Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Makaroni bakar ala Melayu


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi ni saya dapat dari IG @sheilarusly_jspictures . Tengah dok lepak-lepak lepas kenduri haritu, ternampak le video IG makaroni ni. Apalagi, semalam aje, terus ajak Rudy beli barang dapur.

Cuma versi saya ni, takde rempah kurma, cendawan & saya letak cili habanero 2 biji (pijar tangan lepas tu weh...)


Bahan:
1 pek makaroni direbus al dante & ditoskan
4 sudu besar minyak zaitun
1 labu bawang besar didadu
4 ulas bawang putih didadu
2 inci halia didadu
4 sudu besar cili giling
2 sudu besar rempah kari
1 tin kecil tomato puri
250gm daging cincang
1/2 cawan air
1 batang saderi dihiris
1 biji tomato didadu
1/2 batang lobak diparut
1/2 biji cili benggala didadu
2 biji cili habanero didadu
1 sudu kecil garam
5 biji telur
1 cawan susu / susu cair
Parutan keju

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar. Goreng seketika & masukkan bawang putih & halia. Goreng hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling. Masak sehingga sedikit garing & masukkan rempah kari & sedikit air. Kacau seketika. Kemudian, masuk tomato puri. Kacau hingga mesra. Selepas itu, masukkan daging cincang. Masak lebih kurang 5 minit.
3. Kemudian, masukkan batang saderi, lobak merah, tomato, cili benggala, cili habanero, air & garam. Kacau & masak hingga menggelegak.


4. Masukkan makaroni & gaul hingga mesra. Tutup api. Selepas itu, panaskan oven pada suhu 170°c. Sediakan dulang pembakar.
5. Tuangkan makaroni di dalam kuali ke dalam bekas pembakar. Ratakan sedikit makaroni. Kemudian, dalam bekas lain, campurkan telur & susu. Kacau hingga mesra & tuang ke atas makaroni goreng tadi sedikit rata. Taburkan keju cheddar/mozzarella/monterey jack/ricotta & kemudian masukkan ke dalam oven. Bakar lebih kurang 25-30 minit.



5. Setelah masak, enak dimakan panas-panas mahupun sejuk sikit. Taburkan bawang goreng & jika suka, bolehlah perah limau nipis. Siap dimakan. 😋



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...