Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Nasi Kerabu yang menggamit nostalgia


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan semua.

Nasi kerabu yang menggamit nostalgia time 'tandus duit' ketika belajar.

Dek kerana Allah beri rezeki banyak bunga telang berkembang sehari dua ni, saya decide nak cuba masak nasi kerabu. Menu yang tak pernah terlintas nak buatnya.

Menu nasi kerabu ni sangat saya syukur sangat dapat kenalnya waktu belajar di Kelantan. Ia menu murah yang sedap & banyak. Dengan harga hanya RM1.50 (jika tak silap), kami boleh dapat sebungkus nasinya berserta dengan keropok & telur masin. Jika ada duit lebih, saya minta ikan seekor atau ayam seketul. Berkira-kira sangat dengan duit masa tu.

Dan bila saya cuba masak nasinya kali ini, warna birunya tidaklah seperti diharapkan. Barangkali kuntuman bunganya tidak cukup banyak untuk menaikkan warnanya.

Untuk anda cuba masak nasi ini, masak seperti nasi biasa aje. Cuma letak daun pandan dua helai & beberapa kuntum bunga telang yang belum direndam air panas. Sediakan juga air rebusan bunga telang dalam beberapa cawan.


Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:

12 tangkai cili kering
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
½ labu bawang putih
1 inci halia
2 cawan air
200 gm santan segar pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 ½ sudu besar gula
2 sudu kecil garam
3 sudu besar budu
1 cawan minyak masak 

Penyediaan:
1. Kisar cili, bawang bawang & halia. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan air dan kacau sebentar. Selepas itu, masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul-ketul.
2. Masukkan serai, asam. Bila mendidih, masukkan budu dan gula. Rasa sebelum masukkan garam supaya tidak terlalu masin. Kacau sehingga pecah minyak, kuah memekat & boleh tutup api.

Sambal Cili
10 batang cili merah
Garam
Gula
1 inci belacan
1/2 cawan air asam jawa
Limau nipis/cuka/lemon

- Kisar kesemuanya dan kemudian masak sebentar atas dapur. Siap.

Ulam ulaman
Kubis
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan

- Hiris halus & campurkan. Sedia untuk dihidangkan.

Sambal Ikan
Bahan bahan:

1 biji kelapa parut digoreng sehingga keperangan & tumbuk kasar
5 ekor ikan sardin direbus, ambil isinya & tumbuk
5 biji bawang merah
3 batang serai
2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam

Penyediaan:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul mesra. Rasa sedikit. Jika ada terkurang masin dan manisnya, boleh betulkan.

Bahan lain yang anda boleh sertakan untuk makan dengan nasi kerabu adalah seperti telur masin, keropok goreng, solok lada atau daging/ayam panggang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...