Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 3 Ogos 2021

Mi Goreng Basah, Power rasanya


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk dapatkan rasa sedap dalam mi goreng basah & juga warna berkilat mi bila masak, ini resipinya. Anda boleh cuba.

Bahan:
1 pek mi kuning dicuci bersih
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air (untuk masakkan cili giling tu sebentar)
2 batang fish cake dihiris sederhana (letak aje apa yg ada dlm fridge)
2 sudu kicap biasa
2 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu besar kicap cair
2 sudu kicap karamel (ini yg naikkan warna berkilat)
1 biji telur
1 ketul tauhu putih
3 tangkai sawi dipotong kasar
Sedikit hirisan kubis (jika suka)
4 sudu besar minyak masak

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & putih
2. Bila dah garing sedikit, masukkan cili giling & gaul sebentar. Masukkan pula air & kacau. Biarkan masak sebentar.
3. Bila kelihatan cili garing sedikit, masukkan potongan fish cake/fish ball/ayam. Kacau.
4. Masukkan kicap biasa, kicap pekat, kicap cair, kicap karamel, sos tiram & sos cili. Kacau semuanya agar sekata.
5. Masukkan pula telur & kacau sedikit. Bila dah lihat telur macam dah berketul (separuh masak), masukkan mi & sayur. Masukkan tauhu yang diramas. Kacau sehingga semua sebati. Jika warna tak berapa umph, tambahkan sedikit kicap pekat. Jika tak berapa basah, tambahkan sedikit kicap karamel & sos tiram.
6. Bila dah masak, masukkan mi dalam mangkuk besar. Siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...