Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Lasagna dan quiche cendawan sempena raya


Selamat Hari Raya semua... Kali ni saya nak kongsi resipi masak-masak masakan barat. Selalunya saya n my sis akan try menu baru time hari raya. Sebabnya kalau hari lain, dia sibuk dengan kerjanya dan saya dengan kerja saya. Plus, kami pun dok jauh-jauh. Cuti-cuti tertentu aje dapat jumpa.

Kali ni kami try masak lasagna dan quiche cendawan. Kalau ikutkan memang dah lama teringin nak masak and try resipi lasagna ni dan akhirnya selepas beli buku "Bukan Sekadar Resipi" dan ada masa terluang hari raya ni, kami pun ngetest le. Alhamdulillah... jadiiiii.... :) suka suka suka....

Resipi masak-masak kali ni, selain resipi daripada buku Puan Roza, buku masakan adik saya time belajar ERT dulu & ikut instinct sendiri. :)

Lasagna meatball dengan quiche cendawan

Resipi & Cara Memasak LASAGNA:
Bahan-bahan untuk sos putih (the balsamella sauce):
1. 6 sudu besar mentega atau 6 sudu besar minyak sayuran / jagung
2. 5 sudu besar sudu gandum
3. 60gm parutan keju parmesan
4. 3 1/4 cawan susu penuh krim atau UHT
5. 1 biji bawang besar dicincang
6. Garam secubit
7. Oregano sedikit

Cara membuat sos putih:
1. Panaskan periuk untuk cairkan mentega atau minyak masak & tumis bawang sehingga layu.
2. Masuk tepung gandum & susu sedikit demi sedikit. Kacau dengan pantas agar sisi tidak berketul.
3. Masukkan garam, oregano & parutan keju parmesan ke dalam sos. Kacau hingga sebati (tak perlu mendidih) dan angkat.

Bahan-bahan untuk sos bolognese (sos spaghetti tu):
1. 500gm daging cincang atau sekeping daging cincang Ramly Burger tu.
2. 1 tin tomato puri
3. Jus lemon atau jus limau kasturi sebiji
4. 3 sudu minyak sayuran
5. Sebiji bawang besar dicincang halus
6. Seulas bawang kecil dicincang halus
7. Sebatang lobak merah dicincang kasar
8. 3 batang saleri dicincang kasar (sayur ni takde pun takpe)
9. Daun parsli sedikit (saya guna jenama Mccormick aje)
10. 1/2 sudu oregano (guna Mccormick jugak sbb daun oregano yg ditanam kat luar dh dimakan tikus)
11. Sos cili biasa dalam 3-4 sudu (kita kan org Malaysia suka makan pedas...)
12. Garam, gula dan lada sulah secukup rasa
13. 6 sudu keju parmesan yang diparut.
14.  Meatball (beli yg dah siap ataupun jika rajin boleh buat sendiri guna daging cincang)

Cara buat sos bolognese :
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, putih, lobal merah dan daun saleri. Goreng sehingga bawang lembut atau layu.
2. Masukkan daging cincang dan goreng rata agar daging tidak berketul.
3. Kemudian, masukkan tomato puri, sos cili, jus lemon or limau kasturi, oregano dan daun parsli. Masukkan garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
4. Biarkan mendidih. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat. Taburkan keju parmesan dan gaulnya sehingga sebati. Dan mendidih kira dan settle.

Bahan-bahan untuk lasagna:
1. Kepingan pasta lasagna (jenis tanpa perlu direbus dahulu)
2. 1 sudu kecil minyak sayuran / zaitun
3. 150gm parutan keju mozarella
4. 120gm parutan keju parmesan

Cara memasak lasagna: 
1. Panaskan ketuhar pada suhu 230 Celcius / 350 Farenheit
2. Sapukan sedikit minyak sayuran / zaitun pada bekar pembakar. Masukkan sesenduk sos bolognese & atur kepingan pasta lasagna di atasnya.
3. Ambil 2-3 senduk sos bolognese lagi & ratakan atas kepingan pasta yg diatur tadi.
4. Kemudian curahkan pula sos putih 2-3 senduk di atas sos bolognese. Taburkan parutan keju parmesan di atasnya. Ulangi proses sehingga lapisan terakhir.
5. Di lapisan atas sekali, taburkan sos putih dan parutan mozarella.
6. Bakar di dalam ketuhar selama 30-45 minit atau bahagian atas keperangan. Cucuk bahagian tengah, jika pasta lembut maknanya sudah masak. Sedap dimakan time panas2 atau paling penting laparrr...

Resipi & Cara Memasak QUICHE CENDAWAN:
Bahan:
1 doh pastri. Boleh buat sendiri atau beli aje kat kedai jual bahan2 kek or pasaraya.

Bahan inti:
1. 1 tin cendawan butang dlm tin / 1 paket cendawan butang yg segar warna putih tu.
2. 2 sudu minyak zaitun / minyak sayuran
3. 1/2 biji cendawan besar dicincang
4. 1/2 batang daun saleri dicincang
5. 1/2 lobak merah dicincang
6. Garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa

Bahan kastard:
1. 1/2 cawan susu penuh krim / susu UHT
2. 3 biji telur
3. 1 1/2 cawan keju ceddar diparut kasar or koyak2kan aje jika sekeping2.
4. Secubit oregano

Cara memasak Quiche Cendawan:
1. Canai doh pastri dan masukkan dlm bekas pembakar bentuk bulat. Cucuk doh pastri dengan garpu (agar bahan masakan dan doh masak sekata) & masukkan dlm ketuhar dengan suhu 230 Celcius selama 5-10 minit. Keluarkan kembali dan biar sejuk seketika.
2. Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang sehingga layu. Masukkan cendawan, daun saleri, lobak merah, garam dan lada sulah secukup rasa. Masak dalam 8-10 minit.
3. Taburkan parutan keju di bawah lapisan pastri kemudian tabur campuran cendawan sayur & parutan keju di lapisan akhir.
4. Di dalam mangkuk lain, kacau campuran susu UHT / susu penuh krim, telur, garam, lada sulah dan oregano. Kemudian, curah ke atas cempuran cendawan dan keju.
5. Bakar selam 30-35 minit sehingga quiche cendawan masak...

Ni lah dia buku Puan Roza @ wife Prof Kamil yang tulis buku "Bersyukur Saat Diuji" tu. Macam2 resipi best ada dalam ni. Dan yang menarik juga, kata-kata motivasi dan peringatan oleh Allah buat kita turut diselitkan...

Happy Anniversary Rina & Rudy

Alhamdulillah... Akhirnya kami berdua meraikan ulangtahun perkahwinan yang ke-6. Banyak suka duka pahit manis yang kami lalui bersama. Adakala banyak suara-suara sumbang yang berkata tentang tiadanya cahaya mata dalam menyerikan rumahtangga kami. Tapi saya dan suami yakin, pasti ada yang terbaik telah dirancang oleh Allah buat kami. Apa yang penting, kami perlu banyak bersabar. Moga tahun-tahun yang mendatang memberi kecerian buat kami berdua dalam menjadi hambaNYA yang soleh dan solehah. Doakan juga yang terbaik buat kami ya pembaca semua... :)

Flowers for wedding

Mood saya hari ni saje gatal-gatal merayap melihat benda-benda menarik di internet. Dan tetiba, Allah beri idea untuk kongsikan sesuatu tentang bunga-bungaan. Rupa-rupanya, banyak benar spesis bunga yang saya tak tau. Mana taknya, bukannya saya ni minah bunga sangat. Kalau tahu pun hanya bunga ros, carnation, lili, orkid, bunga raya (ni kalau tak tau mau keluar dari Malaysia ajelah) dan bunga daffodil. Yang lain, hampeh tak tau. Yang tau cuma, "eee... lawalah bunga tu. Cantiklah bunga tu." Ayat tu ajelah yang selalu keluar dari mulut ni. Hehehe...

Jom saya kongsikan antara bunga-bunga yang selalu digunakan untuk wedding. Tak kisah lah melayu ke, cina ke, omputih ke, janjinya kahwinnnn...
Jom layan gambar dan sedikit detailsnya yang dicilok dari internet @ blog princesssassy... TQ ya untuk info ni...

Native to North American soil, these flowers are an annual that come in a range of shapes and colors. White zinnias mean goodness, while red zinnias symbolize constancy. They're also believed to be a favorite bloom of butterflies. 

The blooms are extra large roses with extra lush heads. They're extremely temperature sensitive and do not thrive well in extremely hot or cold areas. Roses in full bloom are believed to mean "I love you."

Next to the rose and chrysanthemum, tulips are the most popular flower in the world. Though not very aromatic, they come is a rainbow of colors, and a wide range of shapes and sizes. Tulips are said to symbolize imagination and the declaration of love.

This small, delicate flower resembling a butterfly is said to symbolize pleasure or bliss. They're often richly colored, in hues like red, pink, blue and lavender, but also white. Sweet peas have a long bloom season and make excellent cut flowers.

No wonder this simple, yet stunning white bloom is a wedding favorite—stephanotis is believed to mean happiness in marriage. These sweet little blossoms are very fragrant and bloom from spring to autumn.

These very small roses have only 5-10 small heads per stem. They're available in single hues or bicolor and are ideal for adding texture to an arrangement. The light pink variety symbolize perfect happiness and admiration, while the peach hued blooms mean desire.

Said to resemble the face of a dragon, these flowers symbolize graciousness. Their country of origin is unknown, but it's believed that snapdragons were once wildflowers of Spain and Italy. They're an annual bloom that's available in shades like white, yellow, burgundy, red, pink and orange.

Available during the winter and spring, these blooms originate in the Middle East. Their common meaning is radiant with charm.

Available in a wide variety of hues such as blue, pink and red, poppies have a characteristic dark marking in the center. The bloom's meaning varies by culture. In Persian literature, for example, it's the flower of love. In the U.S. and other commonwealth countries, poppies are the symbol worn to commemorate veterans.

Peonies, which bloom in late spring and early summer and are available in shades of red, white and yellow, symbolize a happy marriage, good health and prosperity. They're also commonly associated with the twelfth wedding anniversary.

Believed to have orginiated over 120 million years ago, the orchid, which means "a belle," is said to have aphrodisiac qualities. Samurai warriors supposedly grew orchids as a sign of a bravery and prowess. Other common associations include rare beauty, love and refinement.

Believed to have been grown over 3,000 years ago, longer than any other ornamental flower, lilies have several meanings. White lilies symbolize purity and modesty, while other varieties represent majesty and wealth. True lilies, such as the stargazer and Casablanca varieties, are never dormant. These blooms are the birth flower of May. 

Lilac flowers bloom on shrubs between mid spring and early summer. The buds are most commonly pale purple, but white and pink varieties are also cultivated. Purple lilacs symbolize first love, while white lilacs represent of youthful innocence.

Taken literally from the Greek goddess of the rainbow, irises symbolize eloquence and promise. They're available year round, peaking in the spring and early summer, and come in a variety of colors including white, purple, and yellow. These blooms are also the birth flower for the month of February.

Available from spring until autumn, hyrdangea literally means water barrel, which refers to the shape of the fruit it bears. These blooms come in a variety of colors including white, pink, blue and purple and are believed to symbolize understanding.

Common hyacinth, not to be confused for grape hyacinth, is a bulb plant with long, thick leaves and bell-shaped blooms that grow in clusters. It's a perennial plant that typically blossoms during March and April and is very fragrant. Hyancinth grows in a variety of hues such as blue, lavender, white, pink, yellow and peach. Blue hyacinths can symbolize sincerity. Other colors can mean loveliness, play and constancy.

Gardenias are a sweet-smelling flower with white petals and dark green leaves. Native to tropical regions such as Africa, Australia and southern Asia, they are extremely delicate and typically bloom from May through July. Gardenias are believed to mean sweet love and good luck.

In season from summer to early fall, these blooms can grow to over 20 feet high in one season. Dahlias are said to mean gratitude and dignity and have many color varieties including pink, purple, red, yellow, white, and orange.

One of the first flowers of spring, daffodils are perennials that typically bloom and flourish from March to May. They can symbolize many things including friendship and new beginnings. They're also the birth flower of March. Besides yellow, daffodils also come in white, yellow and white, yellow and orange, pink and lime green.

The word cymbidium comes from the Greek “kymbe” meaning a boat, referring to the hollowness in the lip of this flower, which typically has five pointed petals on each bloom. In ancient times, the Asian Cymbidium was considered the gift of respect and friendship.

Also known as celosia, these flowers symbolize humor, warmth and silliness. They bloom from late summer until fall and can be seen in vibrant yellows, pinks, reds and golds.

The name of this bloom comes from the Greek prefix “chrys,” meaning golden (the color of the original flowers) and “anthemon,” meaning flower. It is available year round, but peaks in the late summer and fall. Color varieties include white, green, orange, red, burgundy, and yellow. The Japanese use it as a symbol of longevity and happiness, but other popular meanings include optimism, truth and cheerfulness. It is also the birth flower of April.

One of the most popular flowers in the world—and the longest lasting— carnations have many meanings including love, luck and fascination. They are also the birth flower of January. 

This luxurious blossom contains about 30-40 petals and blooms from early spring until late fall. It's a deep, dark shade of red and is believed to symbolize beauty, passion and love.

Also known as Gypsophilia, baby’s breath is a bushy annual with dainty white or pink flowers that represents innocence. It is available year round and the most widely used variety is called Million Star.

“Wind flower” is a common nickname for the anemone, which comes from the Greek word anemos or wind. They're a perennial herb that generally blooms in shades of white, red, blue and occasionally yellow. The most popular variety is the Japanese anemone, which blossoms in fall. Anemones signify expectation.

Native to the rocky regions of South Africa, amaryllis, also known as the belladonna lily, is funnel-shaped flower. Not to be confused with the popular red holiday flower commonly referred to as amaryllis, true amaryllis blooms are white with red streaks, but can also come in pink or purple. The flower typically symbolizes pride.

PROMOSI RAMDHAN dengan DISKAUN 15% di Belidiskaun & Bukuislamikdiskaun...


PROMOSI RAMADHAN buat penggemar dan peminat buku kembali lagi.

Kali ini DISKAUN 15% diberikan kepada Al-quran, semua jenis buku, novel dan buku kanak-kanak berunsur islamik. Promosi berlangsung dari 1 RAMADHAN - 30 RAMADHAN 1433H.
Belian Al-quran, Al-Mathurat, Yasin atau buku dalam kuantiti melebihi 15 naskhah dan untuk tujuan sedekah atau hadiah, diskaun lebih banyak akan diberikan lagi...

Antara penerbit-penerbit buku yang terpilih adalah dari:
TELAGA BIRU
GALERI ILMU
ALAF21
JEMARI SENI
JS ADIWARNA
NB KARA
AL-HIDAYAH
MUSTREAD
BSB PUB.
PTS

JOM kita isikan bulan Ramadhan ini dengan aktiviti berfaedah dan semoga amalan kita diterima olehNYA... Aminnn...

Membalas kejahatan dengan kebaikan


Tentu anda semua pernah terdengar atau ada membaca tentang kisah Rasulullah SAW yang telah ke kota Taif untuk mendapat perlindungan tetapi penduduk di situ mencaci dan mencederakan Baginda dengan balingan batu. Kali ni saya nak kongsikan kisah Baginda yang sungguh mulia ini bagaimana Baginda membalas kejahatan atau hinaan dengan doa Baginda yang akhirnya membawa keberkatan sehingga Baginda wafat. Kisah ini baru sahaja saya refresh dengan membaca buku karya Syed Alwi Alatas, "Mudahkan Jangan Susahkan".



Baginda telah ke Taif untuk berdakwah. Ketika itu Baginda baru sahaja kehilangan isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Kerana tiada perlindungan di Mekah, maka Rasulullah SAW pergi ke kota Taif dengan harapan para pemuka kota itu boleh menerima Baginda untuk menyampaikan seruannya. Tetapi yang diterima adalah sebaliknya.


Sewaktu Baginda ke sana bersama anak angkatnya, Zaid Bin Haritsah untuk bertemu dengan 3 pemuka kota itu, antaranya Abd Yalail, tidak seorang pun daripada mereka yang sudi menerimannya. Baginda cuba pula berbincang dengan para pemuka kota Taif yang lain namun mereka juga tidak mahu menerimannya. Baginda malah diusir keluar dari kota itu. Dalam perjalanan keluar dari Taif, Baginda dibaling dengan batu dan dicaci maki oleh sekumpulan pemuda dan kanak-kanak. Zaid bin Haritsah berusaha sedaya upaya melindungi Baginda daripada balingan batu-batu namun, balingan batu itu terkena juga pada tubuh Baginda yang mulia sehingga luka dan berdarah.

Mereka hanya berhenti membaling setelah Baginda masuk ke sebuah kebun yang terletak 3 batu dari kota Taif. Di kebun itu Baginda duduk menenangkan diri. Kemudian baginda berdoa dengan doa yang menyentuh kalbu:

" Ya Allah! Sesungguhnya kepadaMu aku mengadukan kelemahan diriku, amat sedikitnya upayaku serta hinanya diriku di hadapan manusia, wahai yang Maha Pengasih di antara para pengasih!
Engkau adalah Tuhan orang-orang yang tertindaas, Engkaulah Tuhanku, kepada siapa lagi Engkau akan menyerahkan diriku? Kepada orang lain yang bermuka masam kepadaku? Atau kepada musuh yang telah menguasai urusanku?
Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli, akan tetapi keampunan yang Engkau anugerahkan adalah lebih luas bagiku.
Aku berlindung dengan perantaraan Nur wajahMu yang menyinari segenap kegelapan dan yang kerananya urusan dunia dan akhirat menjadi baik. Agar Engkau tidak turunkan murkaMu kepadaku atau kebencianMu melanda diriku. Engkaulah yang berhak menegurku hingga Engkau menjadi redha. Tiada daya serta upaya melainkan keranaMu".

Selepas beberapa waktu Baginda berdoa, Baginda didatangi oleh 2 malaikat iaitu Jibrail dan malaikat penjaga gunung. Jibrail memberitahu baginda bahawa Allah telah mengutuskan malaikat penjaga gunung untuk diperintahkan oleh Baginda agar membalas kembali apa yang telah dilakukan oleh penduduk kota Taif.  Namun perhatikan apa yang dikatakan oleh Baginda:

"Bahkan aku berharap pada Allah kelak akan lahir dari tulang sulbi mereka kaum yang menyembah Allah semata-mata dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu". 

Itulah jawapan Baginda. Baginda telah disakiti dan dilukai. Namun Baginda tetap mendoakan kebaikan untuk mereka.

Dan ada satu lagi kejadian yang melibatkan penduduk kota Taif dengan Baginda iaitu selepas penaklukan kota Mekah pada tahun 8 hijrah. Ada para sahabat meminta agar didoakan dengan doa keburukan kepada penduduk kota Taif ini namun Baginda tidak melakukannya malahan Baginda mendoakan kebaikan. Baginda berdoa:

"Ya Allah, berilah petunjuk kepada orang Tsaqif (Taif) dan bawa mereka datang".

Dan Alhamdulillah, Allah memperkenankan doa Baginda setahun setelah kejadian tersebut. Penduduk Taif mula mahu memeluk Islam dengan keislaman yang baik.

Selepas habis membaca kisah ini, saya berharap Allah dapat memberikan saya secebis daripada kesabaran dan semangat Baginda kepada saya. Aminnn...

Wajahnya muram...

Dia sudah agak kurang berkata-kata. Bersuara bila perlu sahaja. Saya rasa ada sesuatu yang termengkelan yang sukar diluahkan. Saya cuba untuk bercerita dan berkata-kata bagi menceriakan suasana, tapi dia hanya menjawab sepatah-sepatah. Ya Allah, sedihnya hati bila lihat dia begitu. Kenapa ya sanggup orang yang dikasihi, disayangi, ditatang bagai minyak yang penuh boleh berkata demikian? Tidak ingatkan dia akan jasa, pengorbanan dan segala-galanya yang diberi bertahun lamanya?

Ya Allah, Kau ceriakanlah hatinya kembali... Hanya Kau tempat aku bermohon dan meminta... Amin...


Miss Ahjumma yg membuat emosi saya naik dan turun


Sekarang ni saya tengah layan cerita korea "Miss Ahjumma" di channel korea 393 (SBS).

Sebenarnya saya dah lama tak tengok cerita korea. Bukan apa, karang dok terponggok aje depan tv layan cerita ni. Entah macam mana, last 2 weeks saya dah tak tau nak tengok cerita apa, saya bukak le channel 393 ni yg dok tayang "Miss Ahjumma". Masa tu tengah scene dia gaduh dengan laki dia sebab orang ketiga. Ingatkan nak layan kejap aje. Eh, alih-alih sampai habis episod tu saya tonton. Menarik Tertarik ni cerita kali ni. Bukan cerita tentang orang muda, tapi orang yang dah berkahwin dan punya anak tapi diganggu keharmoniannya oleh orang ketiga (perempuan sihir hampeh tu lah kan...).

Dan untuk 2-3 hari saya tak tengok dah. Malas nak layan dah. Tapi tetiba bukak balik channel tu tengok Geung Hwa (alah makcik ahjumma ni lah) dah jadi cantik. Wahhh... menarik tu... Apalagi, continue le saya tengok cerita ni.

Tapi kesian, dia bercerai jugak dengan suami dia sebab perempuan tak guna tu (dah mcm cerita ultraman plak ada ayat 'tak guna' ni, hehehe...). Lepas bercerai, dah le kena tipu duit dia, mintak kerja pun tak dapat dan yg paling sedih sekali, perempuan hampeh tu blh pulak dok berjalan depan mata dia dengan ex-husband n anak perempuan dia. Aduhhh... sedih gila dia time tu. Saya pun bengang aje... Kalau saya, dah lama perempuan tu makan tempeleng (hehehe... emosi plak ek).

Dan Tuhan itu Maha Adil, akhirnya dia dapat gak kerja kat satu company pengiklanan ni. Company ni bos dia lelaki yg dia terserempak secara tak sengaja time dia sedih2. Lelaki yg wajah serius ni, walaupun serius tapi dalam hati ada taman tau. Dia beri sapu tangan dia pada Geung Hwa ni bila dia nangis time dia pakai pakaian maskot ayam dan lepas nampak insiden perempuan tak guna, ex-hubby n anak dia tu.

Dan sekarang, meskipun perempuan tak guna tu, dok sibuk2 menjalankan aktiviti 'meracun fikiran oran lain' dan cuba memusnahkan hidup dia, tapi dia kena balik. Wahhh!! Saya memang suka bab2 ni. What you give, you get back lah... Tak sabar rasanya nak tengok Geung Hwa ini kembali ceria, bos dia tu pun ceria dan perempuan hampeh tu dpt balasannya.... Jom semua, kita tonton cerita ni... Lain dari yg lain...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...