Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu nasi goreng rendang ni tetiba muncul bila teringat kat abah saya waktu dia muda-muda dulu. Dia akan masukkan apa sahaja baki / lebihan lauk yang ada dalam fridge untuk buat nasi goreng. Itulah selalunya menu kami adik beradik bila mama dah tak ambil servant & kami dah semakin besar dan boleh jaga diri.
Kalau ikutkan, antara nasi goreng masakan abah & mama, kami lebih prefer abah. Dia pandai masak benda goreng-goreng manakala mama lebih pandai memasak lauk dan kuih.
Anda boleh cuba jika masih ada lagi baki rendang dalam peti ais ya.
Bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 ketul ayam rendang diambil isinya (jangan basuh, biarkan kuah rendang yang melekat pada ayam tu)
1/2 biji bawang besar dihiris
2 sudu besar cili giling
1/2 cawan air
2 tangkai kacang panjang
1 biji telur
2 tangkai cili padi dipotong
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, goreng bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan cili giling. Kacau seketika & masukkan air. Kacau & biarkan cili masak sebentar.
2. Selepas itu, masukkan pula isi ayam rendang. Kacau & masak dalam 2 minit. Masukkan pula telur & dadarkan sedikit. Masukkan pula kacang panjang & nasi. Gaul hingga mesra. Masukkan pula cili padi & garam secukup rasa. Masak sebentar & siap nasi goreng rendang kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan