Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Cuti-cuti Pulau Weh / Sabang, Banda Aceh Day 2


Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Kita sambung hari ke-2 cuti-cuti di Pulau Weh & Banda Aceh kali ni.

Bangun pagi, keadaan masih hujan renyai-renyai di luar. Saya tanya encik hubby nak sarapan kedai semalam atau kedai lain? Dan akhirnya kami sarapan di restoran Fida Bungalow. Kedai ni buka seawal jam 7 pagi waktu tempatan berbanding kedai semalam, jam 8 pagi.

Pagi tu, kami sarapan pancake pisang, coklat susu panas dan kopi. Tapau nasi goreng untuk kakak2 ipar saya. Suasana cukup damai dan redup. Memang lepak habislah kat sini jika hari biasa.

Ini sarapan pagi kami. Pancake pisang @ lempeng pisang. Jadi... bak kata Mat Dan.

Hot chocolate saya di pagi hari. Jadi...

Ini harga jus buah di Pulau Sabang. Jus di Banda Aceh ni memang best. Jus dia memang pure jus. Buah lebih banyak dari air. Seronok perut akak tiap-tiap hari dek non...

Sementara menanti jam 9, kami lihat-lihat persekitaran. Sedang saya ambil gambar pemandangan, mata tiba-tiba tertangkap 3 orang pelancong tempatan atau negara Malaysia sedang seronok snorkeling tidak jauh dari situ. Hati bertanya, 'Ada nampak ikan ke? Nampak apa bawah tu?' Dan pertanyaan saya terlerai bila bertanya sendiri dengan Encik Rahmat.

Ini saya kongsikan infonya:
  1. Menurut Encik Rahmat, Pantai Iboih memang menjadi tarikan pelancong kerana ianya berhampiran dengan Pulau Rubiah yang terkenal dengan aktiviti snorkeling dan diving. Dan di persisir Pantai Iboih sendiri ada ikan dan batu karang yang cantik tapi tidak secantik di Pulau Rubiah. Boleh aje snorkeling santai di situ guna goggle. 
  2. Untuk orang yang tidak pandai berenang tapi teringin juga nak join, mereka ada pakaian/suit khas yang mampu membantu mengapungkan badan. Bayaran yang dikenakan Rp40000 untuk suit, kaki itik & goggle. 
  3. Jika anda tidak mahu berenang, boleh sahaja menyewa bot di sini untuk keliling pulau. Bayaran yang dikenakan adalah Rp350000 untuk satu bot keliling satu pulau manakala Rp250000 untuk separuh pulau sahaja. 
  4. Anda juga boleh memberi ikan makan di persisir Pantai Rubiah kerana koleksi pelbagai spesis ikan di sana memang banyak. Anda boleh dapati ikan seperti flounder turut ada di sana.
  5. Untuk anda seorang yang expert berenang, terdapat taman mainan buatan bawah laut yang boleh anda cuba seperti buaian, meja makanan dan melalui terowong bawah laut. Nak tahu lebih lanjut, silalah Google atau skodeng IG orang yang dah ke sana. :)
Bila saya dengar aje info tambahan ni, rasa jelesnya... Sebab masa memang terhad. Lagipun takde orang nak beri info lebih di internet sebelum ni. Tapi... itulah hikmahnya bila tak dapat menginap di Freddie, kami dapat ilmu baru. 

Suasana pagi yang sejuk kerana hujan semalaman. Cuaca sungguh segar. Bot-bot ini lah yang anda boleh naiki untuk keliling pulau, pergi diving dan lain-lain.

Kebanyakan chalet di Pantai Iboih ini adalah seperti ini. Ia milik persendirian. Oh ya, jika anda nak beli barang runcit, ada 1 kedai runcit yang sedikit lengkap di sini untuk belian barang harian kegunaan kita. 

Deretan chalet lain. Pilih aje mana yang mahu. 

Ini antara kedai kecil yang menawarkan kepada pelancong untuk skuba.

Ini dia 3 orang hamba Allah yang seronok snorkeling guna goggle aje. Itu yang menyebabkan saya curious dan bertanya dengan Encik Rahmat. 

Bot-bot kecil yang menawarkan pelayaran untuk anda yang ingin beraktiviti di sini. Depan tu Pulau Rubiah. Destinasi snorkeling & diving yang lebih happening. No wonder nampak ramai pelancong lain semalam.

Kejernihan air laut di Pantai Iboih memang tidak tercemar. Sangat jernih.

Sebaik kami check-out, Bob bawa kami ke 0 Kilometer yang terletak di puncak bukit bahagian barat Indonesia. Kawasan ini dipanggil 0 Kilometer kerana ia titik permulaan untuk mengira keluasan Negara Indonesia dari Barat ke Timur (yang berakhir di Irian Jaya). Perjalanan ke 0 Kilometer ini mengambil masa dalam 10 minit dan jalannya memang bersimpang siur. Sebaik sahaja turun dari kereta dan berjalan di tepi tembok yang menghadap Selat Melaka, mata disajikan dengan pemandangan indah saujana mata memandang. Angin bertiup lembut, laut kelihatan indah, langit membiru dan suasana sungguh tenteram. 

Kami dah sampai ke permulaan negara Indonesia... 

Haruslahkan... ;) 

Monumen 0 Kilometer di belakang sedang dalam proses pembinaan. Barangkali akan siap akhir bulan 11 kerana Presiden Indonesia akan berkunjung ke Pulau Weh.

Pemandangan yang sungguh indah. Di seberang sana adalah Banda Aceh dan kita sedang menghadap Selat Melaka.

Dan sebelum pulang, kami sempat ke gerai kecil di sini untuk membeli cenderahati. Harganya masih boleh dirunding.

Dan dalam perjalanan menuruni 0 Kilometer, mata kami tertangkap cantiknya alam ciptaan Allah pada hambaNya di Pulau Weh ini. Keempat-empat kami takjub dan mulut tidak berhenti memujiNya. Tidak sia-sia percutian kami di sini. Memang kami benar-benar mencuci mata.

Cantik. Sangat cantik. Laut yang kebiru-biruan ini mampu membuatkan kami semua terpegun.

Seterusnya kami menuju ke Pulau Klah. Saya dok ingat betul ke kita nak pi pulau lagi ni? Sempat ke nak kejar feri? Tapi, rupa-rupanya kita, pelancong hanya duduk di tebing tinggi sambil menghadap Pulau Klah yang dilatari dengan pemandangan indah. Di sini, kita boleh lepak sambil menikmati air kelapa muda berserta dengan kudapan yang ada dijual di sebuah gerai kecil di sini. Memang totally relax. Lepak situ 15 minit pun tak terasa.

Menurut Bob, perkampungan di bawah sana ada yang terkena tempias tsunami.  

Pulau Klah yang seketul di situ dilatari pemandangan yang sangat indah dicipta oleh Allah. Di situ terdapat sebuah rumah api untuk membantu kapal di lautan.

Relax...

Sambil minum air kelapa dan makan keropok opak (tapi opak sini sedap & ia sedikit nipis), jadi aje kami lepak di sini berehat-rehat. Baby pun nyenyak tidur dek kerana penangan angin sepoi-sepoi bahasa.

Settle aje lepak di sini, Bob bawa kami melihat kawasan bandar Pulau Weh yang semalam tak sempat kami nak jelajah. Bob berhentikan kami di tempat-tempat tertentu untuk mengambil gambar dan menikmati suasana angin laut Pulau Weh. Nampak biasa-biasa tapi bagi kami pelancong yang nak masuk 4 series ni dan ada yang dah 4 series, ia sesuatu yang santai dan tak perlu terkejar-kejar. Kita layan aje...

Kawasan tepi laut Bandar Pulau Weh. Angin bertiup jangan ceritalah, memang mampu buat kita ngantuk.


Layankan aje mana tempat attraction untuk ambil gambar... Nak angkut pulau best ni, memang tak mampu... 


Dah selesai bergambar kat tepi pantai bandar, Bob tanya nak pergi mana lagi. Tetiba akak teringat muzium. Tanya dia, kat Sabang ni ada muzium tak. Jika ada, boleh kita ke sana. Dan memang rezeki kami, muzium Sabang ini baru sahaja siap dibina dan dibuka pada umum. Dapatlah kami tahu serba sedikit apa yang ada di sini dari zaman kolonial Belanda sehingga Jepun serta kedatangan Laksamana Cheng Ho ke sini. Plus, kami dapat merasa bersanding di atas pelamin masyarakat Sabang di sini. Dan, rezeki kami juga, tiba-tiba seorang staf di Muzium Sabang ini menegur kami dan memaklumkan kami akan penemuan baru mereka buat tontonan umum tidak lama lagi. Pihak muzium berjaya membawa naik sauh kapal Belanda yang berusia hampir 150 tahun yang pernah karam di perairan Pulau Weh. Bangkai kapal akan dibawa naik sedikit demi untuk dijadikan khazanah sejarah tontonan umum. 

Model kapal Belanda yang pernah belayar di Pulau Weh satu waktu dahulu.

Laksamana Cheng Ho memang pernah datang ke pulau ini. Ada fakta lagi. 


Ehem ehem... Kami jadi pengantin lagi. Singgahsana Raja Sehari di Pulau Weh. So colourful. 

Kami dah sampai sini... :) 

Ini dia sauh @ anchor dari kapal Belanda yang berusia 150 tahun. Ini baru sauh, belum tengok yang lain lagi. 

Encik hubby dan Pak Hidayat. Ramah orangnya.

Selesai kami ke Muzium Sabang, Bob bawa kami melihat rumah lama orang kaya dahulu yang sudah ada sejak zaman sebelum Jepun lagi. Tapi sayang, rumah ini tidak dijaga dengan sebaiknya. Siap ada lembu meragut rumput di kawasan lamannya. 

Rumah Teuku Abbas. Anda google aje untuk tahu tentang kisah lelaki dan rumah ini. 

Rumah lama yang cantik tapi tidak terpelihara. Sayang...

Bob bawa kami ke Benteng Jepang selepas itu. Benteng ini dibina oleh pihak Jepun sebaik sahaja menakluk Pulau Weh untuk persiapan menghadapi perang dunia pada waktu itu. Dan, Subhanallah, mata disajikan lagi dengan pemandangan laut yang kebiru-biruan dengan terumbu karang yang cantik di dasarnya. Dan bila dipanah cahaya matahari, suasana memang cantik. 

 Benteng Pertahanan Jepun satu waktu dahulu. Sungguh cantik pemandangan dari atas ni. Sukar nak describe rasa hati bila lihat pemandangan seindah ini di depan mata. 

Haruslah kami berdua senyum depan kamera walaupun kelam skit gambarnya. Cantik tu pemandangan di belakang. 


Kemudian, Bob bawa kami ke New Street. Rupanya New Street ini adalah pembinaan jalan baru yang boleh terus ke pelabuhan dan bandar tanpa perlu kita ikut jalan sebelum ini. Ia lebih luas. Di puncak New Street ini dibina pelantar 3 tingkat untuk warga tempatan dan pelancong menikmati pakej pemandangan indah berserta dengan Gunung Berapi Jaboi Sabang. Menurut Bob, gunung berapi ini masih aktif kerana ada keluar wap panasnya tapi ia masih dalam kondusi tidak berbahaya / waspada (ada ranking tertentu untuk menyatakan tahap waspada sesebuah gunung berapi). Wap yang keluar agak kecil. No wonder kami lihat di kejauhan ada deretan tanaman di tanam cantik tersusun. Barangkali tanah yang subur membantu aktiviti pertanian di sana.

Untuk anda yang gayat, rasanya tingkat pertama udah cukup untuk lihat scenary yang ada. Jika takde masalah gayat, silalah naik ke pelantar tertinggi. Anda disajikan pemandangan yang awesome.

Encik hubby dengan kakaknya. Both of them takde masalah gayat. Di belakang sana adalah Gunung Berapi Jaboi Sabang. 

Encik hubby tersenyum besar tu sebab dia tengah dok menyakat bini dia yang gayat. Ketar lutut akak dek non naik atas sekali... Untuk one life time experience, digagahi juga...

Settle aje bergambar di sini, kami terus ke jeti Pulau Sabang. Feri di sini bergerak dalam jam 2.30. So jika anda nak solat jamak zohor asar & 'melepaskan hajat' di masjid berhampiran, disarankan. Untuk makan tengahari, jika sempat, boleh makan di Sabang tapi jika nak makan atas feri, boleh aje beli dengan peniaga-peniaga kecil yang menjual mi aceh, nasi campur, apam balik, kudapan lain dalam feri (untuk nasi dalam Rp10000 sebungkus. Isinya banyak juga).

Oh ya, feri ke Banda Aceh ada 2 waktu, jam 2.30 dan jam 4 petang. Tapi, jika laut bergelora dan hujan lebat, feri tidak akan jalan pada waktu tersebut. Kena alert ya. Sebab masa kami pulang, dalam pertengahan jalan, laut sangat bergelora hinggakan saya tak sanggup buka mata sebab rasa sangat teroleng-oleng. Alhamdulillah, lepas tu ok.

Ilmu yang didapati hari ni melalui pemerhatian & cerita:

  1. Jalan di Pulau Weh ini bersimpang siur dan adakalanya sempit. Jadi buat anda yang ada masalah pening, silalah standby panadol dan air. Namun, jarak antara satu tempat pelancongan ke tempat yang lain tidaklah jauh.
  2. Pemandangan alam ciptaan Allah sangat cantik walau di mana sahaja anda berhenti. So relaxing & calm.
  3. Sediakan duit rupiah kecil atau duit seringgit untuk disedekahkan/hadiahkan pada kanak-kanak. Anda akan faham jika anda ke sana nanti (pengalaman kami, biar kami simpan sebagai kenangan) :)
  4. Untuk anda yang suka jus buah-buahan, really suggest untuk cuba coz jusnya memang tak sama dengan kita. Even snack dan biskut pun macam best aje untuk dibuat kudap sambil lepak-lepak di sini. 

So... kita sambung cerita di Banda Aceh pula lepas ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...