Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Taco Ayam @ Chicken Taco Resipi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Taco khas untuk yang tak makan udang atau seafood (highlight kat encik suami)
Resipi Amerika Latin ni insyaAllah semua orang boleh buat. Letak aje nak isi apa, nak buah apa, nak salsa apa.

Thanks @foodnetwork for the ideas.

Bahan:
1 cili hijau dibelah dua & dihiris
1/2 biji kubis hijau dihiris sederhana nipis
1/2 biji kubis ungu dihiris sederhana nipis
1/2 cawan susu
1/2 cawan mayonis
1 sudu kecil cuka
1/4 sudu kecil smoke paprika
1/4 sudu kecil garam
3-4 helai daun bawang dihiris kasar (boleh guna daun ketumbar jika suka)

Untuk ayam:
2 sudu besar minyak sayuran
3 bahagian dada ayam yang diperap dengan rempah anda suka

Penyediaan:
1. Untuk salad/slaw: Dalam satu mangkuk besar, campurkan cili hijau, kubis hijau & ungu. Gaul. Dalam mangkuk kecil, masukkan susu, mayonis, cuka, paprika, daun bawang & garan. Gaul mesra & kemudian tuang bahan basah ke dalam sayuran. Gaul mesra lagi & kemudian letak dalam peti ais sehingga nak makan.
2. Untuk ayam: Panaskan minyak dalam kuali kecil. Setelah panas, masukkan ayam & masak ia dalam 3-4 minit setiap bahagian. Terbalik-balikkan ayam bagi masak sepenuhnya. Ketepikan.
3. Untuk tortilla: Panaskan kuali leper tanpa minyak. Setelah kuali panas, letak sekeping roti tortilla/wrap & panaskan ia depan belakang dalam 1 minit. Ia bagi melembutkannya. Panaskan satu persatu roti tortilla & ketepikan.
Selepas itu, dalam pinggan lain, letakkan sekeping roti tortilla & ditengah roti, letakkan sesudu dua salad sayur/slaw, pico de gallo, ayam & parutan keju mozarella. Kemudian, perah sedikit jus limau nipis di atas semua bahan & gulung roti tortilla. Siap.

Taco Udang @ Shrimp Taco Resipi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi yang sangat mudah, sedap & boleh makan time sarapan, minum petang atau dinner.

Kita masak ala2 Mexico atau Amerika Latin pulak. InsyaAllah sedap buat penggemar tacos & udang. Very healthy food. Rasa salad & pico de gallo & perahan limau nipis, memang membuatkan kita rasa fresh bila makan.

Thanks for the recipe @foodnetwork & @thepioneerwoman

Bahan:
1 cili hijau dibelah dua & dihiris
1/2 biji kubis hijau dihiris sederhana nipis
1/2 biji kubis ungu dihiris sederhana nipis
1/2 cawan susu
1/2 cawan mayonis
1 sudu kecil cuka
1/4 sudu kecil smoke paprika
1/4 sudu kecil garam
3-4 helai daun bawang dihiris kasar (boleh guna daun ketumbar jika suka)

Untuk udang:
2 sudu besar minyak sayuran
12 ekor udang saiz sederhana besar dibuang kulit & ekor
3 sudu besar sos tomato
1/2 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar mentega

Penyediaan:
1. Untuk salad/slaw: Dalam satu mangkuk besar, campurkan cili hijau, kubis hijau & ungu. Gaul. Dalam mangkuk kecil, masukkan susu, mayonis, cuka, paprika, daun bawang & garan. Gaul mesra & kemudian tuang bahan basah ke dalam sayuran. Gaul mesra lagi & kemudian letak dalam peti ais sehingga nak makan.
2. Untuk udang: Panaskan minyak dalam kuali kecil. Setelah panas, masukkan udang & masak ia dalam 2-3 minit. Terbalik-balikkan udang bagi masak sepenuhnya. Kemudian, kecilkan api & tuang sos tomato & gaul mesra. Masukkan pula jintan putih & masak ia dalam seminit & masukkan mentega. Gaul seketika & angkat.
3. Untuk tortilla: Panaskan kuali leper tanpa minyak. Setelah kuali panas, letak sekeping roti tortilla/wrap & panaskan ia depan belakang dalam 1 minit. Ia bagi melembutkannya. Panaskan satu persatu roti tortilla & ketepikan.
Selepas itu, dalam pinggan lain, letakkan sekeping roti tortilla & ditengah roti, letakkan sesudu dua salad sayur/slaw, pico de gallo, udang & parutan keju mozarella. Kemudian, perah sedikit jus limau nipis di atas semua bahan & gulung roti tortilla. Siap.

Resipi Pico De Gallo


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Pico de gallo also known as fresh salsa/raw salsa/lazy salsa.
Memang rasa fresh sangat bila letak pico de gallo ni dalam tortilla, tacos atau sandwich.
Sangat cepat & mudah membuatnya.

Bahan (utk 5 keping tortilla):
2 biji tomato merah didadu
1 biji bawang besar didadu
3-5 helai daun bawang dihiris (lebih sedap guna daun ketumbar tapi saya x suka)
1 batang cili hijau dibuang biji & didadu
2 sudu besar jus limau nipis
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan tadi dalam satu mangkuk & tambahkan perasa dengan jus limau nipis & garam. Siap.

p/s: enak dimakan dalam 12 jam selepas penyediaan. Simpan dalam fridge.

Home-made chicken & beef patty & burgers


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Burger buatan sendiri membuatkan kita boleh tentukan saiz patty yang diinginkan & cara masak bagaimana yang kita mahu. 


Untuk patty daging:
1. Anda boleh guna daging cincang dalam 1 pek (boleh dapat 3 patty) & campurkan dengan 1/2 sudu kecil garam & lada hitam. Gaul mesra & biarkan ia rehat dalam 1/2 jam sebelum dipanggang atas kuali pan kecil.
2. Guna 1 sudu minyak zaitun sudah cukup kerana daging itu akan mengeluarkan minyak & lemaknya yang tersendiri. Masak ikut tahap kegaringan yang bagaimana anda suka. 


Untuk patty ayam panggang:
1. Guna ayam tanpa tulang (boneless chicken) & perap ayam dengan bahan2 yang anda suka seperti madu, garam, lada hitam, paprika, garlic powder, lada sulah atau apa sahaja rempah anda suka. Perap sekurangnya 2 jam (paling best, semalaman).
2. Guna kuali pan/skillet & panaskan atas dapur guna api sederhana. Masukkan 2-3 sudu minyak zaitun & letakkan ayam sebaik minyak panas. Masak kedua-dua belah bahagian ayam dalam 4-5 minit setiap bahagian (jika isi ayam tebal, lamakan sedikit). Setelah masak, angkat & biarkan ia sejuk seketika & boleh letak atas roti burger.

Untuk isi burger, anda boleh guna sayur, sos, keju, caramalizes mushroom & onion atau apa sahaja yang anda suka.

Caramalized Onion & Mashroom, Rasa Burger Jadi Berbeza


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Caramalized onion & mashroom.
It will bring another level of taste in burger. Sedap. Nanti anda cuba.

Bahan:
Minyak zaitun
2 biji bawang besar dihiris
2 sudu cuku balsamic
5-6 kuntum cendawan butang putih (blh aje guna cendawan lain)
Garam & lada hitam secukup rasa

Penyediaan:
Caramalized onion:
1. Panaskan pan kecil. Masukkan minyak zaitun dalam 2-3 sudu besar. Setelah panas, masukkan bawang besar. Masak hingga 8-10 minit & ia bertukar warna. Masukkan 1/4 sudu kecil garam & lada hitam. Masak seketika & kemudian masukkan cuka balsamic. Masak dalam 1 minit & angkat.
2. Panaskan pan kecil. Masukkan minyak zaitun dalam 2 sudu besar. Setelah panas, masukkan cendawan. Masak hingga cendawan bertukar warna coklat/sedikit gelap. Masukkan garam & lada hitam secukup rasa. Masak sebentar & angkat. Siap.

Cheese fries @ jejari kentang berkeju.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu ringkas until kudap2 atau sambil tonton tv. Boleh makan begitu sahaja atau cicah dengan sos pilihan.
Nak guna kentang original, sangat disarankan. Tapi kalau nak cepat, boleh aje guna instant.

Bahan:
3 biji kentang russet, potong segi empat memanjang.
1 cawan keju pilihan (Mozzarella, cheddar, Monterey Jack dll)
1/4 cawan daun bawang dihiris
Secubit garam

Penyediaan:
1. Rendam kentang dipotong dalam 2 jam. Untuk buang kanjinya.
2. Toskan kentang & keringkan ia seketika (nak cepat, lap dgn paper tissue ala kadar). Panaskan minyak dalam periuk/kuali guna api sederhana. Setelah panas, masak kentang dalam 5-6 minit (bagi is bertukar warna sedikit), kemudian angkat & toskan.
3. Biarkan seketika dalam 5 minit & kemudian goreng lagi sekali sehingga kuning keemasan (pastikan minyak betul2 panas).
4. Toskan & taburkan dengan sedikit garam. Sadurkan ia. Letak kentang goreng di atas piring/mangkuk tahan panas. Sagat keju atau letak kepingan keju (pilih mana suka) di atasnya & kemudian masukkan dalam microwave. Panaskan dalam 1-2 minit sahaja (nak lagi best, panaskan dalam oven, bagi keju tu mencair).
5. Keluarkan kentang tersebut & taburkan dengan daun bawang. Nak pedas, boleh tabur cili flakes atau paprika.

Agar-agar Lumut


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Bahan:
30gm agar-agar
250gm gula pasir
2 biji telur ayam pada suhu bilik dikocok
1500ml air
1 kotak santan (dalam 250ml)
1 sudu kecil pewarna hijau pandan

Penyediaan:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak di atas dapur guna api sederhana.
2. Gaul perlahan-lahan hingga nampak sedikit mendidih.
3. Berhenti kacau dan biarkan dalam 30 saat dan matikan api. Masukkan adunan tadi dalam loyang atau bekas yang tahan panas.
4. Biarkan seketika di luar (hingga kurang panasnya) dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Potong agar-agar selepas 2 jam.

Tumis air telur & kentang.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi mudah yang insyaAllah semua orang boleh buat. Time takde selera, menu ni sesuai sangat (yang nak diet pun ok aje). .

Bahan:
3 biji kentang dikupas & potong 4 bahagian setiap sebiji
1 batang lobak merah dipotong dadu/segitiga.
1 pek & soo hoon fucuk dipotong kecil dan rendam hingga lembut
5 biji telur
1 kiub pati ayam "Maggi"
1 liter air
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup atau sup untuk hiasan

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah & putih hingga Naik bau & kemudian masukkan kentang yg dah ditoskan. Kacau sebentar & masukkan air serta kiub pati ayam. Gaul rata & masukkan lobak merah. Masak sehingga kentang 1/2 empuk.
2. Kemudian, pecahkan telur, satu demi satu & masukkan dalam periuk. Jarakkan antara satu sama lain. Biarkan telur masak hingga sedikit mengeras. Masukkan pula fucuk & soo hoon & jika perlu tuang sedikit air.
3. Masukkan garam secukup rasa danserbuk lada hitam. Masak sebentar & siap.

Daging panggang pedas dengan cuka balsamic.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tengok dalam peti ais ada baki daging. So, kita panggang untuk makan dengan nasi & buat sandwich.
Bagusnya bila ayam atau daging masuk oven, kita biarkan oven buat kerjanya dalam 45-1 jam.

Oleh kerana kita suka daging yang betul2 masuk, makanya saya extend masa ke 1 jam.
Ini resipinya.

Bahan:
2kg daging dipotong seperti filet.
2 sudu besar djorn mustard
1 sudu besar cuka balsamic
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu besar lada hitam (untuk saduran daging sebelum panggang).


Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 220°c.
2. Dalam satu mangkuk, campurkan djorn mustard, cuka balsamic, garam, paprika, & minyak zaitun. Gaul. Kemudian, sadurkan bahan ini pada daging. Selepas itu, sapukan/taburkan lada hitam pada setiap kepingan daging. Masukkan ke dalam oven. Masak lebih kurang 45 minit ke 1 jam.

Tomyam Resipi Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tomyam.
Menu yang boleh dimakan dengan nasi mahupun bihun.
Nak lagi kaw rasanya, letak cili padi dalam 10-12 tangkai. Pergh!

Tomyam perlu ada daun ketumbar untuk tabur atasnya tapi oleh kerana saya tak suka bau daun ni, makanya tak letak.

Bahan:
4 keping dada ayam & hiris kiub
1 batang lobak dihiris serong
1 jambak bunga kobis, dipotong sekuntum/dihiris
7 batang putik jagung, kerat 3
10 helai cendawan tiram
2 batang saderi dihiris serong
4 helai daun limau purut
3 batang serai, diketuk
10 tangkai cili padi
1 inci lengkuas dibelah dua
2 biji limau nipis, ambil jusnya
2 sudu besar penuh pes tomyam pilihan anda
Sedikit gula dan garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 biji tomato (pilih yang masak ranum)

Penyediaan:
1. Panaskan 4 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar halus & serai hingga harum. Masukkan air dalam 1 liter. Kacau & biarkan mendidih. Tambah pes tomyam dan lengkuas. Masak sebentar & kemudian masukkan lobak merah & ayam. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan pula daun limau purut, cili padi, bunga kobis & cendawan. Kacau dan masak hingga ayam empuk & sayur sedikit lembut. Masuk sedikit gula & kacau.
3. Tuang jus limau nipis, kacau. Tambah garam secukup rasa. Masak sebentar & siap.

Vege Spaghetti


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Oleh kerana kami kat rumah tengah ala2 diet, makanya kita masak apa yang sesuai.

Bahan:
1/3 daripada sepaket spaghetti
1/2 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 isi ayam dipotong dadu
2 sudu minyak zaitun
5-6 kuntuk bunga kubis hijau
10 biji cherry tomato
1/2 biji jus perahan lemon
Garam secukup rasa
(Jika nak pedas, boleh letak lada hitam atau chilli flakes)

Penyediaan:
1. Rebus spaghetti sehingga masak atau ada yang nak try al' dante. Ikut suka. Tapis dan jirus dengan air sejuk untuk seketika agar spaghetti tak melekat. Ketepikan.
2. Panaskan kuali & letak minyak zaitun. Bila minyak panas, masukkan bawang merah & putih. Goreng seketika & masukkan isi ayam. Goreng hingga ayam berubah warna.
3. Masukkan bunga kubis & 1/3 cawan air. Masak sehingga ia sedikit lembut.
4. Masukkan spaghetti, tomato dan garam. Gaul sehingga bahan agak mesra.
5. Masukkan perahan jus lemon dan gaul lagi dalam 1-2 minit. Kemudian angkat dan boleh dihidang.

Chicken Tortilla Wrap / Tortilla ayam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Chicken Wrap. Sangat mudah.
Anda boleh guna ayam panggang atau ayam goreng atau sosej atau daging panggang untuk dijadikan inti wrap/tortilla.

Wrap tortilla ni pula, boleh aje dapatkan di mana-mana supermarket besar ataupu kedai arab.
Sayurnya pula, boleh guna tomato, buah avocado, salad atau apa aje yang suka.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...