Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Akhirnya Aku Kahwin!... Buku yang menarik
Salam Semua...
Mai sini cik nak kongsi satu lagi buku yang best... Cover bukunya di ataslah kan...
Oleh kerana line internet maxis saya semalam amatlah mendukacitakan, maka hasrat yang terpendam akhirnya kesampaian. Dalam kepala dok fikir2 nak capai buku apa yang banyak dalam kotak tu ek. Dan akhirnya, saya capai buku ni. Al-kisahnya, saya terpanggil nak baca buku ni sebab a few months ago, masa saya merayap kat kedai buku di jalan TAR, saya terdengar sorang budak muda ni bercakap dengan kawan dia. "Buku ni best," katanya. Saya tengok le buku yang disarankan. Dalam hati kata, 'ia ke best?'. Rupanya kawan dia pun tanya soalan yang sama. Dan budak perempuan tu cerita le serba sedikit. Itu pun saya curi2 dengar. Saya dah set dalam minda, nanti ada masa nak bacalah buku ni. Dan hajatnya tertunai semalam. :)
A few chapters aje dah buat saya rasa ingin terus membaca. Ayat yang ditulis membuatkan saya tersenyum seorang. Rupanya heroin dalam novel ini lain dari yang lain. Dia debab (bak kata heronyalah...). Bila baca buku ini, adakala saya mengiakan bahawa manusia memang judge people by appearance. Tak caya? Percayalahhh... Saya sendiri pernah mengalaminya dahulu. Bukan setakat back stabbing, siap menghina lagi. Wah wah wah... Hebat sangatkan manusia ni. Rasa diri budget bagus aje. Tapi, itu kenangan lama. Saya pun dah malas nak amik port dengan orang begitu. Bak kata orang utara, "Biaq pi lah".
Ok, at first, saya ingatkan hero dia Syafiq. Mana taknya, rasanya dalam 20 bab awal tu asyik cerita Syafiq aje. Saya tutup jap buku, tengok senopsis kat belakang. Eh, bukanlah. Namanya Syafizi. Tapi, apesal tak keluar2 lagi watak hero dalam novel ni. Lepas tu, saya belek muka surat terakhir pula. Eh, ialah, nama dia Syafizi. Ishhh... lambat pulak nak sampai watak hero ni. Takpe, sabar Rina. Cerita best ni. Jangan skip. Hehehehe... So, continuelah membacanya...
Dan sebaik watak Syafizi muncul, wehhh... daripada saya dok tersengih2 baca ayat2 Cik Didi yang mulutnya selamba aje tu dengan abang angkatnya, Syafiq, sengihan bertukar menjadi tawa kecil. Dan ada ketika saya ketawa mengekek seorang diri. Kelakar. Itu yang the best word yang saya boleh katakan. Memang selamba. I love the way Didi & Syafizi berperang mulut. Itu belum masuk bab lawak miss 'ekceli'. Memang best le time dia nak mengenakan balik perempuan jenis hati busuk tu. But, in reality, this woman memang ada. Tak percaya? Percayalahhhhh.... sebabnya saya dah jumpa. :)
As a conclusion, sesiapa yang nak release tension melalui pembacaan yang ringan, buku ni amat2 saya sarankan. Really make my day laugh. Thanks writer...
Labels:
Buku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan