Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 18 Julai 2021

Stew Ikan, resipi dari Turki


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Semalam, dok le tilik-tilik buku resipi Turki. Tetiba nampak resipi sea bass stew depa. Teringat pula kak ipar kasi ikan salmon minggu lepas. Apalagi, harini dapat le buat menu oversea ni 😊

Kalau ikutkan resipi, guna filet ikan siakap. Tapi rasanya, korang guna aje ikan apa yang saiz besar & boleh potong dadu. Guna apa yang ada 😉
Saya guna bahan yang memang ada dalam fridge.

Bahan:
1 filet ikan salmon didadu kasar
4 biji tomato didadu
4 tangkai cili hijau dihiris atau 1 biji cili benggala didadu
1 tangkai cili merah dihiris
1 pek cendawan tiram disiat kasar
1 biji bawang besar didadu
4 ulas bawang putih didadu
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak / zaitun
1 sudu besar mentega
3 sudu besar keju mozzarella/cheddar


Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 180° api atas bawah. Masukkan ikan, tomato, cili, cendawan & bawang dalam satu bekas. Gaul mesra.
2. Dalam mangkuk kecil, satukan minyak, bawang putih & garam. Kacau. Kemudian, tuang ke dalam bekas membakar. Masukkan campuran ikan & sayur tadi di atasnya & taburkan keju. Letakkan mentega pada bahagian atas tengah bahan.


3. Masukkan dalam oven & bakar selama 15-20 minit atau sehingga keju di atasnya keemasan. Siap.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...