Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Udang Goreng Tepung & Breadcrumbs


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Pilih mana yang berkenan, nak udang goreng tepung atau udang goreng breadcrumbs. Dua-dua pun sedap aje bila ratah.
Udang hanya feveret saya sorang. Rudy tak suka langsung. Even bau udang pun dia rasa annoying. Jadinya, saya tak perlu berebut makan makanan ni dengan dia.

Ini resipinya udang goreng tepung dan breadcrumbs. Boleh cuba bila anda ada masa di dapur.

Bahan:
10 ekor udang saiz dibuang kepala, kulit & dibelah belakang
3 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
1/2 sudu kecil paprika
3 sudu besar bread crumb
1 biji telur dikocak
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Satukan semua bahan kering dalam satu mangkuk kecuali bread crumb (yang ni asingkan). Gaul mesra.
2. Panaskan minyak guna api sederhana. Setelah panas, salut udang dengan campuran tepung kemudian salut dengan telur & kemudian tepung balik. Goreng dalam 2-3 ekor sekali masak. Jangan crowded sangat. Goreng hingga warna keemasan.
3. Jika ingin udang salut breadcrumbs, sama langkahnya kecuali yang terakhir baru salut bread crumb. Goreng hingga keemasan. Sedap dimakan dengan sos pilihan atau begitu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...