Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Serawa Durian & Pulut Kukus Bunga Telang yang sekali hadap, nak tambah lagi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Serawa durian & pulut kukus bunga telang. Menu warisan kita yang sedap sampai bila-bila 💙😋

Rezeki dapat durian kampung yang isi eloknya. Jadinya, rezeki masak menu berasaskan durian. Bunga telang juga banyak yang kembang depan rumah. Maka, kita cuba resipi yang diambil di web @matgebu 🥰
Untuk video, boleh lihat di reels ya 😉

Bahan:
2 biji isi durian
1 liter santan
500 ml air
1 ketul gula melaka dihiris halus (anggaran 1/2 cawan)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan
1 1/2 sudu besar tepung gandum + 1/4 cawan air
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN-BAHAN PULUT :-)
800gm beras pulut, cuci & rendam 30 minit kemudian tapis
550 ml santan cair
1 sudu kecil garam
1 sudu kecik minyak masak
1 helai daun pandan
20 kuntum bunga telang, cuci & rendam dgn sedikit air panas.

Penyediaan:
UNTUK PULUT :- Panaskan kukus. Sediakan loyang. Toskan beras pulut & masukkan ke dalam loyang. Masukkan garam & minyak masak ke dalam santan, kacau rata. Tuang bancuhan santan & masukkan daun pandan. Masukkan loyang ke dalam kukus. Tutup kukus & masak selama 20 minit. Sementara itu, bunga telang direndam dengan air panas selama 10 minit. Warna biru bunga akan keluar perlahan-lahan.
Selepas 20 minit, buka tutup pengukus & sudukan air bunga telang pada beberapa bahagian pulut, sudukan secara bertompok. Tutup kukus & biar masak selama 5 minit. Kemudian gemburkan dengan garfu & sambung kukus untuk 5 minit lagi atau pulut betul2 masak. Matikan api kukus & biar sejuk sebentar.

UNTUK KUAH SERAWA DURIAN :- Masukkan air gula ke dalam periuk bersama daun pandan, air & santan. Kacau & masak hingga mendidih. Tambah durian dan masukkan sedikit garam. Kacau & masak sekejap. Kemudian, bancuh tepung gandum dengan 1/4 cawan air & kacau. Tuang ke dalam periuk, kacau sebentar & masak dengan api sederhana hingga kuah memekat. Rasa & jika kurang manis boleh tambah sesudu lagi gula. Masak sekejap & matikan api. Siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...