun pandan. Tuang air & biarkan ia mendidih.
2. Masukkan susu cair, garam & gula. Bila mendidih, padamkan api &tuang dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata & masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat beberapa lubang & masukkan pewarna kuning & hijau. Biar nasi betul2 masak.
4. Gemburkan perlahan menggunakan garfu. Angkat & letakkan dalam bekas nasi. Tabur bawang goreng & hirisan daun sup/bawang. Siap nasi minyak di hari raya.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...