Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kenapa Perbankan Islam Mahal?


Salam semua...
Saya sedang membaca buku Diari Musafir: Jangan Berhenti Berlari oleh Dr. Zaharuddin Ab. Rahman. Rasanya sudah 3/4 habis. Dan sedang saya seronok "berenang" dalam lautan ilmu, satu tajuk kecil membuatkan saya teringat akan seseorang. "Perbankan Islam Mahal"

Saya dan hubby pernah bertemu dengan seorang hamba Allah yang berpangkat Dr. Atas sebab2 tertentu kami dipertemukan. Dan bila urusan kami sedikit selesai, tiba-tiba Dr. tersebut bertanya tentang kerjaya hubby saya. Hubby saya menjawab yang dia bekerja di salah sebuah institusi perbankan Islam. Entah mengapa, Dr. tersebut sedikit melatah dan mula memberikan komen yang negatif tentang cara perbankan Islam dikendalikan. Boleh pula disamakannya dengan cara Yahudi. Astaghfirullahhalazim... Kami berdua speechless. Tapi saya tahu yang suami saya terasa. Dia pun hanya berkata bila perlu sahaja selepas itu. Tidak mahu menambah burukkan keadaan.

Oleh itu, sesiapa yg membaca artikel saya ini, harap dapat melihat perbezaan antara Perbankan Islam & juga Perbankan Cara Konvensional secara santai kenapa ianya lebih mahal. Untuk tahu lebih lanjut, saya amat2 menyarankan agar pembaca terus mendapatkan ilmu di web Dr. Zaharuddin atau membaca apa2 buku berkaitan perbankan Islam sebelum menyelar atau melatah.

"Jawapan berkenaan harga lebih mahal telah diulas dalam buku2 saya sebelum ini. Tetapi ringkasnya, cuba anda fahamkan satu senario contoh. Di sebuah kampung terpencil yang kekurangan air minuman bersih, tiba-tiba didatangi oleh 2 penjual seperti berikut:

  • Penjual A menawarkan jualan sebotol arak 1 liter yg haram dengan promosi harga murah hanya 50 sen sebotol.
  • Penjual B menawarkanjualan sebotol minuman oren 1 liter yg halal dengan promosi harga hanya seringgit sebotol.
Apa pandangan anda dalam senario di atas? Siapa yg kelihatan tidak bertimbang rasa & zalim?

Jika anda menjawab penjual B tidak bertimbang rasa, anda mungkin perlu menyemak kembali tahap keimanan & takwa dalam diri. Dibimbangi ia semakin terhakis kerana pertimbangan utama diletakkan pada benda zahir sahaja iaitu harga serta mengurangkan sedikit keutamaan pd unsur 'ghaib' atau bersifat spiritual yang boleh menghancurkan iman spt haramnya arak.

Bagi saya, tidak ada yg lebih zalim & kejam daripada menawarkan arak yg haram, malah ia menjadi lebih zalim kerana menawarkannya dengan harga yg murah sehingga menggoda & menarik ramai orang kepada melakukan yg haram.

Jangan dimarah penjual B kerana menjual dgn sedikit mahal. Kita tidak mengetahui modal & kos yg diperlukan bagi memperolehi bekalan minuman oren tadi. Sudah tentu, dia juga inginkan keuntungan di samping menawarkan pilihan minuman yg halal.

Benar, anda boleh mengatakan & memberi komen, "Sepatutnya penjual B lebih bertimbang rasa & berkorban demi menyelamatkan orang ramai daripada tergoda kepada benda haram".

Respon saya, ia tertakluk kepada sejauh mana iksan & iman penjual B tetapi apa yg dilakukan tetap halal. Bagi sebuah bank Islam pula, ia tertakluk kepada pemilik bank tersebut. Cuba anda bayangkan anda sendiri menjadi pemilik bank Islam, adakah anda bersedia untuk berniaga tanpa keuntungan? Jika anda sendiri tidak mampu, maka usahlah dikritik pemilik bank Islam yg lain."

Sumber: Diari Musafir: Jangan Berhenti Berlari. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. 2012. Galeri Ilmu Sdn Bhd. Selangor. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...