Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Spaghetti lala & udang. Letak sosej pun sedap.


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi yang sangat sedap, mudah & bila panaskan balik spaghetti, masih 'moist' lagi.

Asalnya resipi @sheilarusly_jspictures yang masak vongole tu. Tapi dek kerana mana nak dapat makanan laut tu kat Nilai, makanya, kita masak guna apa yang ada. Plus, letak sosej sebab Rudy tak makan seafood.

Bahan:
1 pek spaghetti direbus al dante
1 mangkuk lala
10 ekor udang
5 batang sosej dipotong serong
2 kiub ikan bilis
10 tangkai cili kering dipotong 3
1 biji bawang besar didadu
5 ulas bawang putih didadu
1/2 cili benggala didadu
4 tangkai sawi batang pendek dipotong
2 biji tomato dipotong wedges
1 1/2 cawan air rebusan spaghetti
1/2 biji lemon
3-4 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar kicap soya cair
2 sudu kecil cili kisar / chili flakes (nak pedas, letak le banyak mana suka)


Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dahulu & kemudian bawang putih. Selepas itu, masukkan cili kering. Masak seketika & masukkan pati ikan bilis. Kacau hingga patinya hancur.
2. Masukkan pula kicap soya cair & jus lemon. Kacau hingga mesra. Selepas itu, masukkan lala, udang & sedikit air rebusan. Kacau seketika & kemudian tutup dengan penutup periuk. Biarkan ia masak dalam 3-4 minit.
3. Angkat penutup & gaul. Masukkan spaghetti & gaul lagi. Kemudian, masukkan sawi, tomato & 1 sudu kecil chili flakes. Gaul hingga mesra. Tutup api & hidang dalam pinggan besar. Akhir sekali, taburkan baki chili flakes di atas spaghetti. Siap.



Ayam masak varuval. Tak pedas & sesuai untuk semua.


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tak pernah pun rasa sebelum ni menu ayam ni. Tapi, bila dah terlayar kat depan mata di sosial media, saya pun try. Ini versi saya. Ada boleh cuba.

Bahan:
1 ekor ayam dibelah 14 cuci bersih
1 sudu besar lada hitam
2 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam masala
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar minyak zaitun (selalu orang guna minyak sapi)
2 batang kayu manis
5 bunga cengkih
5 biji buah pelaga
7 biji bawang kecil dihiris / 1 biji bawang besar dihiris
2 sudu kecil garam (secukup rasa)
1/2 cawan air
1 sudu kecil gula

Penyediaan:
1. Masukkan lada hitam, jintan manis, jintan putih, halia, bawang putih & sedikit air ke dalam pengisar. Kisar halus.
2. Kemudian, masukkan bahan kisar ke dalam bekas berisi ayam. Gaul. Masukkan pula serbuk ketumbar, serbuk cili & garam masala. Gaul sehingga mesra & perap selama 1 jam.


3. Selepas itu, masukkan minyak zaitun / minyak sapi ke dalam kuali panas. Tumis seketika kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih & kemudian masukkan bawang kecil. Gaul hingga bawang lembut & naik bau.
4. Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam kuali. Masak seketika & masukkan garam. Gaul ayam hingga mesra lebih kurang dalam 6-8 minit.
5. Masukkan 1/2 cawan air & kacau sekali lagi ayamnya lebih kurang 1-2 minit. Kemudian, tutup ayam tersebut dengan penutup periuk bagi memastikan ayam masak sekata & berjus. Guna api kecil. Biarkan ia masak dalam 10 minit. Selepas itu, angkat tutup periuk & kacau ayam hingga mesra. Masukkan gula & kacau lagi beberapa ketika. Siap untuk dihidang.

Roti telur sardin yang mudah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu mudah untuk sarapan, minum petang ataupun kudapan malam bila lapar. Resipi ni saya dapat dari youtube Sheila Rusly.

Anda boleh cuba nanti.

Bahan:
5-6 keping roti putih dibelah dua
1 tin kecil sardin
3 biji telur
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih didadu
1/2 biji jus limau nipis
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak untuk memasak

Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan sardin, telur, bawang putih, bawang besar, jus limau nipis & garam. Pecahkan ikan sardin & kocok campuran ini semua. Ketepikan.


2. Sediakan kuali leper. Panaskan sedikit minyak di atasnya. Kemudian, masukkan roti dalam adunan sardin & salutnya depan belakang. Letak perlahan-lahan atas kuali. Buat sekali lagi untuk 3 keping roti atau muat-muat saiz kuali. Setelah bawah roti garing, terbalikkan. Masak sebelah lagi. Setelah garing, angkat & letakkan atas piring. Susun roti dalam pinggan bila sedikit sejuk. Siap.


Maggi goreng sambal sardin & kerang yang sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sarapan maggi goreng sambal sardin dengan kerang.

Kome-kome makan apa pagi ni?
Harini saya try resipi baru dari Youtube @sheilarusly_jspictures . Tunggu punya tunggu Ali ikan datang bawak dagangan, sekali harini dia tak jadi datang. Makanya, pantas le dok fikir apa nak masak sarapan pagi ni. Terus teringat stok maggi yang ada & YouTube Sheila Rusly yang dok tengok 2-3 hari lepas.

Jadinya, inilah sarapan sedap kami. Ada add on sikit kerang sebab sis in law suka.

Bahan:
4 paket maggi sambal bilis direbus sebentar & toskan
4 paket perencah maggi
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu besar cili giling
3-5 tangkai cili padi dihiris
1/2 tin ikan sardin dengan kuahnya
1/4 cawan air
1 biji limau nipis
1/2 cawan isi kerang
5-6 biji fishball dihiris
2 biji telur
Secekak sawi dipotong kasar
1/4 kobis dihiris
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar & putih. Masak hingga naik bau. Masukkan pula cili giling. Tumis hingga sedikit garing. Masukkan perencah maggi & kacau. Masukkan air serta ikan sardin & kuahnya. Kacau & pecah-pecahkan ikan sardin tersebut.
2. Kemudian, masukkan, jus limau nipis, fish ball & kerang. Kacau & biarkan ia masak sebentar. Lepas tu, masukkan telur & dadarkan ia sekejap. Masukkan pula maggi, sawi & kobis. Kacau hingga semuanya mesra. Tutup api & siap untuk dihidang.

Sambal sotong nak cepat


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sambal ni anda boleh aje terus guna cili kisar yang dalam pek tu tapi still boleh nampak pekat sambalnya.

Bahan:
500gm sotong
3/4 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat & leraikan
1/4 cawan jus asam jawa
1 sudu besar gula
1/2 cawan minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Bahan tumbuk / kisar:
1 biji bawang besar potong
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

Penyediaan:
1. Sotong diasingkan kepala, buang kotoran & cuci bersih. Badan sotong dikelar-kelas tapi tidak putus. Cuci & tos. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk/kisar hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau & masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil & kacau sentiasa.
3. Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa & gula (selalunya jika sambal sotong, gula kena lebih sikit). Kacau & masukkan sotong, gaul rata & masukkan bawang besar. Kacau hingga bawang lembut & sotong bertukar warna. Rasa & jika ok matikan api. Siap untuk dihidang.

Siakap tiga rasa yang simple


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Siakap 3 rasa. Menu mudah untuk makan sehari. Sos 3 rasa pun boleh dapat di pasaraya.
Cuma add on bawang, sayur & cili aje.

Jika nak sedap sikit, lepas tumis bawang tu, boleh le letak cili giling dalam 3 sudu. Masak kejap & letak sos serta bahan lain.

Koyak rasanya hati


Heart breaking💔

Innalillah... Miko dah pergi selamanya... No more twins yang selalu buat kami keliru.

Lebih pedih lagi, 4 ekor anak kucing sakit dalam masa 4 hari & pergi satu demi satu. Rabu petang, Becky mati. Malamnya pula Jack menyusul Khamis pagi, Putih pula Allah ambil. Dan Maghrib semalam, Allah ambil juga Blacky yang tabah. Dua kali saya & hubby menatap kucing mati. Dua kali juga air mata laju aje turun menitis. 

Dan tadi bila nak masak soft cookies, hubby cakap, "Sedihnya tengok tempat barang tu. Kalau time-time begini, depa tidur aje kat situ ramai-ramai." Saya dah sebak. 


Maksu paksu pasti rindukan Blacky, Putih, Jack, Becky, Miko, Chemong, Mak Kucing, Chiki, Cummi, Mama Lang, Bambam, Hero & Panda sampai bila-bila. RIP.

Bubur nasi yang rasa macam bubur lambuk


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya guna baki sup ayam berempah sehari sebelumnya. Selalunya memang begitu. Cuma kali ni, rasa buburnya mirip kepada rasa but lambuk. Sedap sangat rasanya. Mak mertua pun elok aje makan. Sedap kat tekak dialah agaknya.


Untuk resipinya, boleh aje ke resipi sup ayam sebelum ni. Cuma tambahkan 1 cawan beras yang telah dibersihkan.

Sambal Ijo Tempe, Kentang & Bilis


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.


Selalu kita buat menu ni guna sambal belacan atau sambal cili giling. Kali ni, saya try guna cili hijau & cili padi hijau. Tak berapa pedas sangat & sangat sesuai untuk orang tua.

Bahan:
6 batang cili hijau besar
17-20 batang cili padi hijau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air
4 biji kentang dihiris
1 keping tempe dihiris
1/2 cawan ikan bilis direndam & ditoskan
1/2 cawan air asam
Gula & garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang, kemudian tempe & bilis sehingga garing. Ketepikan.
2. Kisar cili hijau, cili padi, bawang besar, bawang putih & air. Panaskan kuali & masukkan bahan kisar. Masak hingga sedikit garing. Kemudian, masukkan air asam & kacau sekali sekala.
3. Setelah sedikit garing, masukkan pula gula & garam secukup rasa. Kacau seketika & kemudian masukkan kentang, tempe & bilis goreng. Gaul hingga mesra & kemudian dah boleh diangkat. Siap dihidang.

Resipi sup ayam serius sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Pertama kali buat sup ayam letak segala macam rempah ni. Selalunya letak bahan asasnya (sup nasi ayam). Rasa sangat lain & bila makan sambil letak bawang goreng, rasanya makin terangkat.

Dan oleh kerana ada baki kuah & ayam sedikit, saya buat bubur nasi. Udahnya rasa dah macam bubur lambuk. Marbeles. TQ @matgebu untuk resipi di web.
Ini bahannya, anda boleh cuba.

Bahan:
1 ekor ayam dipotong 14
1.5 liter air
2 biji kentang dipotong wedges
1 batang lobak merah dipotong 4 & di'wedges'kan
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi"
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)

A (DIKISAR HALUS)
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 - 1 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus
3 biji buah keras

B (BAHAN TUMIS)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Penyediaan:
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih & toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" & tumis hingga wangi & terbit minyak. Masukkan ayam , lobak & kentang, gaul rata & masak sekejap hingga ayam kecut.
2. Tuang air & masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng & daun sup yang dipotong kasar. Perlahankana api dan renihkan.
3. Tambah kiub pati ayam & garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa & jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang serta bawang goreng untuk dihidang.

Makaroni bakar ala Melayu


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi ni saya dapat dari IG @sheilarusly_jspictures . Tengah dok lepak-lepak lepas kenduri haritu, ternampak le video IG makaroni ni. Apalagi, semalam aje, terus ajak Rudy beli barang dapur.

Cuma versi saya ni, takde rempah kurma, cendawan & saya letak cili habanero 2 biji (pijar tangan lepas tu weh...)


Bahan:
1 pek makaroni direbus al dante & ditoskan
4 sudu besar minyak zaitun
1 labu bawang besar didadu
4 ulas bawang putih didadu
2 inci halia didadu
4 sudu besar cili giling
2 sudu besar rempah kari
1 tin kecil tomato puri
250gm daging cincang
1/2 cawan air
1 batang saderi dihiris
1 biji tomato didadu
1/2 batang lobak diparut
1/2 biji cili benggala didadu
2 biji cili habanero didadu
1 sudu kecil garam
5 biji telur
1 cawan susu / susu cair
Parutan keju

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar. Goreng seketika & masukkan bawang putih & halia. Goreng hingga naik bau.

Resipi tomato salsa, sedap letak dalam burger atau tortilla


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tomato salsa. Sedap letak dalam burger, banjo mahupun tortilla.

Minggu lepas cuba letak dalam burger. Sedap. Cuma terpaksa kurangkan cili sebab mak ayah Rudy tak tahan pedas. So, untuk yang suka pedas, boleh le letak cili padi, cili benggala, cili habanero, serrano atau apa aje yang suka.

Bahan tomato salsa:
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang cili merah dihiris
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih didadu
1 sudu besar perahan lemon

Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk & gaul. Siap.

p/s: boleh letak cili lain yang anda suka.

Hot Revenge Burger, serius sedap & pedas


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Burger ni saya buat sebab ada cili habanero & serrano beli di Cameron. Serius pedas cili ni. Pijar tangan dibuatnya. Tapi berbaloi sebab sedap sangat bila disalai atas dapur & dibuat inti burger. Untuk yang suka burger & suka pedas & nak try buat, ini resipinya. Saya ambil dari @foodnetwork 


Bahan:
10 biji roti burger dibakar dengan mentega
10 keping daging burger
Minyak zaitun
Mentega (sapuan roti)
Sos worcestershire
1 sudu besar lada putih
1 batang timun dihiris
1/2 biji daun salad
2 biji tomato dihiris
1 batang cili serrano
1 biji cili benggala
2 batang cili merah

Bingka keledek yang lembut


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Berkali-kali cari ubi kayu tapi asyik takde aje. Udahnya rezeki dapat keledek. Makanya, kita buatlah bingka keledek. Sesuai untuk buat sarapan, minum petang atau kudapan lepas makan malam.
Ini saya kongsi resipinya.

Bahan:
4 biji telur
3 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar mentega
2 cawan keledek oren yg siap direbus & dilecek
Sedikit mentega untuk sapuan dalam loyang
Loyang saiz 7x7

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 200°C, lenser loyang dengan mentega & ketepikan.
2. Satukan semua bahan diatas kecuali keledek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
3. Masukkan loyang sebentar dalam oven selama 2 minit & kemudian keluarkan balik. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar kuih sejuk barulah di keluarkan dari loyang untuk dipotong.

Resipi mudah mi bandung


Dok fikir nak masak apa yang mudah hari Jumaat. Makanya, ini hasilnya. Kalau nak pedas lagi rasa kuahnya, add-on sekali dengan sos cili madu 3 tu masa makan Pergh!

Bahan:
2 bungkus mee kuning dicelur
10 ekor udang basah
2 ekor sotong dipotong bulat
1/2 cawan kacang tanah digoreng & kemudian kisar
1 ikat saw1 biji tomato potong 6
Hirisan dada ayam
1.5 liter air rebusan daging (guna aje 2 kiub daging)
8 biji telur
Gula & garam

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering

Bahan hiasan:
2 keping tauhu goreng dihiris
Bawang goreng
Cili merah dihiris

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga cili masak.
2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, hirisan ayam & sotong. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan gula & garam secukup rasa.
3. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Jangan kacau agar telur tidak pecah. Biarkan telur masa. Akhir sekali masukkan sawi & tomato.
4. Kacau seketika & tutup api. Curahkan kuah di atas mi. Hiaskan dengan bahan hiasan. Siap.

Nasi goreng mentega yang mudah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tq so much Tuanku @airtangan_tunkuazizah untuk video resipi yang dikongsikan di IG. Excited nak cuba sebab bahannya ringkas sangat. Cuma kami punya tak letak cili sebab parents in law tak makan pedas. Alhamdulillah, suami pun suka 😊


Untuk rakan2 nak cuba, ini versi saya. Saya guna apa ada di dapur aje. Lepas masak, makan aje dengan keropok goreng yang digoreng lepas tu.

Bahan:
3 cawan nasi putih berbaki semalam
1/2 cawan mentega
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih didadu
4 biji fishball dihiris
2 biji telur
1/2 cawan mix vege
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan mentega. Selepas mentega cair, masukkan bawang besar & bawang putih. Setelah sedikit garing, masukkan fishball. Kacau seketika & biarkan ia masak sebentar.
2. Selepas itu, ketepikan sedikit bahan goreng tadi & masukkan 2 biji telur. Kacau sekali sekala agar telur tidak terlalu pecah.
3. Kemudian, masukkan nasi & mix vege. Kacau sehingga mesra. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika & siap dihidang.

Kentang goreng dengan sos bolognese & keju yang sehingga menjilat jari


Menu paling sedap, semua orang suka & guna apa sahaja jenis kentang.
Kentang goreng dengan sos bolognese & keju @ Fries with bolognese sauce and cheese.

Menu ni dah lama tak buat. Tapi, bila dah lalu kat blog alfimohd cari resipi shatshuka & ternampak menu ni, why not masak balik. Menu yang sedap dimakan time minum petang, lepak-lepak dengan famili atau kawan & boleh juga jadikan kudapan lewat malam.

Bahan:
500gm jejaji goreng (boleh guna wedges jika suka)
1 biji bawang besar didadu
1 ulas bawang putih dicincang
1 cawan daging cincang
1/2 batang parutan lobak
3 sudu besar puri tomato
2-3 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
Gula & garam secukup rasa
1 sudu kecil daun oregano
Keju mozzarella (boleh aje nak guna keju lain)



Penyediaan:
1. Panaskan minyak & goreng kentang sehingga kekuningan. Angkat & toskan. Ketepikan.
2. Kurangkan 3/4 minyak tadi. Tumis bawang besar & bawang putih. Setelah naik bau, masukkan daging cincang & goreng hingga tidak berketul.
3. Masukkan puri tomato. Kacau seketika & masukkan air serta sos cili. Kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan pula parutan lobak merah. Kacau & biarkan dalam 2-3 minit.
5. Masukkan pula gula & garam secukup rasa serta daun oregano. Kacau sebentar & tutup api.
6. Letakkan kentang goreng ke atas pinggan yang boleh masuk microwave/oven. Sendukkan 1-2 senduk sos bolognese ke atas kentang & parut keju di atasnya. Masukkan pinggan ke dalam microwave & panaskan dalam seminit. Jika guna oven, guna suhu 150° & bakar hingga keju mencair. Setelah cair, keluarkan dari microwave & taburkan sedikit oregano atasnya. Siap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...