Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kentang goreng dengan sos bolognese & keju yang sehingga menjilat jari


Menu paling sedap, semua orang suka & guna apa sahaja jenis kentang.
Kentang goreng dengan sos bolognese & keju @ Fries with bolognese sauce and cheese.

Menu ni dah lama tak buat. Tapi, bila dah lalu kat blog alfimohd cari resipi shatshuka & ternampak menu ni, why not masak balik. Menu yang sedap dimakan time minum petang, lepak-lepak dengan famili atau kawan & boleh juga jadikan kudapan lewat malam.

Bahan:
500gm jejaji goreng (boleh guna wedges jika suka)
1 biji bawang besar didadu
1 ulas bawang putih dicincang
1 cawan daging cincang
1/2 batang parutan lobak
3 sudu besar puri tomato
2-3 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
Gula & garam secukup rasa
1 sudu kecil daun oregano
Keju mozzarella (boleh aje nak guna keju lain)



Penyediaan:
1. Panaskan minyak & goreng kentang sehingga kekuningan. Angkat & toskan. Ketepikan.
2. Kurangkan 3/4 minyak tadi. Tumis bawang besar & bawang putih. Setelah naik bau, masukkan daging cincang & goreng hingga tidak berketul.
3. Masukkan puri tomato. Kacau seketika & masukkan air serta sos cili. Kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan pula parutan lobak merah. Kacau & biarkan dalam 2-3 minit.
5. Masukkan pula gula & garam secukup rasa serta daun oregano. Kacau sebentar & tutup api.
6. Letakkan kentang goreng ke atas pinggan yang boleh masuk microwave/oven. Sendukkan 1-2 senduk sos bolognese ke atas kentang & parut keju di atasnya. Masukkan pinggan ke dalam microwave & panaskan dalam seminit. Jika guna oven, guna suhu 150° & bakar hingga keju mencair. Setelah cair, keluarkan dari microwave & taburkan sedikit oregano atasnya. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...