Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Resipi sup ayam serius sedap
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.Pertama kali buat sup ayam letak segala macam rempah ni. Selalunya letak bahan asasnya (sup nasi ayam). Rasa sangat lain & bila makan sambil letak bawang goreng, rasanya makin terangkat.
Dan oleh kerana ada baki kuah & ayam sedikit, saya buat bubur nasi. Udahnya rasa dah macam bubur lambuk. Marbeles. TQ @matgebu untuk resipi di web.
Ini bahannya, anda boleh cuba.
Bahan:
1 ekor ayam dipotong 14
1.5 liter air
2 biji kentang dipotong wedges
1 batang lobak merah dipotong 4 & di'wedges'kan
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi"
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)
A (DIKISAR HALUS)
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 - 1 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus
3 biji buah keras
B (BAHAN TUMIS)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Penyediaan:
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih & toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" & tumis hingga wangi & terbit minyak. Masukkan ayam , lobak & kentang, gaul rata & masak sekejap hingga ayam kecut.
2. Tuang air & masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng & daun sup yang dipotong kasar. Perlahankana api dan renihkan.
3. Tambah kiub pati ayam & garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa & jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang serta bawang goreng untuk dihidang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan