Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Langkah-langkah menzahirkan cinta kepada pasangan

Selamat pagi Jumaat semua... Moga dilimpahi rahmat Allah dan ceria-ceria selalu.

Hari ni, saya nak kongsikan tips menarik untuk pasangan berkahwin (untuk anak2 kecil boleh tambahkan ilmu sahaja ya, nak praktik kena tunggu dah besar n berumahtangga... hehehe...). Artikel kali ni saya ambil dari buku Telaga Biru yang ditulis oleh Ustazah Nor Bahyah Mahamood. Walaupun ada segelintir tidak menyetujui beberapa perkara tetapi yang pastinya apa yang cuba diterapkan membawa kebaikan demi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

  1. Panggilan suami isteri: Gunakan panggilan yang baik seperti abang, sayang, manja, darling, honey dan ayang. Elakkan memanggil dengan panggilan emaknya, ayahnya, abahnya dan lain-lain. Rasullullah s.a.w. sendiri memanggil isterinya Aisyah r.a. dengan panggilan si pipi merah delima.

  2. Bantu membantu: Realiti hidup hari ini suami isteri sama-sama bekerja. Jadi, teramat relevan suami dan isteri saling membantu melaksanakan kerja rumah.

  3. Berkomunikasi dan berhubung: Lebih banyak kita berkomunikasi, lebih banyak kita akan memahami pasangan. Banyakkan ber'sms' dan menelefon pasangan bila berjauhan.

  4. Hadiah: Hadiahkan sesuatu pada pasangan terutama pada hari-hari bersejarah dalam kehidupan seperti anniversary, hari jadi dan lain-lain. Hargai pemberian pasangan tidak kira mahal ataupun murah. Yang penting nilai yang tersirat bukannya tersurat.

  5. Mengubah suasana: Contohnya, suami membawa isteri makan di tempat-tempat yang romantik hingga menyemarakkan lagi suasana cinta di alam rumahtangga.

  6. Menjaga lidah: Manusia itu dinilai melalui dua anggota kecil iaitu hati dan lidahnya. Jadi, suami isteri mestilah menjaga lidah agar tidak mencalarkan kebahagiaan mahligai yang dibina bersama.

  7. Galakkan minat dan hobi pasangan: Jangan melarang pasangan anda meneruskan hobi yang diminati. Jika dia minat bersenam, maka temanilah pasangan anda bersenam. Beri galakan padanya.

  8. Ucapan tanda penghargaan: Ucapkanlah terima kasih atau I love you jika pasangan membantu anda atau sewaktu berehat bersama-sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...