Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Menu Turki, Patatesli Yumurta @ Eggs with Potatoes


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera, Turkish breakfast menu, Patatesli Yumurta @ Eggs with potatoes. Kalau tengok, lebih kurang macam telur dadar kita aje tapi ada isi skit. 

Patatesli yumurta ni macam telur dadar di Malaysia cuma letak kentang  dan beberapa jenis rempah. Dan lebih kurang juga seperti frittata, menu orang barat tu. Tq Aysenur Altan dari @turkishfoodtravel untuk resipi.

Bahan:
1 biji kentang besar, dibuang kulit & dipotong dadu
3 biji telur saiz A
2 sudu besar minyak zaitun
sedikit garam, lada hitam, lada sulah, serbuk cili, oregano atau apa sahaja yang anda suka

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali leper. Setelah minyak panas, masukkan kentang. Masak hingga ia separuh masak & tutup atasnya dengan penutup periuk. Kacau sekali sekala. 


2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, garam, lada hitam, lada sulah, serbuk cili & oregano. Kacau hingga semua mesra. 


3. Angkat penutup periuk & masukkan adunan telur tadi serata kentang. Guna api perlahan untuk masakkan telur & kentang.


4. Setelah bahagian bawah masak, perlahan-lahan pindahkan telur tadi ke atas pinggan besar & kemudian masukkan balik ke dalam kuali dengan menelangkupkan bahagian yang belum masak. Biarkan ia masak selama 3-4 minit & barulah angkat ke dalam pinggan untuk dihidang. Boleh nikmati patatesli yumurta ini dengan sos atau kapit dengan roti (versi kita).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...