Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu ringkas cheese fries untuk kudap-kudapan atau sambil tonton tv. Boleh makan begitu sahaja atau cicah dengan sos pilihan.
Nak guna kentang original, sangat disarankan. Tapi kalau nak cepat, boleh aje guna instant. Janji kau masik dik. Kalau tak nak masak juga, order aje kat kedai makan :)
Bahan:
3 biji kentang russet, potong segi empat memanjang.
1 cawan keju pilihan (Mozzarella, cheddar, Monterey Jack dll)
1/4 cawan daun bawang dihiris
Secubit garam
Penyediaan:
1. Rendam kentang dipotong dalam 2 jam. Untuk buang kanjinya.
2. Toskan kentang & keringkan ia seketika (nak cepat, lap dgn paper tissue ala kadar). Panaskan minyak dalam periuk/kuali guna api sederhana. Setelah panas, masak kentang dalam 5-6 minit (bagi is bertukar warna sedikit), kemudian angkat & toskan.
3. Biarkan seketika dalam 5 minit & kemudian goreng lagi sekali sehingga kuning keemasan (pastikan minyak betul2 panas).
4. Toskan & taburkan dengan sedikit garam. Sadurkan ia. Letak kentang goreng di atas piring/mangkuk tahan panas. Sagat keju atau letak kepingan keju (pilih mana suka) di atasnya & kemudian masukkan dalam microwave. Panaskan dalam 1-2 minit sahaja (nak lagi best, panaskan dalam oven, bagi keju tu mencair).
5. Keluarkan kentang tersebut & taburkan dengan daun bawang. Nak pedas, boleh tabur cili flakes atau paprika atas cheese fries tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan