Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Siapa Mustafa Kamal Ataturk yg sebenar

Masa nampak cover ni di FB ruangan PTS, terus saya dah berkenaan nak dapatkannya.
Memang dah lama saya nak tahu salah silah si lelaki yg kononnya masa dahulu dilabelkan sebagai bapa kemodenan Turki dalam buku teks sekolah (masa zaman sayalah).

Dan apabila baca, memang saya selutelah dgn penulis buku ni. Dengan research yg dibuat dan temubual dgn orang2 di sana, meyakinkan kita yg lelaki penjatuh kerajaan Uthmaniah inilah yg membuatkan ramai orang sengsara, ramai yg kematian ahli keluarga dan yg menyebabkan kejatuhan Palestin ke tangan rejim Israel.

Banyak perkara yg dilakukan oleh Mustafa ini (nama asal dia, Kamal Ataturk tu nama gelaran aje tu) membuatkan kita tidak terfikir yg manusia sanggup memalukan Islam sehingga begitu. Tapi, nak kata apakan, dah dia pun memang keturunan Yahudi cuma menyamar aje dengan nama Islam. Tapi, cara dia memalukan manusia dan Islam itu, membuatkan hati saya sakit bila membaca buku ni.

Dan sebaik dia dilanda kesakitan yg ditimpakan oleh Allah kepadanya, saya rasa lega sangat. Biar dia tahu bahawa itu baru azab kat dunia dan masa hidup. Belum azab di hari akhirat nanti. Nak sebaik tamat baca buku ni, confirm yg mayatnya tidak diterima oleh tanah. Skarang ni (kalau ikut penulis), mayatnya diletakkan di satu tempat khas yg terletak di Ankara. Nak tahu lebih, kena tanya orang Turki lah. hehehe...

Buku ni saya beri 4 bintang setengah. Sebab apa tak bagi 5 bintang? Sebabnya saya tak sampai hati bila membaca cara dia memalukan agama Islam, wanita, azan & al-Quran ketika pemerintahan si Mustafa ni. Tapi, gaya penulisan Abdul Latip Talib memang best.

Pasangan Hidup & Rakan2 yg baik

Hari ni saya nak kongsikan sedikit artikel dari buku Dr. Danial Zainal Abidin. :)


Pasangan hidup kita adalah sumber kekuatan & ketenangan bagi diri kita. Allah berkata dalam surah al-Rum ayat 21, "Di antara tanda kebesaran Allah ialah Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikan di antaramu perasaan kasih sayang & belas kasihan".

Nabi Muhammad saw ketika bertemu Jibrail buat kali pertama di Gua Hiraqterus diserang ketakutan & beliau kembali ke rumahnya di Mekah. Isteri beliau, Saidatina Khadijah menyejukkan hati beliau dengan kalimah-kalimah ransangan yang mendamaikan iaitu, "Allah tidak akan menyusahkan kamu kerana kamu selalu menghubungkan tali persaudaraan, selalu menolong golongan susah, selalu memuliakan tetamu & menolong mereka yang berada di atas kebenaran".

Rakan2 yang baik juga sumber kekuatan. Menurut Muslim & Ahmad, Nabi Muhammad saw berkata, "perumpamaan orang mukmin di dalam kasih sayang, belas kasihan & tolong menolong sesama mereka adalah seperti satu badan, jika salah satu anggotanya sakit, seluruh anggotanya juga sakit sehingga terpaksa berjaga malam & menderita deman".

Menurut Bukhari & Muslim, Nabi Muhammad saw berkata, "rakan yang baik adalah seperti penjual minyak kesturi. Dia mungkin memberikan sedikit minyak itu kepadamu ataupun kamu boleh membeli terus minyak itu daripadanya. Paling kurang kamu dapat mencium bau minyak wanginya".

Sumber: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Edisi Kemaskini). Dr. Danial Zainal Abidin. 2011. PTS Millenia. Batu Caves, Selangor.

Sedihnya hati...

Hari ni mood saya tidak begitu baik. Panggilan telefon yang mendesak saya membuat sesuatu yang tidak suka bermula kembali. Sudah saya terangkan yang saya tak mahu dan saya suka apa yang saya lakukan sekarang ini, tapi masih tidak mahu memahami.

Mana perginya hati yang lembut itu? Mana perginya sikap yang perlu menyokong perkara baik yang saya lakukan? Malukah dengan apa yang saya lakukan sekarang ini? Tidak glemerkah apa yang saya kerjakan sekarang ini? Apabila saya sudah redha dan suka apa yang Allah lorongkan pada saya mengapa masih ada sangsi?


Hati saya sekarang ini seumpama seperti daun-daun yang gugur dalam gambar di atas. Ianya berguguran tatkala mendengar saranan yang sudah hampir setahun lebih saya tidak dengar. Saranan yang membuatkan hati saya walang, geram, marah dan macam-macam lagi bercampur gaul. Dah macam rojak aje.

Ya Allah, pandulah aku ya Allah. Lembutkanlah hati 'dia' untuk memahami. Setelah 5 tahun lalu saya menuruti kehendak'nya' yang menjerat saya, masakan sekali lagi hendak dituruti. Saya takut ia akan berlaku sekali lagi. Kesan yang hampir serupa. Tolonglah hambamu ini ya Allah...

Moga dia tabah & berbahagia...


Saya rasa terkejut dan kasihan mendengar cerita daripada rakan lama saya tentang rakan kami yang seorang ni. Sebetulnya saya & hubby beraya ke rumah seorang rakan sekolah saya. Dah bertahun tak jumpa, tu yang ada rezeki saya terus ajak hubby pi jumpa dia & keluarga.

Sedang kami berbual-bual, tiba-tiba dia bercerita tentang rakan lelaki yang saya kenal sewaktu di sekolah dulu. Pernah juga saya sekelas dengan dia beberapa kali. Bila dia bercerita tentang kisah rakan tersebut, saya sungguh-sungguh terkejut. Tak sangka yang amat dia melalui dugaan yang besar untuk dia dan keluarga. Kedengarannya keluarganya sudah tidak akrab. Ibunya tinggal di tempat lain, ayahnya di tempat lain. Adik2nya pun entah apa cerita. Dan menurut rakan saya, rakan lelaki tersebut juga sudah tidak semesra dahulu. Bila bertemu dengan orang, dia sentiasa mengelak. Kadang-kadang, rakan perempuan saya ni pun takut hendak menegur isterinya. Ialah, takut tersalah tegur, lain pula jadinya.

Bila mendengar masalah yang pernah menimpanya, saya rasa sungguh-sungguh kasihan. Dahulunya dia seorang pelajar yang baik, pintar, punya wajah yg menarik (sbb ada seorang rakan saya pernah minat dgn dia dahulu, hehehe...) & punya ramai kawan. Tapi, oleh kerana hawa nafsu & bisikan syaitan kadangkala membuatkan anak adam tertewas, maka dia serta keluarga turut menjadi salah seorang mangsanya.

Apa yang saya harap & doakan, moga rakan lelaki saya ini sentiasa tabah, kuat semangat dan Allah sentiasa melindunginya. Moga dia sabar menjalani kehidupan di dunia ini.... Amin...

Drama Keimanan Cinta sweet sangat...

Sejak minggu lepas saya dah terperasan gazet iklan drama Keimanan Cinta ni. Saya suka tengok gazet dia first sebab lagu Afghan yang bertajuk Padamu Ku Bersujud. Second, saya tengok cerita dia macam okey. Dan hari Ahad baru ni, saya uploadlah gambar-gambar novel untuk blog belidiskaun, dan akhirnya bila saya upload gambar ni saya terperasan sinopsisnya. 'Eh, kenapa macam sama aje watak cerita ni dengan cerita baru kat tv tu?'

Bila gazet iklan kat tv dimainkan sekali lagi saya teliti. Sah. Memang cerita yang sama. Dan nasib saya baik sebab saya dapat gak tengok ceritanya (walaupun tak dari awal). Setelah beberapa ketika menonton, conclusionnya saya suka cerita ni. Sweet... Lakonan mereka pun tak terlalu kaku.


Bila saya tonton dengan hubby tadi, hubby saya memang saje aje. Ada aje yang tak kena ayat-ayat pelakon tu. Mana taknya, saya akui apa yang hubby kata tu betul, cuma pada saya ketika ini, saya nak tengok cerita tu sebab suka dan saya anggap itu adalah kelemahan biasa bagi mana2 drama atau filem (logiknyalah takkan semua pelakon tu nak ikut apa yg tertulis kat dlm buku kan. mesti penulis skrip dah olah punya).

Geram punya pasal sebab hubby asyik usik aje, saya tekup mulut dia kejap. Mana taknya, saya nak dengar pelaokn bercakap. dia pun nak bercakap. Alihnya saya tak dengar bijik butir orang tu berkata. Hehehehe...

Nampak gayanya lepas ni, bertambahlah koleksi buku yang saya dok senarai nak baca (apa2 pun kena ikut bajet).

To all people out there, jangan lupa tonton. Bagi saya cerita ni agak Islamik (dah mmg buku Galeri Ilmu, mestilah islamik kan), sweet dan buat saya tak sabar untuk menontonnya pada minggu-minggu akan datang. Plus, lagu tema cerita ni pun sedap. :)

Ni lah novel bagi drama Keimanan Cinta ni. Jangan lupa dapatkannya ya di Belidiskaun...

Drama Secret Garden yg melawan arus budaya Korea


Saya tonton drama ni sebabnya sebelum ini ramai rakan-rakan saya yg suka menonton drama Korea menyarankannya. Mereka katadrama ini best. Jika lihat di web drama crazy juga, ianya dalam ranking ke-7 cerita paling diminati.

Untuk 5 episod awal cerita ni, ianya agak slow. Masuk CD ke-2 (episod 6-10), saya dah mula rasa ceritanya mula rancak tetapi sakit hati aje bila tengok hero dia yang 'stupid pround'. Heroinnya pula, kejap suka, kejap tak suka. Kejap kata nak lari, kejap kata nak bercinta balik. Gerammmm aje saya tengok. Tapi oleh kerana dah tonton, mestilah saya nak tahu ending dia, plus nak tahu juga kenapa cerita ini orang kata best.

Bila makin nak abis, makin menarik. Saya tak sabar nak tahu happy endingnya. Tapiiiiii... hmmmm... endingnya boleh saya concludekan benar-benar melawan arus budaya orang di Korea yg saya tahu.

Boleh saya katakan ceritanya macam 'Anakku Sazali'. Meskipun kita tahu ibu bapa kita tidak suka atau berkenan dengan pilihan mereka, kita sebagai anak dan dalam agama Islam, hendak tak hendak perlu berusaha memujuk mereka dengan cara terbaik. Jika mereka masih tidak merestui juga, dan kita mengambil langkah mengikut kata hati, pasti di masa hadapan hubungan suami isteri kita akan bermasalah. Dan ianya akan berjangkit kepada zuriat keturunan kita selagi mana ibu bapa kita masih marah dan tidak suka.

Bukan apa, saya teringat kata-kata Rasulullah s.a.w. Syurga anak lelaki adalah di bawah ibunya. Suka atau tidak dia mesti menghormati dan patuh kepada ibu mereka selagi mana tidak menyalahi tuntutan agama.

Untuk cerita ini, hero n the family boleh dikatakan taikun dalam perniagaan. Heroinnya pula seoang stuntwoman dan anak yatim piatu. Mereka bertemu dan ter'switch' badan antara satu sama lain. Macam cerit Freaky Friday. So, banyaklah halangan mereka. But at the end, halangan paling utama mereka ialah ibu si hero. Macam2lah yg dibuat untuk menghalang. Tapi si hero n heroin tetap juga nak bersama dan berkahwin tanpa restu ibunya atas dasar cinta yang mendalam. Dan ibunya telah mendoakan depan si hero yg perkahwinan mereka akan bahagia untuk beberapa tahun dan kemudiannya bakal menghadapi masalah. Dia juga cakap, dia hanya akan melayan cucu2nya sahaja tanpa menerima menantu perempuan sehingga mati. Aduhai... kalau kita sebagai seorang Islam mendengar statement ini dari ibu kita sendiri, apakah perasaan kita? Sanggupkah kita mengenepikan segalanya hanya kerana cinta? Boleh pastikankah tindakan kita itu betul dan yang paling penting diredhai Allah dan disukai Rasul?

Dalam drama ni juga turut menyelitkan tentang hubungan gay, bercium pada kadar yg tidak sepatutnya (utk sebuah cerita korea). Hmmm... bab ni saya tak nak ulas lebih lanjut. Kita semua lebih maklum.

So, conclusionnya, drama ni tidak memaparkan kehidupan masyarakat korea secara umumnya. Ianya agak lari lebih kurang 45% daripada realiti. Dan untuk drama ini, saya hanya beri 2.5 bintang sahaja. Still, tidak dapat melawan drama cinta Winter Sonata. Apa-apa pun, itu persepsi dan pendapat saya untuk Secret Garden. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...