Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Cuti-cuti Pulau Weh / Sabang, Banda Aceh Day 1


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdulillah, rezeki saya & keluarga kali ini dapat bercuti dan menziarahi Aceh Darussalam, Indonesia. Ingatkan nak pergi pada bulan 4 lalu tapi dek kerana kekangan masa & encik hubby pun terkena slip disc kembali, kami tunda selepas dia & kakak ipar balik dari menunaikan haji.

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar...
Memang tak sangka kami akan dikejutkan dengan pemandangan yang sungguh mempesona dan melebihi 5 bintang di Pulau Weh atau dikenali juga dengan nama Pulau Sabang. Apa-apa pun saya tulis rentetan kami ke pulau ini untuk dijadikan panduan buat anda yang ingin ke sana.

Oh ya, sebelum terlupa, pakej yang Shah tawarkan pada kami pada tahun ini (2017) adalah dalam RM2650.

11/10/2017
Flight AA kami bertolak dari KLIA2 dalam jam 7.40 pagi. So, untuk anda yang ada anak kecil, sila datang seperti waktu yang disarankan kerana jarak dari pintu masuk balai berlepas sehingga ke dalam agak jauh dan mengambil masa jika ramai pelancong berbaris.

Lagi beberapa minit mendarat, mata kami disajikan dengan pandangan dari udara Masjid berkubah hitam besar yang pernah menerima penangan tsunami namun tetap berdiri teguh dengan izin Allah. Kami teruja & pada masa sama rasa takut itu juga menjelma. Moga Allah permudahkan urusan kami di sini.

Setibanya kami di airport Banda Aceh, kami dijemput oleh Shah, pemilik Banda Aceh Tour yang kami kenali di FB. Anda juga boleh follow dia di FB jika bercadang nak ke sini. Ada beberapa pakej sesuai ditawarkan oleh Shah.

Kami kemudian terus dibawa oleh Shah ke jeti untuk ke Pulau Weh/Sabang. Perjalanan mengambil masa dalam sekitar 15-20 minit. Tiket feri untuk ke pulau tersebut bagi dewasa adalah Rp80000 manakala untuk bayi Rp10000 (untuk memudahkan kiraan anda, RM15 = Rp50000). Sementara menunggu feri bergerak, kami disajikan dengan suasana yang menarik oleh penduduk tempatan. Beberapa orang peniaga kecil-kecilan menjual kacang, coklat, apam balik (mereka panggil martabak), mi goreng aceh, nasi campur bungkus hatta barangan gajet untuk handset. Apam balik dijual pada harga Rp10000 untuk 3 bungkus (dek kerana kami dah sarapan di KLIA2, takdelah kami cuba).


Jika nak beli simkad simPATI, boleh beli di kaunter di jeti. Harga untuk 3gb penggunaan sebulan hanya Rp20000 (dalam RM6 macam tu). So beli aje satu dan boleh kongsi penggunaan untuk 2-3 orang (tethering).

Suasana di terminal menunggu ke Pulau Weh.

Para peniaga kecil-kecilan berniaga di dalam feri. Seingat saya, suasana seperti ini saya lalui ketika 25 tahun lalu ketika ke Pulau Langkawi. Tapi peniaga kita hanya berjualan di luar feri dan bukan di dalam. Kiranya pihak penguasa di sini memberi keizinan pada mereka untuk mencari rezeki.

Perjalanan ke Pulau Weh/Sabang dalam 1 jam. Anda boleh duduk di seat yang diberikan nombor atau duduk di mana sahaja jika tempat anda sudah diambil. InsyaAllah ada seatnya. Sebaik kami tiba di terminal jeti Pulau Weh/Sabang, kami disambut oleh Bob, rakan Shah di sana. Dia menjadi tour guide kami sepanjang berada di pulau ini. Dalam perjalanan ke tempat penginapan kami, Bob mula cerita serba sedikit tentang pulau ini dan keadaan semasa tsunami & selepas tsunami. Dalam pertengahan perjalanan, kami berhenti di satu monumen bertulis 'I Love Sabang'. Kebanyakan pelancong akan bergambar di sini sambil menyaksikan keindahan laut, langit dan hutan yang terpelihara. Dan yang menariknya, sepanjang kami bergambar dan kembali ke kenderaan, rupanya, kenderaan kami tidak dimatikan enjin. Dibiarkan sahaja. Kalau di tempat kita, dah selamat kena 'kidnap'.

Jeti di Pulau Weh/Sabang

Sesi bergambar bermula


Pemandangan memang ohsem.



Lepas ambil gambar di 'I Love Sabang', kami bergerak ke Freddie Resort untuk check-in. Tapi satu insiden tak dijangka berlaku. Semua bilik full house. Staf yang handle kata mereka tak dapat pun confirmation dari Shah dan Mr Freddie pula berada di Banda Aceh ketika itu. So, kami decide untuk makan lunch dulu di mana-mana sambil menanti confirmation Shah & Bob untuk check-in penginapan di mana. So, kami menjamu selera di sebuah kedai makan di Bandar Sabang berhampiran semua masjid. Sambil menanti makanan, Encik hubby bersolat jamak di masjid berhampiran.

Selesai semua, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Iboih. Tapi, sebelum ke sana, Bob bawa kami ke Pantai Gabang sebentar. Cantik dan bersihnya pantai ini. Air laut sungguh crystal clear / transparent. Kata Bob, dulunya tempat ini ada pemiliknya tapi sekarang agak terbiar. Yang ada cuma penduduk tempatan yang mendiami sini sambil berniaga kecil-kecilan.

Pemandangan di Freddie Resort memang best. Tapi, untuk tempat seperti ini, pengunjung yang ada anak kecil & orang tua yang sakit lutut, perlu berhati-hati.  

Us di Pantai Gabang. Dari tepi pantai aje dah nampak kecantikan laut yang indah.

Bob sempat lagi singgah di satu tempat menarik untuk lihat scenary yang menawan kalbu berhampiran Gua Sarang. Subhanallah, hanya Allah yang tahu betapa seronoknya mata menonton alam ciptaan milikNya. Walaupun hanya sebentar namun mampu membuat hati tenang seketika.


Di sebelah kanan bukit ini terdapat Gua Sarang. Jika nak ke sana, kena berjalan kaki. Dek kerana masing-masing dah penat dan saya pun dah pening, kita lepak aje kat pelantar yang disediakan. 

Nampak tak keadaan laut tu? Dalam gambar dah menarik, bila live lagi superb. Tak sudah-sudah mulut kami memuji kecantikan alam milik Allah ini. 

Haruslah ada gambar berdua...

Dan bila kami dah sampai di Pantai Iboih, kami bermalam di Rahmat Bungalow. Chaletnya ok tapi yang bestnya pemandangan depan mata. Nampak laut yang luas dan di sebelah kiri sikit ada Pulau Rubiah yang menjadi destinasi para peminat snorkeling & diving. Rupanya ada hikmat tersendiri kenapa kami tidak menginap di Freddie Resort. Rupanya di Pantai Iboih ni ada banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan pengunjung/pelancong. Tapi... dek kerana kepala saya dah pening kerana jalan yang macam ular kena palu (akak memang ada masalah ni dari kecil), so lepas masuk bilik, terus tak keluar sampailah nak maghrib sebab nak cari tempat makan. Encik hubby lepak aje di bangku hadapan bilik sambil kudap apa yang patut & berborak dengan kakak2nya.

Lepas solat jamak maghrib isyak. kami makan di sebuah restoran berhampiran. Untuk makluman anda, jika ingin makan di sini, pastikan anda keluar awal kerana takut makanan lambat tiba dan pengunjung lain yang ada di situ semakin ramai datang. Nasib kami jadi grup kedua yang datang ke restoran tersebut. Sebab lepas kami, berduyun-duyun orang datang untuk dinner dan tukang masaknya hanya 2 orang aje + waitress 1. Kiranya hampir sejam juga baru complete makanan kami tiba. Nasiblah masa tu hujan renyai dan kita dalam mood bercuti, so, no rushing.

Antara side dish yang kami ambil untuk kudapan. French fries ini bukan jenis instant tapi memang kentang ori dipotong & disalut tepung.

Lepas kami makan di sini, encik hubby ajak lepak di sebuah kedai makanan lain untuk try kopi yang ada. Sementelah orang panggil Aceh ini juga kedai seribu kopi, jadi haruslah kita cuba. Ia dak. Kami lepak kejap di Arabiaca Cafe. Encik hubby try kopi luwak instant. Tang ni akak rasa sikit aje sebab kepala masih ada sisa pening. Tak banyak dilakukan di sini sebab hujan renyai-renyai dari nak maghrib hingga pagi esoknya.

Ilmu yang didapati sepanjang satu hari ini berdasarkan pemerhatian & maklumat:
  1. Hon kereta sering dibunyikan ketika berselisih dengan kenderaan lain ataupun di simpang sempit. Ia bagi memaklumkan keberadaan mereka di jalan yang sempit & bertentangan arah, meminta laluan dan berhati-hati. 
  2. Enjin tidak dimatikan meskipun tuan punya kenderaan tiada di keretanya dalam 5-10 minit di Pulau Weh/Sabang ini. Tiada siapa yang akan curi kereta mereka.
  3. Kanak-kanak kecil dalam lingkungan 11 tahun ke bawah dilihat seronok bermain di halaman masjid tanpa sesiapa memarahi mereka.
  4. Azan di masjid di Pantai Iboih dialunkan oleh kanak-kanak dan bukan orang dewasa. 
  5. Menurut Bob, di Pantai Sabang ini dibina masjid bagi setiap kampung. No wonder kami nampak banyak masjid sepanjang berada di sini.
  6. Di sini, para peniaga/pekedai akan menutup kedai mereka dari jam 12 tengahari hingga 3.30 petang. Ia bagi memberi laluan untuk ibubapa mengambil anak di sekolah dan berehat. Terus saya teringat akan 'waktu khailullah' yang disarankan Rasulullah s.a.w. 
Masa gambar ini diambil, waktu di sana jam 12.16 petang. Nampak deretan kedai yang tutup. Ada juga beberapa kedai dibuka tapi dalam 3-4 kedai sahaja.


Kita sambung cerita pada hari ke-2 pula...

2 ulasan:

  1. Kalau walk in tak ikut package rasanya berapa habis dalam 3hari 2mlm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti cik. Bergantung pada jenis sama ada cik backpacker atau datang dgn travel agent & berapa org dlm rombongan

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...