Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Biskut Chocolate rice yang budak umur 7 tahun pun boleh buat


Biskut chocolate rice, resipi mudah budak pun boleh buat 😊😋
Resipi lajen dari kami kecil hingga anak sedara pun dah besar. Dek kerana 'cuti raya' semalam, kami try le. Anak sedara umur 7 tahun pun mudah aje tolong.

Bahan:
340gm mentega
190gm gula aising
3 sudu besar susu pekat
3 biji kuning telur
1 1/2 sudu kecil ekstrak vanila
595g tepung gandum
42gm serbuk koko
3/4 sudu kecil baking powder

Bahan untuk aising:
340gm gula aising
7 sudu besar air suam
1 1/2 sudu kecil ekstrak vanila
42gm serbuk koko



Penyediaan:
1. Masukkan mentega, gula aising, susu pekat, kuning telur & ekstrak vanila ke dalam mangkuk besar. Pukul semua bahan hingga gebu (berkrim).
2. Selepas itu, masukkan tepung, serbuk koko & baking powder sediki demi sedikit. Pukul hingga adunan mesra & uli sehingga jadi doh. Ratakan dalam dulang.


3. Panaskan oven pada suhu 165°c. Masukkan adunan tadi & bakar selama 25 minit atau bahagian atas keperangan.
4. Setelah masak, keluarkan dari oven & rehatkan sebentar dalam 5 minit. Sementara itu, siapkan bahan topping aising.
5. Masukkan gulq aising, serbuk koko, air suam & vanila. Gaul hingga mesra. Kemudian, ratakan adunan coklat tersebut di atas biskut yang sudah sedikit sejuk. Selesai ratakan, taburkan dengan chocolate rice. Selepas 10 minit, boleh potong ikut petak saiz yang anda suka. Sedia untuk dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...