Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Agar-agar kopi yang sedap untuk minum petang


Agar-agar kopi radix. Dek kerana semua dalam rumah ni minum kopi, makanya kita cuba agar-agar kopi. Dan rasanya, serius sedap. Tak manis & tak pahit 😋

Bahan:
4 paket kopi radix
1 paket agar-agar tali
1200ml air
10 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu besar susu pekat

Penyediaan:
1. Masukkan agar-agar, air, gula ke dalam periuk. Setelah adunan mendidih, bahagikan 2 adunan. Satu putih dan satu adunan kopi. Masukkan susu cair dalam adunan putih. Dan masukkan kopi radix & susu pekat dalam adunan satu lagi. Masak guna api perlahan.
2. Masukkan separuh adunan putih ke dalam loyang agar-agar. Biarkan sejuk sebentar dan cakar sedikit permukaannya. Kemudian masukkan adunan kopi perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit. Ini agar adunan bawah yang putih tidak tiba-tiba bercampur semua (macam gambar saya, ada sedikit bahagian masih panas & meresap ke bawah). 
3. Setelah adunan agar-agar kopi keras sedikit, cakar ia dan masukkan baki adunan agar-agar putih perlahan-lahan (boleh tambah air semasa agar-agar mula berkurangan dalam periuk yang dipanaskan). Sejukkan agar-agar selama 3 jam. boleh dipotong selepas itu agar-agar kopi kita.

Resipi Biskut 'Chewy' cip coklat ala subway


Resipi biskut 'Chewy' cips coklat ala subway 🍪🍪
Dek kerana ada orang kata 'lama tak buat biskut ni', makanya rezekilah buat di Ampang. Adalah Elly membantu + food tester yg berkeping2 makan 😁

Bahan:
2 cawan tepung gandum (jika jumpa tepung oatmeal, jadikan ianya 1 cawan gandum + 1 cawan tepung oatmeal)
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam
1 cawan mentega yang kemudian dicairkan
1 cawan gula perang
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu besar ekstrak vanila
2 cawan cip coklat (1/4 tinggalkan untuk topping bila nak membakar)


Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, gula perang & kastor hingga gebu.
2. Masukkan telur, telur kuning & ekstrak vanila. Pukul hingga kembang.


3. Kemudian, masukkan campuran tepung, garam & baking soda yang diayak tadi ke dalam adunan mentega. Pukul sehingga adunan mesra.


4. Selepas itu, masukkan cip coklat & gaul.
5. Panaskan oven pada 170°c.


6. Sediakan dulang yang disapukan sedikit mentega
7. Kaup sedikit adunan biskut & bulatkan ia. Letak atas dulang. Jika mahu biskut besar maka, kaup le banyak sikit.
8. Masukkan dulang yang berisi biskut tersebut ke dalam oven & bakar 15-18 minit. Tengok pada saiz biskut & oven anda.
10. Setelah masak, biarkan seketika & boleh masukkan dalam bekas simpanan.

Biskut Chocolate rice yang budak umur 7 tahun pun boleh buat


Biskut chocolate rice, resipi mudah budak pun boleh buat 😊😋
Resipi lajen dari kami kecil hingga anak sedara pun dah besar. Dek kerana 'cuti raya' semalam, kami try le. Anak sedara umur 7 tahun pun mudah aje tolong.

Bahan:
340gm mentega
190gm gula aising
3 sudu besar susu pekat
3 biji kuning telur
1 1/2 sudu kecil ekstrak vanila
595g tepung gandum
42gm serbuk koko
3/4 sudu kecil baking powder

Bahan untuk aising:
340gm gula aising
7 sudu besar air suam
1 1/2 sudu kecil ekstrak vanila
42gm serbuk koko



Penyediaan:
1. Masukkan mentega, gula aising, susu pekat, kuning telur & ekstrak vanila ke dalam mangkuk besar. Pukul semua bahan hingga gebu (berkrim).
2. Selepas itu, masukkan tepung, serbuk koko & baking powder sediki demi sedikit. Pukul hingga adunan mesra & uli sehingga jadi doh. Ratakan dalam dulang.

Nasi Temasik, resipi rare dari ma


Assalammualaikum & Salam sejahtera. Resipi nasi temasik ni terjumpa masa cari resipi biskut dalam buku resipi mama yang gedabak. Bila tengok bahan, takdelah susah sangat. So, apa lagi, pi kedai kita pun cari. Alhamdulillah bila dah siap masak, sedap rasanya cuma akak terlupa letak garam (kat dalam buku pun ma terlupa tulis).So, ini resipi yg proper. Hopefully kena dengan tekak anda seisi keluarga. 😊

Bahan:
5 pot basmati yg dibasuh bersih, direndam 15 minit & ditoskan.
5 biji bawang merah dimayang
4 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
3 sudu besar minyak sapi
1/2 cawan minyak masak
2 helai daun pandan
1 tin susu cair
Air secukupnya untuk memasak beras
1 sudu kecil garam
5 biji cengkih
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
Pewarna merah/hijau/kuning untuk dititis pada nasi
Air mawar untuk direnjis
Bawang goreng/gajus/badam untuk hiasan

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan tumis (cengkih, kayu manis, pelaga) sebentar. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Masak hingga layu.
2. Masukkan daun pandan & beras. Goreng sebentar & masukkan susu cair, air & garam. Tutup tudung periuk & biarkan nasi masak.
3. Setelah masak, renjiskan air mawar di permukaan nasi & kemudian buatkan 3 lubang kecil bagi memasukkan sedikit pewarna tadi. Tutup periuk nasi & biarkan selama seminit. Kemudian, gaul perlahan nasi & boleh dihidang serta dihias dengan bawang goreng/badam atau gajus. Nasi temasik ini enak dengan makan dengan lauk kenduri, rendang ataupun lauk biasa yang anda suka. 

Kek lobak merah yang senang dan sedap


Kek lobak merah buat peminat kek tradisional. 10 tahun dulu, masa saya rasa kek ni makan dengan frostingnya, subhanallah, sedapnya. Gigihlah belajar buat kek ni dulu. Plus, saya aniaya anak sedara yang tak makan sayur. Bila ditanya, saya cakap kek lah. Makan aje. Bila dia makan kemudian bila kunyah-kunyah, dia rasa pelik dan keluarkan skit dari mulut, dia tanya, "Ni carrot ke maksu?" Saya sengih dan angguk. Saya soh dia habiskan. Sengsara aje tengok dia makan. Hahaha...

Dan kali ni, anak sedara balik kampung seminggu sampai hari mengundi jadinya segala masak dia bagi ke saya. Tengok banyak sangat lobak merah + semalam pun saya ada beli, jadinya kita buat kek lah. Blh kongsi dengan jiran.

Ini resipi kek lobak merah yang sedap. InsyaAllah, Allah beri jadi & sedap 😊

Bahan:
1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan gula perang
1 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan minyak sayuran/zaitun
2 biji telur saiz A
1 sudu besar ekstrak vanila
11/2 cawan parutan lobak merah
1/2 cawan kismis

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 175 Celcius
2. Sediakan loyang 9 inci atau apa aje bekas yang anda ada yang boleh masuk ke dalam oven. Sadurnya dengan sedikit minyak sayuran & letakkan helaian kertas minyak dibawanhnya & sadurkan sedikit minyak sayuran juga.

Resipi Laksa Sarawak yang nyaman


Bila dapat makan laksa sarawak yang sedap kat Sarawak sendiri, memang puas hati. Dan bila balik semenanjung, haruslah cuba masak untuk family pulak kan. Dan inilah hasilnya. Alhamdulillah adik n mak saya suka. Nak mudahkan masak, pastikan beli pes laksa sarawak. Sebab bahan2 dalam pes memang dah menjimatkan masa & cukup rempahnya. Ini resipinya. Boleh cuba.

Bahan:
1 bungkus mihun dicelur & toskan
300 g pes laksa sarawak
15-20 ekor udang saiz sederhana dikupas (jangan buang kepala udang tu. Nak guna masa rebus), cuci & masak tanpa minyak atas kuali.
4 ketul ayam
2 liter air (1 liter untuk rebus & 1 liter untuk masak pes)
400ml santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan:
4 biji telur, dibuat dadar nipis, gulung & hiris halus
250g taugeh dicelur & ditoskan
1 ikat bakchoy dikerat kasar & dicelur
1 pek fishcake & fishball dicelur & toskan
Belahan limau kasturi

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...