Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Pizza Turki @ Pide Turki yang sedap & mengenyangkan


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera gais...

Pidë Turki @ Pizza Turki 🇹🇷

4 hari lepas, ternampak IG @akudanistanbul . Entah macam mana, tetiba nampak YouTube channel @refikabirgul tentang masakan Turki. Apalagi, layan kejap. Dan tetiba tertonton dia buat pidë. So, gigihlah belajar buat pizza turki ni.

Ni resipinya jika nak buat. Lebih kurang pizza biasa makan cuma tak letak sos tomato & bentuknya seperti sampan.

Bahan doh:
1/2kg tepung gandum
1 paket yis
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
300ml air suam

Bahan topping:
300gm keju mozzarella
100gm keju Cheddar
200gm daging cincang
7-9 biji tomato kecil belab dua
1 biji tomato besar dibuang kulit & didadu
Beberapa helai daun selasih (basil)
2 batang hotdog dihiris
1/2 biji cili benggala didadu
Lada hitam
Cili kisar
Sedikit garam jika nak ada rasa pada inti daging


Penyediaan:
1. Semua bahan doh dicampurkan & diuli seperti membuat doh pizza. Setengah kilo tepung akan dapat dalam 7 keping pide. Rehatkan doh selama 1/2 jam.
2. Untuk inti daging, masukkan daging cincang, tomato didadu, cili benggala, lada hitam, cili kisar & garam. Gaul & ketepikan.


3. Sediakan dulang lebar tapi kali ni, guna belakang dulang sebab doh dia lebar memanjang. Panaskan oven pada suhu 240°, api atas bawah.
4. Ambil sebiji doh yang dah kembang & uli doh memanjang guna pencanai. Letakkan doh di atas papan leper atau boleh juga letak terus di belakang tray. Sudukan inti daging ditengahnya. Kemudian, lipat / kelepet tepi doh pizza kelilingnya. Buangkan baki tepung keliling doh & taburkan sedikit keju di tengahnya.

Leperkan doh secara memanjang.

Lipat tepinya selepas taburkan inti. Kemudian taburkan keju atasnya.

5. Bakar pidë selama 8-10 minit atau sehingga roti berwarna kuning keemasan. Sebaik keluar dari oven, sapukan mentega di keliling tapi pidë. Ia bagi menaikkan warna & rasa. Siap untuk dihidang & makan.

Sapukan mentega keliling roti pide agar ianya nampak lebih berkilat, sedap & menarik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...