Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Maggi Mee Bandung yang serius sedap
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,Ternampak resipi ni kat YouTube @sheilarusly_jspictures . Teringat pulak ada stok maggi & telur kat dalam fridge. Jadinya, sarapan pagi ni, kita try lah. Alhamdulillah, sedap sangat.
Dek kerana takde daging, saya guna apa aje yang ada di dapur 😊
Ini resipinya.
1 bahagian dada ayam dihiris nipis
3 paket maggi kari
3 sudu besar minyak masak
1/2 biji bawang holland dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu cili kisar
2 sudu besar sos cili
3 cawan air
3 biji telur
2 batang fish cake dihiris kasar
1 batang sayur saderi dihiris
3 helai salad disiat-siat
2 tangkai cili padi merah (hiasan)
2 sudu besar bawang goreng (hiasan)
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang holland & bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing.
2. Masukkan pula perencah maggi kari & sos cili. Kacau hingga mesra. Masukkan pula ayam. Kacau seketika & masukkan air. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan fish cake. Masak sebentar & masukkan maggi mee. Masukkan juga telur sebiji demi sebiji, batang saderi & salad. Kacau perlahan-lahan & tutup dengan penutup kuali. Biarkan ia masak selama 2 minit baru diangkat penutupnya. Kacau perlahan & tutup api. Masukkan dalam mangkuk hidangan & taburkan dengan cili padi & bawang goreng. Siap untuk dihidang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan