Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Cuti-cuti Banda Aceh Day 3


Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Suasana awal pagi di sini sungguh tenteram.
Selesai solat Subuh sehingga jam 6.30 pagi, jalanraya depan hotel lengang. Kenderaan mula banyak dalam jam 7. Kalau kita, lepas subuh aje dan macam tak cukup masa nak pergi kerja dan hantar anak ke sekolah.

Kami menginap di sini 

Di depan hotel ada mesin ATM. So, sebelum melancong anda boleh hubungi pihak bank anda untuk memberi kebenaran transaksi penggunaan kad debit di luar negara (satu kad aje cukup). Ini kerana kebanyakan bank-bank di Indonesia menyertai rangkaian MEPS. Untuk lebih secure, maklumkan pada bank tarikh kita di sana berapa hari dan minta limitkan jumlah pengeluaran sehari. 

Agenda pagi ni, kami ber'shopping' & cuci mata di Banda Aceh. Shah pick-up kami dan bawa kami ke Pasar Atjeh dalam  jam 9.30 pagi. Katanya kebanyakan kedai dalam pasar ni akan dibuka sekitar jam 9.30 ke 10 pagi. Dan untuk pengetahuan anda, Pasar Atjeh ini terbahagi kepada 2 bangunan. Pertama khas untuk pakaian, gelang, telekung dan aksesori manakala building sebelahnya pula (kena keluar pintu utama kerana ia tidak bersambung) menjual barangan kerajinan seperti kuih, kerepek, t-shirt dan lain-lain (yang ni saya tak explore sangat sebab kami merayap ke tempat lain).

Ini tip saya beri untuk beli telekung di Pasar Atjeh (attention saya memang ini aje kat sini & kerepek):
1. Untuk telekung dewasa yang kainnya tebal sedikit tapi punya kerawang yang sedikit, harganya sekitar Rp120000 - Rp170000.
2. Harga telekung di bawah Rp100000 masih cantik tapi kainnya sedikit jarang. Boleh digunakan.
3. Telekung pada harga Rp250000 - Rp400000 kainnya tebal dan punya kerawang yang cantik & banyak. Untuk telekung kain yang lebih lembut, cantik, harganya melebihi Rp400000. Telekung ini dijual bersekali dengan beg.
4. Untuk telekung kanak-kanak, harganya dalam range Rp80000 - Rp150000. Ada pelbagai corak.

Tapi, jika anda tak sempat nak shopping di sini, ada satu lagi tempat shopping menarik. Terletak di Jalan Sri Ratu Safiatuddin, Peunayong. Boleh tanya Shah (jika guna khidmat Banda Aceh Tour lah).

Aktiviti bershopping bermula. Beli untuk yang tersayang... 

 Deretan kedai yang menjual telekung. Ini di area tingkat atas. 

Pasar Atjeh. Ingat tau dia ada dua building bersebelahan.

Selesai saya & encik hubby shopping skit, kami tinggalkan kakak-kakak kami (depa tak habis shopping lagi) di sini manakala kami keluar mencari kitab agama yang dipesan oleh rakan. So, dalam pada masa yang sama ini juga, kami dapat menjelajah bandar Banda Aceh dengan berjalan kaki (sama seperti yang kami lakukan ketika di Brunei). Semua celah lorong dan bangunan kami masuk dan intai. Dapatlah sedikit ilmu dari tempat baru kami datang ni. Quite enteresting. Bandar Banda Aceh ini tidak besar sangat. Bandarnya mengelilingi Masjid Baitulrahman. Setiap jenis perniagaan di sini seakan sudah di'slot' kedudukannya. Sederet kedai/gerai akan menjual buah. Sederet lagi akan menjual pakaian. Sederet lagi akan menjual barangan kemas. Sederet lagi akan menjual barangan elektrik dan begitulah seterusnya.

Dan salah satu insiden yang menarik kami berdua alami di sini. Sedang kami mencari toko buku di sini untuk membeli kitab rujukan agama buat rakan kami, satu yang kami perasan, tanyalah sesiapa pun di mana toko buku, mereka akan membantu dengan ringan mulutnya. Peniaga setempat seolah tahu semua toko buku yang ada di sini. Jika toko buku yang dipergi tidak dijumpai kitabnya / stok habis, pekerja di sini tidak lokek memaklumkan toko buku lain yang boleh kami cuba cari. Mereka sangat membantu. Tapi, jika ditanya tentang buku popular seperti 'AKU' (ramai customer cari buku ni dengan akak masa AADC2 main haritu), staf tidak tahu. Mereka tidak pernah dengar tentang filem Ada Apa Dengan Cinta hatta tidak tahu tentang AKU. Dan bila difikirkan balik, no wonder mereka tak tahu, kat Aceh tiada bioskop @ panggung wayang (atau mungkin ada sebab lain).

Suasana yang menarik. Anda cuba berjalan kaki, anda akan alami sendiri suasana di sini @ tempat lain anda merantau.

Lorong yang menjual pelbagai jenis buah dan makanan ini memanjang ke belakang sehingga ke Masjid Baitulrahman

Toko @ kedai buku di Banda Aceh. Banyak koleksi kitab-kitab lama di sini. So, jika ada yang nak cari kitab baru, tak semua toko ada. Mereka kena order dahulu dengan penerbit/pengedar di tempat lain untuk dibawa masuk/dijual.

Settle shopping, kami balik hotel seketika kerana beri laluan pada solat Jumaat. Dalam jam 2, saya dan encik hubby serta Shah menziarahi rumah anak yatim tahfiz di Banda Aceh. Kami ketahui tentang sekolah ini melalui rakan anak saudara kami yang belajar di universiti disini. Sekolah ini baru sahaja ditimpa musibah kebakaran asrama dan bantuan diperlukan. Begitu juga dalam pembinaan masjid di madrasah mereka. Jika ada antara anda yang berminat, boleh menderma pada mereka jika berziarah ke sana.

Keadaan dalam masjid yang sedang dibina secara berperingkat.




Shah dengan sebahagian dengan anak-anak di sini. 

Selesai urusan kami di sini, kami pick-up kakak kami di hotel dan kami menuju ke sebuah lagi masjid yang ditimpa musibah tsunami. Masjid Rahmatullah Lampu'uk. Di masjid ini ada satu ruangan kecil yang dipelihara untuk tatapan umum dan kenangan betapa dasyatnya penangan tsunami pada tahun 2004 itu. Kesannya cukup hebat. Air naik sampai ke kubah masjid. Keadaan keliling menjadi padang jarak padang tekukur. Moga Allah merahmati roh mereka yang pergi waktu itu.


Keadaan sudah terpelihara sekarang ini.

Gambar kenangan pada waktu itu...

Kesan yang masih dipelihara


Jika anda perasan, di kubah putih itu ada sedikit tompok-tompok hitam. Ada kakitangan pelancong di situ maklumkan ia adalah paras air yang naik dan bertakung buat seketika sebelum ia surut. Memang tinggi...

Bayangkan kita yang kerdil ini ditenggelami air. Nampak tak perbezaannya dengan ketinggian masjid ini.

Lepas kami menziarahi Masjid Rahmatullah Lampu'uk ini, kami ke Pantai Lampu'uk. Di sini kami bersantai, lepak dan menghirup udara segar Aceh. Time ni lah tiba-tiba saya teringat novel Laksamana Sunan tulisan Ramlee Awang Murshid yang ada 8 buku tu. Berangan-angan kejap akak. hehehe... Tapi scenary sini memang lawa. Anda boleh berkelah, berjalan-jalan, menangkap ikan dan juga snorkeling. Pantai ini ditutup jam 7 malam.

Syok berkelah kat sini. Pantainya putih bersih. 



Pondok-pondok kecil dibina untuk pengunjung. Anda boleh lepak aje atau beli kudapan pada peniaga kecil di sini dan beli air di gerai-gerai yang ada di kawasan masuk sini (atau ada peniaga yang akan datang pada anda bertanya untuk minum atau makan apa).  

Akak takyah nak pi Lombok dah. Sini pun ada buai. Ngeee...

Keluar dari kawasan pantai ini, kami singgah di sebuah masjid tertua di kawasan berhampiran. Masjid Baitul Musyahadah atau dikenali sebagai Masjid Topi Teuku Umar. Design kubah masjid ini berbentuk topi yang dipakai oleh Teuku Umar dan angkatan tenteranya. Dan sesuatu menarik mata saya sewaktu menunggu solat Maghrib (akak ABC ya), 10 minit sebelum waktu azan, orang tidak ramai tetapi semakin menghampiri waktu azan dan bila azan maghrib berkumandang, semakin ramai jemaah yang datang. Baik lelaki mahupun perempuan dan kanak-kanak. Masing-masing cuba untuk bersolat jemaah. Maha Suci Allah...

Masjid Topi Teuku Umar.

Selesai solat, kami makan malam di kedai berhampiran dengan masjid. Warong Soto Bang Is. Kedai ini bersekali dengan beberapa stall kecil di sekelilingnya yang menjual pelbagai jenis makanan. Pilih sahaja mana berkenan di tekak. But as usual, anda try jus buah yang tak pernah diminum. InsyaAllah sedap. Kami pula, kongsi-kongsi makanan yang dibeli. Hubby beli lain, saya beli lain, Shah beli lain dan kami kongsi-kongsi rasa makanan tempatan yang ada.

Antara stall yang ada.


 Sate Padang. Ok gak rasanya.

Keropok kulit sapi @ lembu 

Roti bakar kaya dan keju. Besar rotinya. Memang kena makan 2-3 orang baru habis. 

Jus Terung Timun. 1st time akak minum. Sedap...

Selesai makan malam, kami balik ke hotel untuk istirehat.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami pada hari ini.
InsyaAllah kita sambung ke hari ke-4 pula ya... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...