Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 7 Ogos 2018

Sambal Bilis Petai


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah tengah musim buah skarang ni, petai pun menjadi juga. Alhamdulillah rezeki Allah beri pada kita semua... Sedap makan dengan nasi, lempeng, keropok mahupun naget.

Bahan:
25 tangkai cili kering digunting dua dan masak dalam air mendidih dalam masa 5-7 minit. Tapis.
3 bawang besar dipotong 4
1 liter air
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air asam jawa
4-5 sudu gula (secukup rasa)
2-3 sudu kecil garam (secukup rasa)
1 cawan ikan bilis (direndam 2 minit dan toskan)
1 biji bawang besar dihiris bulat (masuk ketika sambal hampir masak)
3 tangkai petai

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana.
2. Kisar halus cili kering & bawang besar dengan 300ml air dahulu. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak panas. Kacau dan tambahkan baki 700ml air ke dalamnya. Biarkan cili masak dan kacau sekali sekala.
3. Bila sambal kelihatan hampir masak atau gelap sedikit (jika masih merah, tambahkan air dalam 1-2 cawan dan biarkan cili betul-betul masak), masukkan air asam. Kacau dan masak dalam 3-5 minit.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau seketika dan bila sambal kelihatan sedikit kering, masukkan pula ikan bilis, bawang besar & petai. Gaul sehingga mesra dan rasa. Jika tak cukup rasa masin atau sedikit manis, tambahkan gula dan garam lagi. Jika dah puas hati, tutup api dan siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...