Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sup Yong Tau Foo


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sup Yong Tau Foo yang boleh dibuat di rumah. Takyah pening-pening nak beli kat luar.

For the 1st time saya buat menu ni. Selalunya beli kat pasar malam. Dek kerana kat sini susah nak dapat Yong Tau Foo sedap, makanya gigih akak cari resipi. Alhamdulillah... Jumpa kat blog ummizzkitchen.
Ini resipinya.

Bahan:
3 1/2 liter air
1 cawan ikan bilis, dibasuh & toskan
1 sudu besar lada putih
6 ulas bawang putih diketuk
2 kiub pati ayam
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan periuk pada api sederhana & masukkan bawang putih (masak tanpa minyak). Masak seketika & kemudian masukkan air, ikan bilis, lada putih & kiub pati ayam. Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan gula & garam secukup rasa. Renih sup dalam 1 jam & kemudian tapis airnya ke dalam periuk lain. Siap.

p/s: jika nak celur bahan2 Yong Tau Foo lain, boleh aje masuk dalam periuk sup yg dah ditapis. .

Agar-agar milo dan oreo @ milo & oreo pudding


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dah seminggu cuaca agak panas di Nilai. Hujan pun tiada. Tetiba tekak pun rasa nak makan benda sesejuk. Dan bila singgah ke web @bisousatoi , nampak resipi agar-agar milo dan oreo ni. Nampak sedap. Makanya for the 1st time buat, Alhamdulillah jadi. Semua suka.

Ini resipinya. Jika anda tidak suka Milo, boleh gantikannya dengan coklat masakan. Takde hal punya.

Bahan:
1 paket agar-agar (serbuk/bertali) (Saya guna bertali 30gm)
1.1 liter air
180g Sugar
1 tin susu cair (evaporated milk)
3/4 cawan milo
1 pek biskut Oreo (boleh aje nak guna Oreo putih / coklat intinya - pecahkan menjadi kecil tapi still keep intinya.

Penyediaan:
1. Masak agar-agar & air sehingga agar-agar mencair. Kemudian masukkan gula & masakkan ia hingga cair. Masukkan pula susu & kacau sebentar. Setelah mendidih, tutup apinya.
2. Asingkan 3 cawan adunan tadi ke dalam periuk kecil. Kemudian, masukkan serbuk Milo. Kacau hingga Milo mencair.
3. Sediakan 1 atau 2 bekas untuk meletak agar-agar.
4. Pertama, tuang 1-2 senduk adunan Milo (jika bekas besar tambah sukatan) ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk sebentar dalam 2-3 minit / lapisan agar-agar licin tidak melekat. Kemudian, tuang adunan warna putih di atasnya. Selepas itu, taburkan pecahan Oreo di atasnya. Biarkan seketika dalam 5-6 minit & kemudian tuang lebihan milo di atas lapisan putih tadi.
5. Biarkan ia sejuk sebentar & masukkan ia ke dalam peti air. Biarkan ia sejuk sekurangnya 2 jam. Agar-agar milo dan oreo siap.

Tips ketika membuat lapisan:
* JANGAN tunggu hingga lapisan menjadi betul2 sejuk sebelum letak adunan kedua. Ini kerana ia tidak akan melekat. Namun, jika ia terjadi, gariskan dengan garfu sedikit permukaannya sebelum menuang. Ia akan membantu melekatkat adunan.

Taugeh tauhu & kucai.



Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Taugeh, tauhu dan kucai, menu sayur yang mudah dan murah untuk anda masak.
Family encik hubby suka menu ni, tapi saya kureng. Udahnya, saya petik aje ulam raja depan rumah bila nak makan nasi dengan sayur.

Bahan:
2 keping tauhu
2 genggam taugeh
1/2 cekak kucai kerat pendek
1 biji bawang besar hiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 batang cili merah dihiris
3 sudu besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Sekeping tauhu potong 12. Bersihkan taugeh. Bersihkan kucai. Toskan semuanya.
2. Panaskan minyak & tumis bawang besar, bawang putih & cili merah hingga sedikit garing. Masukkan pula sos tiram & kacau sebentar. Kemudian, masukkan pula kicap & air. Kacau sebentar & biarkan ia mendidih.
3. Masukkan pula taugeh, daun kucai & tauhu. Kacau hingga semua rata & parasakan dengan sedikit garam. Kacau sebentar & siap untuk diangkat sayur taugeh tauhu dan kucai letak dalam pinggan bersih.

Sandwich Sardin


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sandwich sardin yang sedap dimakan tak kisah bila masa pun.
Untuk menu ni, letak aje sayuran apa yang suka, roti apa yang ada. As long ia jadi menu yang sedap untuk sarapan, minum petang mahupun kudapan.

Resipi sardin:
1 tin ikan sardin (tak kisah jenama apa)
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 tangkai cili merah didadu
2 sudu besar jus limau kasturi
Garam & gula secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah panas, masukkan bawang besar & masak seketika. Masukkan pula isi sardin bersama sosnya. Pecah-pecahkan isinya dalam kuali & gaul seketika. Biarkan ia masak
2. Setelah sedikit mendidih, masukkan cili merah & jus limau kasturi. Gaul sebentar & masukkan garam gula secukup rasa. Kacau seketika & biarkan ia mendidih dalam 2-3 minit. Kacau & siap.

Burger Ayam Panggang @ Grill Chicken Burger.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu burger ayam panggang ni agak mudah untuk anda cuba. Yang penting, perap ayam tu sekurangnya 2 jam. So, kita akan dapat burger yang lain dari yang lain (selalu goreng, kali ni panggang). Aroma dia, juicy dia, sedap dia, memang next level. Peminat burger mesti suka.

Bahan:
Untuk coleslaw:

1 cili hijau dibelah dua & dihiris
1/2 biji kubis hijau dihiris sederhana nipis
1/2 biji kubis ungu dihiris sederhana nipis
1/2 cawan susu
1/2 cawan mayonis
1 sudu kecil cuka
1/4 sudu kecil smoke paprika
1/4 sudu kecil garam
3-4 helai daun bawang dihiris kasar (boleh guna daun ketumbar jika suka)

Untuk ayam:
2 sudu besar minyak sayuran
3 bahagian dada ayam yang diperap dengan rempah anda suka (boleh guna garam, lada hitam, serbuk kari, serbuk cili, oregano, lada sulah dll)

Penyediaan:
1. Untuk salad/slaw: Dalam satu mangkuk besar, campurkan cili hijau, kubis hijau & ungu. Gaul. Dalam mangkuk kecil, masukkan susu, mayonis, cuka, paprika, daun bawang & garan. Gaul mesra & kemudian tuang bahan basah ke dalam sayuran. Gaul mesra lagi & kemudian letak dalam peti ais sehingga nak makan.
2. Untuk ayam: Panaskan minyak dalam kuali kecil. Setelah panas, masukkan ayam & masak ia dalam 3-4 minit setiap bahagian. Terbalik-balikkan ayam bagi masak sepenuhnya. Ketepikan. Bila dah sejuk sikit, hiris.
3. Untuk Burger: sapukan mentega pada roti burger yang dibelah & panaskan atas kuali. Setelah selesai semua, sapukan mayonis di roti bahagian bawah, letak hirisan ayam, hirisan tomato, coleslow & parutan keju. Jika suka, letakkan sos cili di bahagian atas. Siap burger ayam panggang @ grill chicken burger kita.

Menu Jantung Pisang & Air Asam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Jantung pisang & air asam. Menu ni tak semua orang suka. Saya dulu pun kureng skit. Tapi lepas kahwin, saya belajar untuk memasak sesuatu yang lain (sometimes kita kena keluar dari comfort zone). Ilmu baru tu dari Allah untuk semua wanita, so hargailah sangat-sangat ya :)

Bahan:
1biji jantung pisang
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besae minyak masak

Penyediaan:
1. Buang kulit keras dijantung pisang dan tinggalkan yang lembut (bahagiannya agak cerah sedikit).
2. Belah 2 & rebus dalam air, berisi garam & minyak. Masak guna api sederhana dalam 15-20 minit atau bila dah empuk. Angkat & toskan.

Bahan air asam:
12-15 tangkai cili padi
2 inci belacan bakar
1 biji bawang besar
1 sudu besar asam jawa
1/2 cawan air masak
3 biji limau kasturi
Gadam & gula secukup rasa

Penyediaan:
1. Tumbuk atau kisar kering cili padi, belacan bakar, gula & garam. Kemudian, dalam bekas lain, masukkan asam jawa dengan air masak, gaul & toskan bijinya. Masuk dalam campuran cili tadi & tumbuk/kisar.
2. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika pekat hingga anda rasa sedap. Siap menu jantung pisang dan air asam kita. 

Fish & Chips, Resipi Mudah yang semua orang boleh buat.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Selamat Tahun Baru 2019.
Baru hari ni saya sempat update di blog. Sibuk skit dengan urusan kerja lain yang memerlukan pemerhatian. Anyway, jika ada antara anda yang nak resipi terkini, boleh aje ke Instagram saya, alfisyahrinamolis untuk follow. Lebih cepat saya tepek di IG berbanding di blog :)

Dan kali ni, saya kongsikan resipi fish & chip yang dibuat oleh encik hubby. Bila dia rajin, kita biarkan aje, hehehe... 
Alhamdulillah sedap encik hubby masak. Licin wife dia bedal. Haruslah nikmati apa yang dihidangkan kan.

Sometimes, cooking make us release our tension doing the same job all the time.
Cooking also make us learn mistake + it's a learning process to understand small little things contribution.

Bahan utk buat saduran ikan:
4 keping ikan siakap tanpa tulang (suami beli di Giant je)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garlic powder
2 biji telur suhu bilik
Minyak untuk menggoreng (disarankan kalau goreng banyak, jangan guna minyak sayuran. Minyak cepat hitam & saduran akan cepat menghitam)

Penyediaan:
1. Potong ikan saiz yang diingini. Ketepikan.
2. Masuk semua bahan kering dalam satu mangkuk. Gaul. Ketepikan. Pecahkan telur dalam mangkuk & kocak. Ketepikan.
3. Panaskan kuali guna api sederhana & masukkan minyak dalam 2-3 cawan. Ia bagi memastikan ikan terendam bila memasak.
4. Setelah minyak panas, sadurkan ikan dengan campuran tepung & kemudian telur & tepung semula. Goreng ikan sehingga warna keemasan. Terbalikkan sekali sekala. Angkat & toskan.

Hidangkan fish and chips ini dengan kentang goreng, coleslaw (yang ni anda boleh buat sendiri juga) & sos tartar / mayonis.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...