Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Chipodeh @ Chicken Podeh @ Chicken Pedas Panggang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Chicken pedas panggang atau chipodeh ni tetiba aje wujud gara2 banner iklan kat Texas Chicken semalam. Iklan burger sos chipotle. Kalau ikutkan tekak Asia Tenggara, chipotle ni tak pedas mana. Pedas lagi cili padi kita, cili siam & cili di Flores, Indonesia. Itu memang tahap pedas tak hengat.

So, encik suami yang tengah diet, dia buat AYAM PANGGANG CHIPODEH ini salai atas kuali leper aje. Serious sedap. Enak makan macam tu aje, buat inti untuk tortilla hatta boleh letak atas mi goreng pedas (saya dah try tadi). Ini resipinya chicken pedas panggang @ chipodeh.

Bahan:
4 keping boneless chicken
1 cawan cili padi dikisar/ditumbuk sederhana kasar
1 sudu besar paprika
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar garlic powder
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil garam
1 sudu besar madu
Sedikit minyak zaitun untuk salai/saute atas kuali

Penyediaan:
1. 4 keping bahagian dada ayam tersebut anda cucuk dengan garfu di beberapa tempat. Ini bagi memastikan ayam yang diperap akan masuk jus bahan campuran ke dalamnya (sekeping dada ayam tu just cucuk 2-3 tempat aje). Jika nak cucuk lebih pun boleh untuk pastikan bahagian isi dalam ayam diserap bahan perapan.
2. Campurkan dalam satu mangkuk, cili padi, paprika, lada hitam, garlic powder, minyak zaitun & garam. Gaul hingga mesra & sadurkan semuanya pada ayam. Perap ayam ini sekurangnya 30 ke 40 minit.
3. Untuk menyalai atau omputih panggil 'saute', guna kuali leper atau pan yang lebar. Panaskan sedikit minyak zaitun & salai daging ayam sekeping atau 2 keping serentak. Balik-balikkan ayam tersebut agar masak & jika kelihatan kering, sapukan / sudukan sedikit baki bahan perapan tadi agar ayam lembab. Setelah sudah pasti masak, angkat chicken pedas panggang kita & biarkan sejuk seketika & boleh hiris untuk dimakan.

Potato Gratin @ Kentang Bakar dengan parutan keju


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Potato gratin, enak makan begitu sahaja atau cicah dengan roti.
Untuk anda yang tak mahu makan nasi, boleh cuba ganti dengan kentang. Kenyang juga. 
Untuk resipi ni, it takes dalam 1 jam 20 macam tu untuk siap. Bergantung pada portion kentang & tahap kegaringan yang diingini.

Jika anda suka berkuah, just guna susu & mentega aje. Tapi nak lebih pekat, anda boleh guna heavy cream atau tambah sedikit tepung (jika guna susu & mentega). Ini resipi yang ada kuah sikit.


Bahan:
4-5 biji kentang dihiris
2/4 cawan mentega cair
Sedikit mentega untuk saduran bekas
1 1/2 cawan susu
1/2 sudu kecil thyme/oregano
1/2 sudu kecil paprika
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan keju Parmesan (jika takde, ganti ajelah keju apa yang ada, kita yang makan kan...😉)
Kertas aluminum
2 loyang saiz sederhana & besar

Penyediaan:
1. Guna api sederhana, panaskan susu & mentega dalam kuali kecil. Setelah sedikit mendidih, masukkan garam, lada hitam, paprika & thyme. Kacau sebentar sehingga mendidih & tutup api.
2. Panaskan oven pada suhu 200°c.
3. Untuk bekas pembakar/loyang, sapukan mentega seluruh dalamnya. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk berasingan, masukkan kentang dihiris, kemudian tuang kuah panas tadi. Kacau sebentar & masukkan keju parmesan. Kacau hingga sekata & pindahkan kentang yang disalut tadi ke dalam loyang pembakar. Susun elok-elok & kemudian tuang baki kuah ke atasnya. Tutup loyang pembakar dengan kertas aluminum & buka sedikit hujungnya untuk kemasukan haba.
5. Letakkan loyang bertutup kertas aluminum ke dalam loyang besar. Ia untuk memastikan kuah yang akan mendidih tadi tidak merosakkan oven anda. Masuk dalam oven. Bakar dalam 40 minit.
6. Setelah 40 minit, buka kertas aluminum sepenuhnya & bakar kentang dalam 20-25 minit hingga permukaan menjadi kuning keemasan. Setelah masak, keluarkan & biarkan ia sejuk seketika. Siap dihidang dan dinikmati potato gratin kita.

p/s: jika nak rasa lain skit, boleh aje letak rempah Maggi Pedas kat dalam kuah masa masak susu tadi

Cheesy Vege Sandwich, peminat sayur mesti suka


Assalammulaikum & Salam Sejahtera, hari ni saya try buat cheesy vege sandwich ala dari India.

Bila susah sangat nak dapatkan sandwich yang marvelous sekali pandang, makanya I make my own + kakak ipar share YouTube dari India.

Bahan2 & cara membuatnya saya tepek sini.

Bahan sandwich. Jika ada yang anda nak tambah atau ganti, silakan. Ikut citarasa masing-masing.

Hiris atau potong bahan sandwich. Ini untuk inti sandwich.

Untuk inti sandwich yang dicampur tadi, letak bahagian tengah. Untuk extra best, cheese & chilli flakes boleh tabur bahagian atas (jika ada lebihan cheese yang anda parut)

Untuk dapatkan cheesy vege sandwich yang BEST:
  • Guna roti putih YANG MAMPAT ATAU BERAT berbanding yg ada di kebanyakan kedai (sedih akak tengok roti putih yg lembut tu buat sandwich / french toast).
  • Gunakan juga SAYUR FRESH kerana ia MURAH.
  • JANGAN KEDEKUT masa sapukan mentega / mayo / sos untuk isi sandwich 
  • Guna OVEN untuk cairkan keju. Jika xde oven, boleh aje guna pan yang leper macam pinggan tu. Letak sandwich atasnya, percikkan air sedikit & telungkupkan mangkuk besi untuk tutup. Dalam 1-2 minit, keju akan mencair. 
  • Oleh kerana kita orang Asia, makanya nak pedas. Boleh letak LADA HITAM, LADA PUTIH, PAPRIKA & CHILLY FLAKES untuk rasa lebih kaw. 
  • Boleh guna APA SAHAJA JENIS KEJU yang Ada. Tapi selalunya orang akan guna Mozzarella, Cheddar atau Gruyere. 
  • Boleh letak AYAM PANGGANG jika suka.

Keledek Panggang Dengan Madu dan Kayu Manis


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Keledek panggang dengan masu dan kayu manis, resipi baru saya buat bila suamiku doktornya soh diet. Bila dia diet, akak ni pun boleh join juga. 

Resipi ni ambil masa dalam 1/2 jam aje dah siap. Tak ambil masa lama. 

Bahan:
3 biji keledek, dibuang kulit & didadu.
1/4 cawan minyak zaitun
1/4 cawan madu
2 sudu kecil serbuk kayu manis
Garam & lada hitam secukup rasa.

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 185°c
2. Letakkan keledek didadu di atas tray. Tuang minyak zaitun, madu, kayu manis, garam & gula ke atas keledek. Gaul semua sekali hingga mesra. Kemudian masukkan dalam oven & bakar dalam 25-30minit hingga keledek masak/lembut.
3. Setelah masak, pindahkan dalam pinggan besar & renjis sedikit minyak zaitun di atas keledek. Maka, siaplah keledek panggang dengan madu dan kayu manis.

Ikan Kembung Masak Taucu


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dah lama tak makan menuikan kembung masak taucu ni. Tetiba teringat. So, apalagi, gigih cari barang kat pasar tadi. Alhamdulillah, ada rezekinya.

Dulu saya memang tak makan gulai ni, tapi mungkin kerana peredaran semasa, dah jadi suka. Faktor usia barangkali.

Bahan:
4 ekor ikan kembung disalut garam kunyit.
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai cili merah dihiris kasar
5-6 tangkai cili hijau dibelah tengah tapi jangan putus.
2 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Ikan digoreng, tapi jangan sampai garing. Ketepikan bila dah masak.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau. Kemudian masukkan cili merah & cili hijau yang dibuang bijinya. Kacau seketika.
3. Masukkan pula taucu & sos tiram. Kacau sebentar & masukkan air. Masak kuah hingga mendidih.
4. Setelah mendidih, masukkan kicap. Kacau seketika & masukkan ikan. Kacau perlahan-lahan & rasa. Jika tawar, boleh tambah garam atau gula secukup rasa. Kacau sebentar & boleh diangkat. Siap untuk dinikmati ikan kembung masak taucu dengan nasi panas.

Air Laici Berlemon dengan Pudina


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Air laici berlemon dengan pudina a.k.a lychee lemon with mint leaves drink. 
Dek kerana baki laici ada + baru beli sepasu daun pudina, makanya kita try minuman ni.
Very refreshing.

Bahan:
1. 1/2 biji lemon diperah
2. 4-5 biji buah laici dalam tin
1/4 cawan air gula laici
1/2 cawan air gula (ambil 2 sudu besar gula & letak air panas. Kacau hingga larut)
1 1/2 cawan air sejuk
3 helai daun pudina
Hirisan lemon & setangkai kecil daun pudina utk hiasan
Kiub ais

Penyediaan:
1. Masukkan perahan air lemon, air gula laici, air gula biasa, daun pudina serta air sejuk. Kacau hingga mesra.
2. Kemudian masukkan buah laici. Kacau. Letak lemon & setangkai pudina untuk hiasan. Siap air laici berlemon dengan pudina. Dah rasa macam kat restoran aje. 

Lemon Roast Chicken @ Ayam Panggang Madu


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Lemon roast chicken atau orang kita panggil ayam panggang madu. Menu mudah bila kita salut-salut bahan dan biarkan oven masak. 

Preparation untuk lemon roast chicken ni  dalam 10 minit je pastu 'sumbat' dalam oven 40 minit (let the oven do the work).

Enak makan dengan nasi, buat sandwich, buat chicken burger atau makan dengan gravy kesukaan. Korang nak makan dengan sambal pun boleh. 

Bahan:
5-6 ketul bahagian ayam (lap dengan tisu supaya kering dari air)
1 biji lemon dihiris 5-6
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil thyme
1 biji bawang holland dihiris

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 190°c.
2. Masukkan ayam yang telah dilap kering tadi dalam bekas pembakar/tray. Salut ayam dengan minyak zaitun, garam, lada hitam & daun thyme.
3. Kemudian, masukkan hirisan lemon & bawang holland di celah-celah ayam. Masukkan dalan oven. Masak dalam 35-40 minit. Setelah siap, keluarkan ayam dari bekasnya dan letak dalam pinggan elok. Jika malas, letak aje terus gitu kat atas meja (itu fungsinya ada pyrex, heheh...)

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...