Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi Laksa Sarawak yang nyaman


Bila dapat makan laksa sarawak yang sedap kat Sarawak sendiri, memang puas hati. Dan bila balik semenanjung, haruslah cuba masak untuk family pulak kan. Dan inilah hasilnya. Alhamdulillah adik n mak saya suka. Nak mudahkan masak, pastikan beli pes laksa sarawak. Sebab bahan2 dalam pes memang dah menjimatkan masa & cukup rempahnya. Ini resipinya. Boleh cuba.

Bahan:
1 bungkus mihun dicelur & toskan
300 g pes laksa sarawak
15-20 ekor udang saiz sederhana dikupas (jangan buang kepala udang tu. Nak guna masa rebus), cuci & masak tanpa minyak atas kuali.
4 ketul ayam
2 liter air (1 liter untuk rebus & 1 liter untuk masak pes)
400ml santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan:
4 biji telur, dibuat dadar nipis, gulung & hiris halus
250g taugeh dicelur & ditoskan
1 ikat bakchoy dikerat kasar & dicelur
1 pek fishcake & fishball dicelur & toskan
Belahan limau kasturi

Sambal belacan @ sambal nasi lemak

Penyediaan:
1. Rebus ayam & kepala udang dengan 1 liter air sehingga ayam lembut. Toskan air rebusan dalam periuk lebih besar & ketepikan ayam untuk disiat. Letakkan periuk air rebusan tadi atas dapur & masak hingga menggelegak. Setelah menggelegak, masukkan pes laksa sarawak & masak pada api sederhana selama 1/2 jam.
2. Selepas itu masukkan santan & kacau hingga mendidik. Jika mahu pekat, boleh tambah santan 100ml lagi. Jika nak cair, tambah air sedikit. Perasakan dengan garam & gula. Siap.
3. Cara penyediaan dalam mangkuk mi pula, letakkan bihun dalam mangkuk. Letakkan udang, fishball, fishcake, hirisan telur dadar, taugeh, bakchoy & hirisan ayam keliling bihun. Letakkan sesudu sambal & setengah biji limau kasturi di tengah bihun. Tuangkan kuah laksa sarawak di dalam mangkuk. Siap untuk dimakan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...