Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Doodle bila menulis jurnal kesyukuran buat kita rasa lebih peribadi

Contengan atau doodle bila menulis jurnal kesyukuran buatkan saya rasa lebih dekat sebagai pemilik jurnal tersebut. Saya boleh lukis lukisan yang comel, simple, mudah dan boleh ditiru (jika cari idea di Pinterest). Saya akui diri tak berapa pandai melukis tapi saya suka lukisan yang mudah ditiru dan cute pada pandangan mata saya. Jadi, saya akan belajar untuk tiru agar serupa.

Bila menulis jurnal kesyukuran, saya lebih suka meletak point penting sahaja. Saya fokus pada apa yang saya sampaikan. Lebih ringkas. Dan disini, saya kongsikan beberapa alasan tersendiri kenapa doodle bila menulis jurnal rasa lebih dekat di hati.


  1. Meningkatkan kreativiti dan ekspresi diri – melukis doodle membolehkan saya pilih doodle apa yang nak dilukis pada jurnal hari tersebut. Tak ada yang spesifik. Saya bebas berfikir tanpa tekanan.
  2. Membantu fokus dan positif – doodle membuatkan saya pertama, fokus pada apa yang hendak disampaikan. Straight to the point. Doodle yang comel, tentunya beri kita rasa positif sebab boleh lukis lukisan yang comel di buku.
  3. Mengurangkan tekanan dan kegelisahan – mengikut kajian, aktiviti melukis, mewarna dan melakukan kraf merupakan terapi seni yang membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan stres. Saya akui benda ni sebab saya cuba nak jadikan jurnal milik saya kemas, menarik, berseni, nampak macam pro (ini kalau tetiba saya buat craft journaling). Bila dah mula buat, memang jadi ralit.
  4. Membuatkan jurnal lebih menarik dan bersifat personal – Doodle dengan corak dan warna yang berwarna-warni menunjukkan yang penulisnya suka benda yang comel-comel, simple dan unik. Hidup seakan menyeronokkan bila dapat membuka helaian mukasurat dalam jurnal bila meniliknya kembali.
  5. Membantu proses refleksi – Melukis sambil memikirkan perkara-perkara yang disyukuri membantu saya menilai kembali momen kecil yang ditulis. Pada masa yang sama, setiap kali doodle, ada kenangan lama yang seperti flashback datang dalam memori saya. Memang kadang-kadang akan buat saya senyum sendirian.
  6. Bangga dan puas – meskipun lukisan tak secantik pelukis profesional tapi bagi saya yang ‘tangan kayu’ ni, ia memberikan rasa bangga dan puas bila melihat hasil sendiri. Eh! Pandai aku lukis ek.

Jurnal kesyukuran adalah jurnal yang merakam pengalaman indah kita apabila menikmati rezeki dari Allah. Dan apabila menconteng lukisan kecil atau doodle, kita akan lebih rasa ‘muda dalam lukisan’, rasa interaktif dengan buku, menyeronokkan dan catatan itu lebih bermakna. Doodle bila menulis jurnal kesyukuran merupakan pengalaman peribadi yang tidak dikongsikan dengan orang lain. Hanya pemilik yang memahaminya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...