Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Tomyam Resipi Mudah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Tomyam. Menu yang boleh dimakan dengan nasi mahupun bihun. Nak lagi kaw rasanya, letak cili padi dalam 10-12 tangkai. Pergh!
Tomyam perlu ada daun ketumbar untuk tabur atasnya tapi oleh kerana saya tak suka bau daun ni, makanya tak letak. Jika anda suka ayam, letak ayam isinya. Jika suka makanan laut. letak aje udang dan sotong dalamnya.
Bahan:
4 keping dada ayam & hiris kiub
1 batang lobak dihiris serong
1 jambak bunga kobis, dipotong sekuntum/dihiris
7 batang putik jagung, kerat 3
10 helai cendawan tiram
2 batang saderi dihiris serong
4 helai daun limau purut
3 batang serai, diketuk
10 tangkai cili padi
1 inci lengkuas dibelah dua
2 biji limau nipis, ambil jusnya
2 sudu besar penuh pes tomyam pilihan anda
Sedikit gula dan garam secukup rasa
Air secukupnya
Bahan kisar:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 biji tomato (pilih yang masak ranum)
Penyediaan:
1. Panaskan 4 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar halus & serai hingga harum. Masukkan air dalam 1 liter. Kacau & biarkan mendidih. Tambah pes tomyam dan lengkuas. Masak sebentar & kemudian masukkan lobak merah & ayam. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan pula daun limau purut, cili padi, bunga kobis & cendawan. Kacau dan masak hingga ayam empuk & sayur sedikit lembut. Masuk sedikit gula & kacau.
3. Tuang jus limau nipis, kacau. Tambah garam secukup rasa. Masak sebentar & siap menu tomyam kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan