Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Buttermilk Spaghetti


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ter'masak'nya spaghetti ni semuanya gara-gara satu restoran menghidangkan menu yang sama tapi versi PLAIN SANGAT, TAWAR & BILA TENGOK AJE, HATI TERUS MENGATA.

Serius, dengan harga sepinggan buttermilk spaghetti RMxx.xx tapi bila dapat macam kiddies meal, hati sakit. Dan penyudahnya, masa bayar, saya cakap apa yang patut pada stafnya.
So, hari ni, rentetan sakit hati semalam, saya buatkan buttermilk spaghetti yang SEDAP, PLATING CANTIK & VERY TEMPTING hingga encik Rudy menyudu kuahnya sampai habis.

Terima kasih @daddyisthechef untuk resipi sedap ni. Pueh hati saya bila masak dari hati (agaknya tukang masak restoran tu passionnya dah hilang). Ini resipinya saya kongsi. But still, ada a few menderhaka, ikut bahan yang ada di dapur.

Bahan:
1/3 paket Spaghetti
20 ketul Popcorn Chicken
1 tin susu sejat
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu besar mentega
3 tangkai cili padi dihiris
2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil serbuk Cayenne
1/2 cawan parutan keju cheddar
1 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Rebus spaghetti sehingga 'al dente' (dalam 10-12 minit). Dah masak, tos & ketepikan.
2. Goreng potongan kecil ayam disadur tepung untuk buat popcorn chicken (resipi boleh cari gambar sebelum2 ni). Ketepikan.
3. Panaskan kuali & masukkan mentega. Bila sudah cair & panas, masukkan bawang, daun kari & cili padi. Masak sehingga naik bau & kemudian masukkan susu sejat & serbuk cayenne. Kacau hingga mesra & hingga kuah mendidih.
4. Masukkan pula keju cheddar. Kacau hingga keju mencair & masukkan pula garam secukup rasa (jika guna keju parmesan, letak sikit aje garam kerana keju ini sedikit masin). Masak kuah hingga sedikit pekat. Tutup api.
5. Bila hendak makan, letakkan spaghetti dalam pinggan, letakkan popcorn chicken & tuang sesenduk dua kuah ke atasnya. Jika nak pedas, boleh taburkan paprika atau chili flakes. Siap.


Gulai udang masak lemak cili padi dengan kacang buncis.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Gulai udang masak lemak cili padi dengan kacang buncis.
Ada udang, ada sayur. Senang. 2 in 1. Jimat masa.

Bahan:
17 ekor udang dibuang kepala & ekor
15 batang kacang buncis dihiris kasar
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
7 tangkai cili padi
2 inci kunyit hidup (blh aje guna serbuk kunyit)
1 kotak kecil santan
1 helai daun kunyit
2 tangkai serai
1 keping asam
1 cawan air
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Kisar bawang putih, bawang besar, kunyit & cili padi dengan sedikit air. Masukkan dalam kuali beserta serai. Masak sebentar & masukkan santan & air. Kacau hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan kacang buncis & asam keping. Kacau sebentar & biarkan ia mendidih.
3. Kemudian, masukkan udang & kacau kuah hingga udang bertukar warna. Masukkan garam secukup rasa. Setelah rasa ok, padamkan api. Siap.

Yong Tau Foo Kuah Kicap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Yong Tau Foo kuah kicap.
Tadi saya share kuah sup. Skarang ni kuah kicap pula. Kebanyakan kita makan dengan kuah kicap. Tapi saya prefer jika gabungan 2 kuah ni dalam satu pinggan jika makan.

Resipi ni saya ambil di web @majalahrasa . Tapi still ada menderhaka skit ikut bahan yang ada di dapur.

Untuk inti Yong Tau Foo, anda boleh guna kangkung celur, fish ball, fish cake, crab stick, fucuk kering atau apa sahaja berkenan di hati. .

Bahan untuk kuah kicap:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos 3 rasa
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
5-6 sudu besar gula anau / gula melaka
3 1/2 cawan air

Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan dalam blender & kisar halus. Kemudian tuang dalam kuali. Masak pada api sederhana. Kacau kuah hingga ia tidak berketul & mendidih. Siap.

Sup Yong Tau Foo


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sup Yong Tau Foo

For the 1st time saya buat menu ni. Selalunya beli kat pasar malam. Dek kerana kat sini susah nak dapat Yong Tau Foo sedap, makanya gigih akak cari resipi. Alhamdulillah... Jumpa kat blog ummizzkitchen.
Ini resipinya.

Bahan:
3 1/2 liter air
1 cawan ikan bilis, dibasuh & toskan
1 sudu besar lada putih
6 ulas bawang putih diketuk
2 kiub pati ayam
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan periuk pada api sederhana & masukkan bawang putih (masak tanpa minyak). Masak seketika & kemudian masukkan air, ikan bilis, lada putih & kiub pati ayam. Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan gula & garam secukup rasa. Renih sup dalam 1 jam & kemudian tapis airnya ke dalam periuk lain. Siap.

p/s: jika nak celur bahan2 Yong Tau Foo lain, boleh aje masuk dalam periuk sup yg dah ditapis. .

Agar-agar milo & oreo @ milo & oreo pudding


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah seminggu cuaca agak panas di Nilai. Hujan pun tiada. Tetiba tekak pun rasa nak makan benda sesejuk. Dan bila singgah ke web @bisousatoi , nampak resipi agar-agar ni. Nampak sedap. Makanya for the 1st time buat, Alhamdulillah jadi. Semua suka.

Ini resipinya. Jika anda tidak suka Milo, boleh gantikannya dengan coklat masakan.

Bahan:
1 paket agar-agar (serbuk/bertali) (Saya guna bertali 30gm)
1.1 liter air
180g Sugar
1 tin susu cair (evaporated milk)
3/4 cawan milo
1 pek biskut Oreo (boleh aje nak guna Oreo putih / coklat intinya - pecahkan menjadi kecil tapi still keep intinya.

Penyediaan:
1. Masak agar-agar & air sehingga agar-agar mencair. Kemudian masukkan gula & masakkan ia hingga cair. Masukkan pula susu & kacau sebentar. Setelah mendidih, tutup apinya.
2. Asingkan 3 cawan adunan tadi ke dalam periuk kecil. Kemudian, masukkan serbuk Milo. Kacau hingga Milo mencair.
3. Sediakan 1 atau 2 bekas untuk meletak agar-agar.
4. Pertama, tuang 1-2 senduk adunan Milo (jika bekas besar tambah sukatan) ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk sebentar dalam 2-3 minit / lapisan agar-agar licin tidak melekat. Kemudian, tuang adunan warna putih di atasnya. Selepas itu, taburkan pecahan Oreo di atasnya. Biarkan seketika dalam 5-6 minit & kemudian tuang lebihan milo di atas lapisan putih tadi.
5. Biarkan ia sejuk sebentar & masukkan ia ke dalam peti air. Biarkan ia sejuk sekurangnya 2 jam. Siap.

Tips ketika membuat lapisan:
* JANGAN tunggu hingga lapisan menjadi betul2 sejuk sebelum letak adunan kedua. Ini kerana ia tidak akan melekat. Namun, jika ia terjadi, gariskan dengan garfu sedikit permukaannya sebelum menuang. Ia akan membantu melekatkat adunan.

Taugeh tauhu & kucai.



Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu mudah untuk anda masak.
Family encik hubby suka menu ni, tapi saya kureng. Udahnya, saya petik aje ulam raja depan rumah.

Bahan:
2 keping tauhu
2 genggam taugeh
1/2 cekak kucai kerat pendek
1 biji bawang besar hiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 batang cili merah dihiris
3 sudu besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Sekeping tauhu potong 12. Bersihkan taugeh. Bersihkan kucai. Toskan semuanya.
2. Panaskan minyak & tumis bawang besar, bawang putih & cili merah hingga sedikit garing. Masukkan pula sos tiram & kacau sebentar. Kemudian, masukkan pula kicap & air. Kacau sebentar & biarkan ia mendidih.
3. Masukkan pula taugeh, daun kucai & tauhu. Kacau hingga semua rata & parasakan dengan sedikit garam. Kacau sebentar & siap. .

Sandwich Sardin


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sandwich sardin yang sedap dimakan tak kisah bila masa pun.
Untuk menu ni, letak aje sayuran apa yang suka, roti apa yang ada. As long ia jadi menu yang sedap untuk #sarapan , #minumpetang atau #kudapan .

Resipi sardin:
1 tin ikan sardin (tak kisah jenama apa)
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 tangkai cili merah didadu
2 sudu besar jus limau kasturi
Garam & gula secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah panas, masukkan bawang besar & masak seketika. Masukkan pula isi sardin bersama sosnya. Pecah-pecahkan isinya dalam kuali & gaul seketika. Biarkan ia masak
2. Setelah sedikit mendidih, masukkan cili merah & jus limau kasturi. Gaul sebentar & masukkan garam gula secukup rasa. Kacau seketika & biarkan ia mendidih dalam 2-3 minit. Kacau & siap.

Burger Ayam Panggang @ Grill Chicken Burger.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu yang agak sangat mudah. Yang penting, perap ayam tu sekurangnya 2 jam. So, kita akan dapat burger yang lain dari yang lain (selalu goreng, kali ni panggang).

Bahan:
Untuk coleslaw:

1 cili hijau dibelah dua & dihiris
1/2 biji kubis hijau dihiris sederhana nipis
1/2 biji kubis ungu dihiris sederhana nipis
1/2 cawan susu
1/2 cawan mayonis
1 sudu kecil cuka
1/4 sudu kecil smoke paprika
1/4 sudu kecil garam
3-4 helai daun bawang dihiris kasar (boleh guna daun ketumbar jika suka)

Untuk ayam:
2 sudu besar minyak sayuran
3 bahagian dada ayam yang diperap dengan rempah anda suka (boleh guna garam, lada hitam, serbuk kari, serbuk cili, oregano, lada sulah dll)

Penyediaan:
1. Untuk salad/slaw: Dalam satu mangkuk besar, campurkan cili hijau, kubis hijau & ungu. Gaul. Dalam mangkuk kecil, masukkan susu, mayonis, cuka, paprika, daun bawang & garan. Gaul mesra & kemudian tuang bahan basah ke dalam sayuran. Gaul mesra lagi & kemudian letak dalam peti ais sehingga nak makan.
2. Untuk ayam: Panaskan minyak dalam kuali kecil. Setelah panas, masukkan ayam & masak ia dalam 3-4 minit setiap bahagian. Terbalik-balikkan ayam bagi masak sepenuhnya. Ketepikan. Bila dah sejuk sikit, hiris.
3. Untuk Burger: sapukan mentega pada roti burger yang dibelah & panaskan atas kuali. Setelah selesai semua, sapukan mayonis di roti bahagian bawah, letak hirisan ayam, hirisan tomato, coleslow & parutan keju. Jika suka, letakkan sos cili di bahagian atas. Siap.

Menu Jantung Pisang & Air Asam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Jantung pisang & air asam. Menu ni tak semua orang suka. Saya dulu pun kureng skit. Tapi lepas kahwin, saya belajar untuk memasak sesuatu yang lain (sometimes kita kena keluar dari comfort zone). Ilmu baru tu dari Allah untuk semua wanita, so hargailah sangat-sangat ya :)

Bahan:
1biji jantung pisang
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besae minyak masak

Penyediaan:
1. Buang kulit keras dijantung pisang dan tinggalkan yang lembut (bahagiannya agak cerah sedikit).
2. Belah 2 & rebus dalam air, berisi garam & minyak. Masak guna api sederhana dalam 15-20 minit atau bila dah empuk. Angkat & toskan.

Bahan air asam:
12-15 tangkai cili padi
2 inci belacan bakar
1 biji bawang besar
1 sudu besar asam jawa
1/2 cawan air masak
3 biji limau kasturi
Gadam & gula secukup rasa

Penyediaan:
1. Tumbuk atau kisar kering cili padi, belacan bakar, gula & garam. Kemudian, dalam bekas lain, masukkan asam jawa dengan air masak, gaul & toskan bijinya. Masuk dalam campuran cili tadi & tumbuk/kisar.
2. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika pekat hingga anda rasa sedap.

Fish & Chips, Resipi Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat Tahun Baru 2019.
Baru hari ni saya sempat update di blog. Sibuk skit dengan urusan kerja lain yang memerlukan pemerhatian. Anyway, jika ada antara anda yang nak resipi terkini, boleh aje ke Instagram saya, alfisyahrinamolis untuk follow. Lebih cepat saya tepek di IG berbanding di blog :)

Dan kali ni, saya kongsikan resipi fish & chip yang dibuat oleh encik hubby. Bila dia rajin, kita biarkan aje, hehehe...
Alhamdulillah sedap encik hubby masak. Licin wife dia bedal.

Sometimes, cooking make us release our tension doing the same job all the time.
Cooking also make us learn mistake + it's a learning process to understand small little things contribution.

Bahan utk buat saduran ikan:
4 keping ikan siakap tanpa tulang (suami beli di Giant je)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garlic powder
2 biji telur suhu bilik
Minyak untuk menggoreng (disarankan kalau goreng banyak, jangan guna minyak sayuran. Minyak cepat hitam & saduran akan cepat menghitam)

Penyediaan:
1. Potong ikan saiz yang diingini. Ketepikan.
2. Masuk semua bahan kering dalam satu mangkuk. Gaul. Ketepikan. Pecahkan telur dalam mangkuk & kocak. Ketepikan.
3. Panaskan kuali guna api sederhana & masukkan minyak dalam 2-3 cawan. Ia bagi memastikan ikan terendam bila memasak.
4. Setelah minyak panas, sadurkan ikan dengan campuran tepung & kemudian telur & tepung semula. Goreng ikan sehingga warna keemasan. Terbalikkan sekali sekala. Angkat & toskan.

Hidangkan dengan kentang goreng, coleslaw (yang ni anda boleh buat sendiri juga) & sos tartar / mayonis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...