Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Roti jalan in da house. Penat betul saya menjala roti semalam dengan encik suami. Bila adunan bertambah sekali ganda, memang gigih le menjalanya + bila sudip plastik kau rosak kena pakai sudip lain, makin lamalah menyiapkannya
Anyway, Alhamdulillah menjadi juga roti jala feveret semua. Semua orang suka dengannya.
Untuk kuah pencicah, anda boleh makan dengan kari ayam, kari daging, sambal bilis, kari sardin mahupun kuah durian.
Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar / air
3 titik pewarna kuning
1 biji telur
3 camca besar minyak zaitun / mentega cair
Secubit garam
Minyak untuk mengoles kuali
Penyediaan:
1. Satukan semua bahan kecuali minyak untuk mengoles. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.
2. Panaskan non-stick pan. Oles dengan sedikit minyak guna paper towel. Bila kuali panas, paipkan adunan dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara bulatan. Masak dengan api kecil. Bila permukaan roti jala nampak sedikit pucat & garing, lipat kiri & kanan, ke dalam & kemudian gulung perlahan-lahan hingga ke hujung. Buat cara yang sama untuk baki adunan, hingga selesai. Makanlah roti jala ini dengan apa sahaja kuah yang anda suka, sama ada kari mahupun serawa durian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan