Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Lasagna dan quiche cendawan sempena raya


Selamat Hari Raya semua... Kali ni saya nak kongsi resipi masak-masak masakan barat dengan semua. Selalunya saya n my sis akan try benda2 baru time hari raya. Sebabnya kalau hari lain, dia sibuk dengan kerjanya dan saya dengan kerja saya. Plus, kami pun dok jauh2. Cuti2 tertentu aje dapat jumpa.

Kali ni kami try masak lasagna dan quiche cendawan. Kalau ikutkan memang dah lama teringin nak masak n try resipi lasagna ni dan akhirnya selepas beli buku "Bukan Sekadar Resipi" dan ada masa terluang hari raya ni, kami pun ngetest le. Alhamdulillah... jadiiiii.... :) suka suka suka....

Resipi masak2 kali ni, selain resipi daripada buku Puan Roza, buku masakan adik saya time belajar ERT dulu & ikut instinct sendiri. :)

Lasagna meatball dengan quiche cendawan

Resipi & Cara Memasak LASAGNA:
Bahan-bahan untuk sos putih (the balsamella sauce):
1. 6 sudu besar mentega atau 6 sudu besar minyak sayuran / jagung
2. 5 sudu besar sudu gandum
3. 60gm parutan keju parmesan
4. 3 1/4 cawan susu penuh krim atau UHT
5. 1 biji bawang besar dicincang
6. Garam secubit
7. Oregano sedikit

Cara membuat sos putih:
1. Panaskan periuk untuk cairkan mentega atau minyak masak & tumis bawang sehingga layu.
2. Masuk tepung gandum & susu sedikit demi sedikit. Kacau dengan pantas agar sisi tidak berketul.
3. Masukkan garam, oregano & parutan keju parmesan ke dalam sos. Kacau hingga sebati (tak perlu mendidih) dan angkat.

Bahan-bahan untuk sos bolognese (sos spaghetti tu):
1. 500gm daging cincang atau sekeping daging cincang Ramly Burger tu.
2. 1 tin tomato puri
3. Jus lemon atau jus limau kasturi sebiji
4. 3 sudu minyak sayuran
5. Sebiji bawang besar dicincang halus
6. Seulas bawang kecil dicincang halus
7. Sebatang lobak merah dicincang kasar
8. 3 batang saleri dicincang kasar (sayur ni takde pun takpe)
9. Daun parsli sedikit (saya guna jenama Mccormick aje)
10. 1/2 sudu oregano (guna Mccormick jugak sbb daun oregano yg ditanam kat luar dh dimakan tikus)
11. Sos cili biasa dalam 3-4 sudu (kita kan org Malaysia suka makan pedas...)
12. Garam, gula dan lada sulah secukup rasa
13. 6 sudu keju parmesan yang diparut.
14.  Meatball (beli yg dah siap ataupun jika rajin boleh buat sendiri guna daging cincang)

Cara buat sos bolognese :
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, putih, lobal merah dan daun saleri. Goreng sehingga bawang lembut atau layu.
2. Masukkan daging cincang dan goreng rata agar daging tidak berketul.
3. Kemudian, masukkan tomato puri, sos cili, jus lemon or limau kasturi, oregano dan daun parsli. Masukkan garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
4. Biarkan mendidih. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat. Taburkan keju parmesan dan gaulnya sehingga sebati. Dan mendidih kira dan settle.

Bahan-bahan untuk lasagna:
1. Kepingan pasta lasagna (jenis tanpa perlu direbus dahulu)
2. 1 sudu kecil minyak sayuran / zaitun
3. 150gm parutan keju mozarella
4. 120gm parutan keju parmesan

Cara memasak lasagna: 
1. Panaskan ketuhar pada suhu 230 Celcius / 350 Farenheit
2. Sapukan sedikit minyak sayuran / zaitun pada bekar pembakar. Masukkan sesenduk sos bolognese & atur kepingan pasta lasagna di atasnya.
3. Ambil 2-3 senduk sos bolognese lagi & ratakan atas kepingan pasta yg diatur tadi.
4. Kemudian curahkan pula sos putih 2-3 senduk di atas sos bolognese. Taburkan parutan keju parmesan di atasnya. Ulangi proses sehingga lapisan terakhir.
5. Di lapisan atas sekali, taburkan sos putih dan parutan mozarella.
6. Bakar di dalam ketuhar selama 30-45 minit atau bahagian atas keperangan. Cucuk bahagian tengah, jika pasta lembut maknanya sudah masak. Sedap dimakan time panas2 atau paling penting laparrr...

Resipi & Cara Memasak QUICHE CENDAWAN:
Bahan:
1 doh pastri. Boleh buat sendiri atau beli aje kat kedai jual bahan2 kek or pasaraya.

Bahan inti:
1. 1 tin cendawan butang dlm tin / 1 paket cendawan butang yg segar warna putih tu.
2. 2 sudu minyak zaitun / minyak sayuran
3. 1/2 biji cendawan besar dicincang
4. 1/2 batang daun saleri dicincang
5. 1/2 lobak merah dicincang
6. Garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa

Bahan kastard:
1. 1/2 cawan susu penuh krim / susu UHT
2. 3 biji telur
3. 1 1/2 cawan keju ceddar diparut kasar or koyak2kan aje jika sekeping2.
4. Secubit oregano

Cara memasak Quiche Cendawan:
1. Canai doh pastri dan masukkan dlm bekas pembakar bentuk bulat. Cucuk doh pastri dengan garpu (agar bahan masakan dan doh masak sekata) & masukkan dlm ketuhar dengan suhu 230 Celcius selama 5-10 minit. Keluarkan kembali dan biar sejuk seketika.
2. Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang sehingga layu. Masukkan cendawan, daun saleri, lobak merah, garam dan lada sulah secukup rasa. Masak dalam 8-10 minit.
3. Taburkan parutan keju di bawah lapisan pastri kemudian tabur campuran cendawan sayur & parutan keju di lapisan akhir.
4. Di dalam mangkuk lain, kacau campuran susu UHT / susu penuh krim, telur, garam, lada sulah dan oregano. Kemudian, curah ke atas cempuran cendawan dan keju.
5. Bakar selam 30-35 minit sehingga quiche masak...

Ni lah dia buku Puan Roza @ wife Prof Kamil yang tulis buku "Bersyukur Saat Diuji" tu. Macam2 resipi best ada dalam ni. Dan yang menarik juga, kata2 motivasi dan peringatan oleh Allah buat kita turut diselitkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...