Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Cuti-cuti Banda Aceh Day 2


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kita sambung kembali cerita selepas kita landing ke Banda Aceh selepas pulang dari Pulau Weh.

Sampai jeti, Shah pick-up kami dan bawa terus ke Hotel Kumala. We really need a rest. Alhamdulillah, hotel ini selesa buat semua, insyaAllah. Plus, sebelah kanan hotel ini ada restoran Canai KL. Manakala sebelah kiri hotel ada kedai kopi Aceh yang biasa. Boleh pilih mana berkenan di hati.

Shah kata dia nak biarkan kami rehat & pick-up dalam jam 6.15 petang untuk solat maghrib di Masjid Baitulrahman. After take a short rest, Shah dah ada di lobi. Dalam perjalanan ke masjid, kami dapat lihat suasana masyarakat tempatan. Ada beberapa perkara kami bualkan. Bila sampai ke masjid, azan sudah dilaungkan dan jemaah sudah bersolat jemaah. Dalam perjalanan menuju ke dalam masjid, sempat saya snap beberapa pic. Dan bila ditengok kembali gambar tersebut, Subhanallah, cantiknya suasana di waktu itu. Awan tersusun cantik. Jemaah pula berjalan menuju ke arah yang sama (kecuali beberapa keluarga yang ada anak kecil, kena ambil turn solat barangkali).

Sambil temankan anak sedara yang 2 tahun ni, saya bawa dia beli mainan di tepi pintu masjid dan kemudiannya berjalan di laman dan dalam masjid. Bila lihat keadaan di dalam masjid dan luar, ia kelihatan seperti di Masjid Nabawi (bak kat mereka yang menunaikan haji & umrah). Ramai pelancong luar & dari Indonesia bersolat di sini.

Saya perasan pic ni cantik bila tunjuk pada mama di Malaysia. Dia kata macam lukisan. Awannya berbelak-belak.

Ramai jemaah mengambil peluang bersolat di sini. 


 Ramai yang kata ia mirip dengan Masjid Nabawi


Even adik saya kata, pintu masjid ini seperti di Makkah.

Selesai solat di sini, Shah bawa kami ke tempat makan popular. Mie Razali. Masa kami masuk, restoran memang full house. Tinggal 2 meja kecil aje. Kedai ini 2 tingkat tapi tingkat atas hanya dibuka untuk orang VVIP sahaja sebagai contoh, Presiden Indonesia yang pernah makan di sini.

Ada pelbagai jenis mie goreng di sini, so boleh pilih mana yang teringin nak makan. Kakak2 ipar & Shah pilih mi udang (udang dah siap dikopek k), saya mi ketam (penyepit ketam turut disediakan sekali) dan encik hubby mi biasa. Masa dalam proses menunggu tu, kita akan disapa beberapa kali oleh peminta sedekah. So, terpulang pada anda sama ada ingin menderma atau tolak secara baik.

Once kami jamah mi yang diorder, masing-masing setuju yang mi yang dimasak memang sedap. Even sis in law siap kata, "Punyalah sedap sampai tak perasan dan habis makan." Hehehe...
So people, jangan lupa ngetest k. Oh ya, jus buah kat sini pun sedap.

Kita pic dulu sebelum makan... 

Alpukat sini memang sedap. Even alpukat di Sabang pun best. Harga dalam Rp8000

Mi ketam akak punya. Sedapnya... 

 Untuk yang tak makan seafood, boleh makan mi biasa ni aje. Encik hubby kata sedap.

After settle dinner kami, kami singgah sat untuk beli susu baby dan kedai berhampiran dan kemudian Shah hantar kami pulang ke hotel. Tapi... yang naik ke bilik hotel hanya kakak ipar dan anaknya sahaja. Kami bertiga pula, terus ke Canai KL. Saje ngetest rasa minuman & makanan di sana pula. Dan suasana di sana tak jauh beza dengan tempat makan KL. Suasana luar restoran seperti kedai mamak sedikit manakala keadaan dalam macam restoran ber'aircond' kita.

Alhamdulillah, settle hari ke-2 kami di Banda Aceh.
Kita proceed esoknya pula ya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...