Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 31 Julai 2013

5 bintang untuk kembara 'Di Mana Bumi Dipijak'


Assalammualaikum semua...
Petang-petang sambil tunggu waktu berbuka ni, saya nak maklumkan yg 1 lagi buku telah mencapai tahap 5 bintang melalui pembacaan saya. Buku ini dah lama dibeli cuma masa untuk membaca tu 'kureng' mengizinkan. Jangan katakan kerja, buku lain yang dibeli pun tunggu masa untuk dibaca (punyalah banyak stok, bacanya aje yg blm sempat lagi. hehehe...)

Buku ini mengisahkan tentang kembara penulis merantau ke banyak tempat di dunia. Antaranya seperti Turki, Bosnia Herzgovina, Makkah dan Madinah, Syria, daerah-daerah di negara China, Thailand, Australia dan Bangladesh. Cara penceritaan dalam buku ini membuatkan saya berasa seperti dapat merasai sendiri keunikan dan kecantikan tempat yang dilawati. Bukan itu sahaja, saya seolah-olah turut dapat merasa kemesraan penduduk tempatan yang ditemui oleh penulis. Senyuman mereka, tutur kata mereka, tingkah mereka, tanpa sedar telah membuat saya tersenyum dan berasa teruja untuk bertemu mereka. Nak tahu kenapa saya senyum & teruja? Buku ini turut menyelitkan sekali wajah penduduk tempatan yang ditemui penulis dan gambar-gambar tempat-tempat yang dilawati atau ziarah. Saya rasa seolah-olah saya dah melancong ke semua tempat melalui buku ini.

Perkongsian kisah penulis ini telah turut sama membuka minda saya tentang beberapa perkara. Salah satunya tentang ilmu. Menurut penulis, "Ilmu itu rahmat & jahil itu tanda keruntuhan. Setiap orang Islam yang baik akan sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuannya terutama ilmu-ilmu yang membantu mendekatkan mereka kepada rahmat & kasih sayang Allah."Aduhai... rasanya tentang ilmu agama, saya memang tidak sebagus mereka yang belajar di sekolah agama atau memang dididik dengan pendidikan agama yang terbaik. Namun, semakin saya meningkat dewasa, Alhamdulillah, Allah tunjukkan saya beberapa perkara yang perlu saya perbaiki dan bertemu dengan orang yang dapat membantu saya menuju kepadaNya dan Baginda Rasul s.a.w. Moga Allah sentiasa melorong saya dan memberi saya kekuatan.

Saya bersetuju dengan penulis di akhir buku ini. Kembara akan mendekatkan diri seseorang bukan sahaja kepada dirinya sendiri bahkan kepada alam sekeliling dan yang paling penting sekali kepada Allah. Di sini, konsep tawakal atau berserah diri sepenuhnya kepada Allah amat penting. Hanya Dia tempat bergantung di kala kita susah atau terkapai-kapai.

Untuk saya huraikan buku ini dengan lebih terperinci, rasanya tidak adil. Hilanglah 'surprise'nya. Namun, dalam banyak-banyak tempat yang dilawati penulis, 3 tempat yang saya suka pemandangan ciptaan Allah yang diselitnya. Pertamanya, sudah tentu Masjidil Haram & Masjid Nabi, keduanya di Mae Long di utara Thailand dan juga Bagdad Cafe di Syria (tapi rasanya mana mungkin saya dapat ke sini pada waktu pergolakan ini. Tempat itu pastu sudah hancur dibuat oleh askar Assad).

So, people out there, atau mereka yang suka mengembara, saya amat-amat sarankan untuk anda membaca buku ini. Bukan sahaja bagus untuk perkongsian ilmu tentang tempat-tempat tersebut tetapi ianya lebih dari itu. Meh saya kongsikan a few pictures yang saya ambil dari 'pakcik google' antara tempat yang dilawati oleh penulis.

Bosnia Herzagovina

Selat Bosphorus, Turki

Pemandangan dari Bagdad Cafe, Syria

Mae Salong, Thailand

Isnin, 29 Julai 2013

Resipi spaghetti yang disukai tua muda. eceleh...

Spaghetti. Makanan barat yang ada kala tak masuk dek tekak orang tua kita atau kanak-kanak. Namun, Alhamdulillah, setelah beberapa kali masak, akhirnya ayah & mak mertua saya serta anak2 sedara dah boleh masuk dengan rasa spaghetti ni. Kalau tidak dulu, 1st time saya masak, boleh anak sedara saya sorang ni makan dengan KICAP. Aduhai... bersungguh-sungguh maksu dia masak kuah, dia bantai kicap aje. Sabar ajelah. 

Tapi apabila mereka semakin membesar dan setiap 3 atau 4 bulan sekali saya masak makanan ini, akhir, tekak mereka menerima. Termasuklah mertua saya. :) (senyum sampai telinga ni... hahahaha...)
Meh, saya kongsikan resipi yang berjaya menambat selera mereka.

Gambar ehsan encik google

Bahan-bahannya:
1. 1 paket spaghetti (boleh pilih sama ada nak yang biasa atau nak angel hair)
2. 1 keping daging cincang Ramlee atau apa sahaja brand janji HALAL
3. Bebola daging dalam 20-25 biji atau ikut suka.
4. 1 tin sederhana besar tomato puri
5. 1 tin cendawan butang dipotong dadu atau dihilir melintang
6. 1 kiub pati ayam maggi
7. 4 batang saleri dipotong kecil
8. 1 biji bawang holland dipotong dadu
9. 2 ulas bawang putih dicincang halus
10. 1/2 camca serbuk oregano atau jika ada yang original, lagi bagus
12. 1/2 camca serbuk daun selasih atau ada yang original 1 helai sahaja.
13. Sos cili setengah botol (jika suka pedas, bolehlah tambah lebih sikit)
14. 1/3 tin susu cair
15. Garam & gula secukup rasa
16. Keju Parmesan atau Mozarella (ikut suka)

Cara-cara memasak:
1. Celur spaghetti dalam air panas mendidih sehingga lembut. Jika ikut petua makcik saya, nak tau spaghetti tu dah masak ke belum (saiz yg tebal), amik sedikit dan cuba baling di dinding. Jika melekat, sure dah masak. Hehehe...
2. Toskan spaghetti dan gaul ia dengan sedikit minyak masak atau minyak jagung agar ianya tidak melekat bila sudah sejuk.
3. Untuk sosnya, tumis bawang holland & bawang putih dengan minyak panas di dalam kuali atau periuk besar. 
4. Setelah naik bau dan sedikit garing, masukkan daging cincang ke dalam kuali. Kacau sehingga daging kelihatan sedikit masak. Kemudian, masukkan cendawan butang dan daun saleri dan kacau dalam 2-3 minit.
5. Masukkan sos tomato puri dan tambahkan 1 tin lagi air kosong ke dalam kuali. Masukkan pula sos cili & kiub pati ayam maggi & bebola daging dan gaul sehingga mesra. 
6. Apabila kelihatan sudah mendidih, masukkan susu cair. Ia bagi bertujuan melemakkan sedikit kuah spaghetti. Gaul sehingga mesra.
7. Kemudian, masukkan garam & gula secukup rasa. Masukkan pula, oregano & daun selasih (basil) ke dalam kuali. Kacau sehingga sebati dan daging sedikit lembut. Matikan api dan bolehlah dimakan bersama spaghetti dan parutan keju parmesan atau mozarella. 

Happy Cooking... :)

Jumaat, 26 Julai 2013

My 1st attempt making Nasi Minyak... :)

Alhamdulillah, 1st time saya buat nasi minyak dan jadi. Senyum aje sambil taip entri ni. Hehehehe...
Saya akui, saya memang tidak pandai sangat masak memasak ni. Kekadang jadi kekadang hancus. Bila jadi, mestilah sukakan. Cuba kalau fail, tidakkkkk....

Meh saya kongsikan resipi Nasi Minyak yang diambil dari blog Tiffinbiru Che Mat. Thanks a lot Che Mat for sharing your knowledge on cooking. Amat bermakna buat saya yg biasa2 aje memasak ni :)

Gambar ehsan dari encik google.

BAHAN-BAHANNYA :
4 cawan beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
4 camca besar minyak sapi
4 cawan air
1 biji bawang besar, hiris halus
2 helai daun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih*
4 cm halia*(*kisar halus)
2 camca teh garam
Secubit gula
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih#(#rempah tumis)
Sedikit pewarna kuning atau warna hijau (mana yg adalah)

** Oleh kerana family saya ramai, saya triplekan bahan2 di atas **

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis rempah tumis dan bawang besar hingga harum dan bawang layu. 
2. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuang air dan biar mendidih.
3. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, padam kan api dan tuang dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan masak seperti biasa.
4. Bila nasi kering, buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning@hijau, tabur kismis dan daun ketumbar jika suka. Biar nasi betul2 masak.
5. Gemburkan perlahan menggunakan garfu, cukup sekadar bahan tadi bergaul mesra. Tabur bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, gajus sebelum menghidang.

Happy cooking everyone...

Ahad, 21 Julai 2013

Berbekam, akupuntur & yumeiho menyihatkan badan

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda, "Penyembuh itu terdapat pada 3 perkara: Berbekam (untuk mengeluarkan darah), minum madu, al-kayy (tuaman dengan besi panas), Aku menegah umatku daripada al-kayy."
(Riwayat al-Bukhari)

Assalammualaikum semua pembaca.

Kali ni saya nak kongsikan satu entri menarik. Dah hampir 3 minggu saya sakit bahagian bahu kiri dan pangkal tengkuk. Rasanya seminggu sebelum puasa. Ingatkan kejap ajelah sakit. Tapi bila dah semakin lama semakin rasa tak selesa dan paling teruk bila nak bangun tidur dan beri salam ke arah kiri. Allahu akbar, hanya Dia yang tahu. 

Entah macam mana, hari Jumaat lepas saya terbaca buku tentang 101 Hadis Pengubatan Rasulullah dan terbaca tentang bab bekam, madu dan merawat dengan tuaman panas. Rasanya Allah nak beri ilham, petangnya bila suami balik, saya maklumkan saya nak cari tempat berbekamlah. Mana tahu sakit bahu saya hilang + dapat juga ikut sunah Rasulullah s.a.w. Ada banyak kelebihan berbekam bila saya baca buku tu. Itu yang buat saya nak cuba (sebenarnya masa habis sekolah dulu pernah berbekam di dahi sebab nak hilangkan jerawat tapi di badan tak pernah lagi). 

Dan pagi semalam, Sabtu, saya saje google tempat rawatan bekam di Nilai. Dan Alhamdulillah ada. Tempat yang saya call pertamanya, Pusat Bekam Nabawi di Nilai Impian, ada buat bekam, akupuntur & yumeiho. Tapi bekamnya hanya untuk lelaki. So, saya carilah yang lain. Dan Alhamdulillah, ada satu di Nilai Perdana. 

Suami hantar saya ke pusat bekam untuk wanita tu dahulu baru dia ke tempat Bekam Nabawi. Masa juru bekam tu bekam saya untuk tempat pertama, di bahagian pangkal tengkuk (boleh lihat di gambar bawah), aduhai, rasanya bila cawan transparent tu melekat kat situ, rasa macam kena cubit kuat sangat. Sampai saya terngaduh sekejaplah. hehehe...


Tapi, bila dah letak di semua badan, rasanya macam ok aje. Cuma keadaan rasa di belakang kulit belakang yang kena bekam tu macam ketat. But still, saya masih boleh berborak dengan juru bekam tu lah. Lebih kurang dalam 10-15 minit, aktiviti berbekam pun selesai. Masa dia tunjuk darah saya yang berbekam tu, hamik kau, darah tu macam kenyal ala2 macam rupa tau fu fa gitu (cuma versi darahlah kan). Yang paling teruk di bahagian pinggang saya. Allahu Akbar. 3 tempat di bahagian pinggang, semuanya sama. Kat tempat lain ok lagi. Juru bekam tu kata yang saya dah mula ada masalah kolestrol, angin, buah pinggang. Yang lain ok lagi. Perasaan saya masa tu ada rasa lega campur rasa nervous. Ish, bagaimana ni? Apa nak kena buat ya. Tapi saya fikir, insyaAllah, mesti ada cara nak ubati sebab dia baru nak start sakit. Nasib tahu lebih awal.

Kelebihan bekam ni yang saya rasa, selepas bangun tidur untuk solat asar, bahagian badan ada rasa macam lega dan ringan sikit. Tapi tak tahulah bagaimana dengan keadaan dalam badan. Harap2nya semakin baik . 
Tapi, yang kurang enaknya, tengkuk saya dan bahu still sakit. Dan oleh kerana hubby saya cuti hujung minggu, saya minta dia whatsapp tempat dia bekam tadi. Sebab juru bekam lelaki tu boleh buat akupuntur dan urut sikit di bahagian bahu (bukan apa, dia tak berapa selesa buat untuk perempuan). Alhamdulillah dia kata ok bila hubby saya minta tolong. 

Kami pun pergi ke tempatnya pagi tadi. Dia check tapak tangan saya dulu. Bukan tilik nasib tau tapi tilik tahap kesihatan kita melalui tapak tangan. Bila dia buat begitu, saya terfikir tentang apa yg Nabi minta bakal ibu bapa mertua dan lelaki lihat muka dan tapak tangan seorang wanita sebelum berkahwin. Rupanya ada ilmu di situ yang kita tidak tahu. Meh tengok kat gambar bawah. Mungkin kita boleh check sikit untuk diri sendiri. 


Bila juru bekam tu check tangan saya, nak mula kata masalah dalaman badan saya. Saya tekanan darah rendah. Saya angguk. Memang dah lama kena sejak dari belajar dulu cuma tak stabil. Dia kata saya ada masalah kolestrol dan angin. Saya angguk. Sama macam juru bekam perempuan tu kata semalam. Dan yg dia sebut selepas tu, memang saya terkejut dan tak tahu. Dia kata saya ada masalah tulang belakang dan masalah buah pinggang dan juga hempedu. Tapi still masih peringkat awal. Hamik kau. Saya dah pandang hubby. Dia pun diam aje. Tak tau nak kata apa. Dia pun kata saya kurang minum air maka buah pinggang dan hempedu serta darah dalam badan, tak dapat nak beroperasi dengan betul. Masalah buang air besar pun akan bermasalah bilamana air kurang dalam badan. Dia calculate tinggi dan berat badan saya. So, dia sarankan saya minum paling kurang 3 liter air. 3 LITER AIR tu. Bukan sikit. Banyak tu....

Dia kata, biar kita buang air banyak sebab melalui air kencing tulah segala macam toksik keluar. Lepas dia dah diagnos tangan saya, dia diagnos mata pula. Dan sekali lagi, melalui mata itu, dia tahu masalah saya lagi. Weh... banyaknya hidden disease makcik... No wonderlah agaknya saya ada rasa tak selesa dengan badan dan saya masih belum dikurniakan zuriat. Allah tahu badan saya tak mampu tampung lagi.

Lepas tu, saya buat akupuntur untuk legakan urat tengkuk dan bahu yang sakit. Yang kelakarnya, bila juru bekam tu main dengan jarum akupuntur setiap 10 minit, saya dah mula menyeringai sebab kebas dan sakit sikit di tempat tertentu yang dicucuk. Settle akupuntur, saya buat yumeiho. Yumeiho ni adalah salah satu cara urutan orang Jepun. ianya sudah banyak dipraktikkan di kebanyakan negara. Tapi di Malaysia masih tidak meluas lagi kerana orang kita masih suka urut tradisional. Maka, di sinilah ada beberapa tulang makcik bila disentap, berdetup bunyinya. But, at the end, wahhhhh... badan rasa lega... Rasa semua sendi yang dulu ketat macam longgar sikit. :) Encik juru bekam ni buat pun sebab pertamannya dia kesian kat saya yang sakit dan yang keduanya, suami saya ada. Kalau tidak, dia takkan buat punya.

Inilah Yumeiho. Ini masa mula-mula dia nak buat. Sakit jugalah dia picit tengkuk dan bahu tu 

So, jika ada yang berminat, boleh lawat Facebook under Bekam Nabawi. Boleh tengok gambar untuk aktiviti bekam, akupuntur dan yumeihonya dan boleh hubungi Encik Hafiz ini sendiri. Ataupun whatsapp dia. Line phone dia kadang2 susah nak dapat line.

Moga anda sihat-sihat selalu... :)

Ahad, 14 Julai 2013

Kisah 'Hajat penguli roti'

Assalammualaikum anda semua. Kisah tentang penguli roti ini, saya baca di dalam majalah solusi isu 57. Saya baca semasa sedang menunggu azan Subuh. Dan Alhamdulillah, perkongsian kisah ini mencelikkan mata saya dan membuatkan saya terfikir betapa banyakkan kelebihan istighfar dan betapa perlunya untuk kita belajar untuk tidak menunjukkan atau menonjolkan status kebesaran kita kepada orang lain. Cukuplah Allah sahaja yg membantu kita & moga Allah mengurniakan kita ilmu yang bermanfaat agar dapat dikongsikan dengan orang lain juga untuk saham akhirat kita.


Imam Ahmad bin Hanbal dlm perjalanannya menuntut ilmu, akhirnya beliau terpaksa bermalam di sebuah masjid. Malang sekali apabila penjaga masjid menghalang beliau daripada bermalam di situ.

"Ini bukan tempat untuk tidur!" katanya.

Bukan salah penjaga masjid itu yg tidak mengenali Imam Ahmad. Beliau pula tidak memperkenalkan diri. Jika penjaga itu mengenali beliau, pasti dia tidak menghalang Imam Ahmad menumpang tidur. Walaupun beliau memujuk penjaga masjid tersebut untuk dibenarkan tidur untuk hanya beberapa jam, namun tidak berhasil.

Kemudian, Imam Ahmad mengambil keputusan berbaring sahaja berdekatan pintu masjid. Namun, di situ pun si penjaga masjid menghalangnya.

Pada masa itu, seorang pembuat roti menyaksikan peristiwa tersebut. Dia merasa simpati kepada beliau. Lantas, dia mengajak Imam Ahmad yg tidak dikenali itu untuk bermalam sahaja di kedainya. Lelaki ini adalah pengusaha sebuah kedai roti. Setelah menunjukkan Imam Ahmad tempat tidurnya, si pembuat roti meneruskan kerjanya.

Imam Ahmad tidak terus tidur. Dia memerhatikan sesuatu yg menarik pada perlakuan lelaki itu. Setiap gerakan tangannya menguli roti, diiringi istighfar yg tidak henti-henti. Imam Ahmad kagum dengan amalan pembuat roti tersebut. Beliau ingin sangat mengetahui rahsianya.

"Sejak bila engkau beristighfar seperti ini? tanya Imam Ahmad.
"Alhamdulillah tuan, sejak lama dahulu."
"Adakah engkau mendapat keuntungan dengan sentiasa beristighfar?"
Pantas dia menjawab, "Ya! Setiap hajat & permohonan saya sering dimakbulkan Allah. Cuma ada satu sahaja hajat yg belum dimakbulkan, wahai tuan."
"Apakah itu?"
"Saya berdoa agar dapat melihat Imam Ahmad bin Hanbal tetapi belum dipertemukan dengannya lagi."

Terkejut Imam Ahmad mendengar jawapannya itu. Lalu Imam Ahmad berkata, "Wahai saudara. Akulah Imam Ahmad bin Hanbal. Allah telah membawa aku untuk bertemu denganmu."

Begitulah bukti kelebihan istighfar sehingga Allah merakamkan dalam surah Nuh ayat 10-12. Dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa Nabi Nuh menggalakkan umatnya beristighfar kerana ganjarannya banyak, antaranya:

  1. Allah menurunkan hujan lebat yg dapat menyuburkan tanah-tanah mereka, sehingga menghasilkan tanaman & buah-buahan yg mendatangkan kebaikan kepada mereka.
  2. Allah akan menganugerahkan kepada mereka harta kekayaan yg banyak & beraneka rupa & ragam.
  3. Allah menganugerahkan zuriat yg akan melanjutkan keturunan mereka sehingga mereka tidak pupus. 
  4. Allah mengalirkan sungai yg berperanan mengairi kebun-kebun mereka, sehingga tanam-tanaman hidup subur & menghijau.
Walaupun wasiat ini berkaitan dengan perutusan Nabi Nuh tetapi sesuai dengan perutusan al-Quran yg manfaatnya bersifat kekal. Lihatlah, walaupun si penguli roti mempunyai hajat yg kecil tetapi Allah memakbulkannya, berkat istighfar yg diamalkan. Dalam dia sibuk menguruskan kehidupan, Allah telah memenuhi hajatnya.

Rujukan: Dr. Zahazan Mohamed. Solusi Isu 57. Halaman 121. Telaga Biru. Kuala Lumpur.

Selasa, 9 Julai 2013

Jangan memandang pada pakaian

Assalammualaikum & Selamat Menyambut Ramadhan kepada anda semua.

Tadi, masa saya sedang baca majalah solusi, tiba-tiba saya terbaca satu artikel tentang 'Hargai Ulama, Bukan Bajunya'. Perkongsian ilmu dan pandangan dalam artikel tersebut membuatkan saya mengiakan akan situasi 'judge a book by its cover' ni. Kita sering memandang orang yang berpakaian hebat, juga adalah seorang yang hebat. Jika dia berbaju kot, kita anggap dia pastinya bos sebuah syarikat yang besar, bijak dan hebat manakala jika dia berjubah labuh, berserban dan berjanggut panjang, ilmu agamanya pasti sesuai dengan status luarannya. Nyata, adakala pandangan luaran kita itu tersasar. Di sini, saya kongsikan sedikit kisah di dalam majalah solusi yang saya rasa, ramai antara kita bersikap begitu dan saya juga adakalanya tersalah anggar juga. :)


Sultan Ulama. Itulah gelaran yang diberikan kepada Imam Abdul Aziz ('Izzudin) bin Abdul Salam. Beliau terkenal kerana keluasan ilmu & kepakarannya dalam fiqah. Ketegasan beliau dalam amar makruf dan nahi mungkar membuatkan raja-raja terpaksa tunduk kepada fatwa-fatwanya.

Sultan Ulama bercerita: "Suatu hari aku dalam ihram. Aku menegur jemaah haji tentang kesalahan-kesalahan mereka dalam tawaf. Mereka tidak mengenaliku. Malangnya mereka tidak menerima teguranku. Malah mereka membalas: 'Siapa kamu untuk menasihati kami? Hanya para ulama yang boleh melakukan amar makruf dan nahi mungkar.'

'Izzudin menyambung ceritanya: "Setelah ihram, aku mengenakan pakaian kebesaran ulama iaitu serban, jubah, selendang dan lain-lain. Aku kembali menegur mereka. Kali ini mereka patuh dan taat menerima teguranku."

Kisah ini sangat jelas menggambarkan sikap manusia pada zaman ini. Ramai yang masih menilai orang lain bukan kerana ilmu dan ucapannya, akan tetapi kerana serban dan jubahnya. Seolah-olah pakaian itu menjamin keilmuannya.

Penampilan zahir sama sekali bukan cerminan ilmu dan kesolehan. Serban dan jubah hanyalah setakat baju yang dipakai pada tubuh. Mengukur keilmuan seseorang mestilah dengan apa-apa yang dia ucap, bukan apa-apa yang dia pakai. Sebab kata-katalah yang mencerminkan darjatnya dalam ilmu.

Suatu hari seorang lelaki menghadiri majlis pengajian Sulaiman al A'masy. Penampilannya sangat segak dan berwibawa. Jubahnya labuh dan janggutnya panjang. Kemudian dia bertanya kepada al A'masy tentang satu masalah remeh berkaitan solat.

Al A'masy menoleh kepada murid-muridnya lalu berkata: "Lihatlah orang ini. Janggutnya memperlihatkan seolah-olah ia menghafal beribu-ribu hadis, namun soalannya seperti budak sekolah rendah."
(Hilyat al-Awliya')

Rujukan: Hargai Ulama, Bukan Bajunya. 2013. Solusi Isu 57. Telaga Biru. Kuala Lumpur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...