Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Pancakes oreo dengan chocolate rice

Hubby saya tetiba aje ter'mengidam' nak makan pancakes. Ni semua gara-gara rancangan AFC yang dia tengah tengok. Bagus aje statement dari hubby saya. "Yang, dah lama tak makan pancake yang. Cam sedap aje tengok".

Saya apa lagi, paham sangat ler ayat tu. Tapi memang dah lama pun saya tak buat. Maybe setahun. Hehehe... So, balik aje dari NB Kara sebab beli buku yang ditempah, terus ke kedai jual barang kek yang ada dekat situ. Beli barangan buat pancake.

Maka, aktiviti membuat pancake @ lempeng orang putih ni pun bermulalah tadi. Mari saya kongsikan bahan-bahan dan cara buatnya ya :)

Bahan-Bahannya:
  • 2 cawan penuh tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil bikarbonat
  • 1/4 sudu garam
  • 2 sudu besar gula icing
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • sebiji telur
  • 2 cawan susu full cream atau jika pekat lagi adunan tepung, boleh tambah lagi susu agar cair (jgn cair sangat nanti lembik)
  • 2 sudu besar minyak sayuran atau mentaga cair
  • biskut oreo
  • chocolate rice
Cara-cara membuatnya:
  • Campur kesemua bahan kecuali minyak sayuran.
  • Selepas sebati, masukkan minyak masak dan gaul.
  • Panaskan kuali leper atau kuali non-stick dan ratanya minyak sedikit di permukaannya.
  • Setelah panas, taruk campuran yang sudah digaul tadi ke atas kuali. Jika nak besar pancake, taruk banyak, Jika nak kecil aje, then, taruk sikit lah.
  • Selepas itu, tabur kepingan orea yang sudah dipecah dan chocalate rice. Macam dalam gambar di bawah.
  • Bila gelembung-gelembung kecil banyak muncul di permukaan pancake, itu tandanya dah boleh diterbalikkan.
  • Biarkan dalam dua ke tiga minit dan kemudian angkatlahhh... Dan seterusnya ngap ngap ngap.

Ini dia pancakes saya yang dah siap. Enak dimakan dengan madu, sirap maple, jem, wipe cream.

Tepek kat kaki

Semalam, dengan jayanya saya telah menepek pad kesihatan kinohimitsu ke tapak kaki. Minggu lepas lagi nengok suami dan mama saya pakai benda ni. Macam best aje tapi oleh kerana saya masa tu tengah 'bendera jepun', so nantilah dulu. hehehe...

Malam tadi, saya capai le baki isi kotak kinohimitsu tu. Tengok ada 4 lagi. Boleh le try. Apalagi, maka saya tepek le kat tapak kaki. Dan.................. pagi tadi bila dibuka pad pelekat tu, hamik kau, gelap aje pad herba tu. Tu dia, banyak rupanya penyakit dalam badan ni. Tapi bila hubby nengok, dia kata tu ok lagi sebab warna coklat, dia dulu lagi hitam. Eeeee.... takutnyaaa...


Ingatkan ok le bila dah bukak pelekat tu tapi tambah lagi satu keje rupanya. Tak pasal-pasal pagi-pagi saya kena sental keliling kaki yang kena gam pelekat tu. Nasib baik sempat kejar solat subuh... hmmm...

Settle Sassy Girl Chun-Hyang

Ajakan adik saya telah menyebabkan saya mengkhatamkan siri korea lagi. Kali ni sassy girl chun-hyang pulak. Aduhaiiii... parah jap saya seminggu ni. Mana taknya ada 17 cd. 1 cd sama dgn 1 jam. Hambik kau. Berpinar-pinar bijik mata bila nengok cerita tu 3 jam direct. Kesudahannya saya cuma boleh tengok 2 cd dalam satu-satu masa (haiii,,, jgn bertambah power cermin mata dh ler...).

Tapi rasanya cerita kali ni boring skit. My Beautiful rasanya lagi sodappp... Jalan ceritanya meleret-leret dan slow. Pastu dok ulang sesi pergaduhan couple laki bini yang ego + malu-malu kucing ni.

Oleh kerana dah mengadap, sayang pulak kalau tak tau story dan endingnya. Saya gagahi juga sebabbbb... second hero tu nampak macho, matured and caring (hahahaha... tau dek hubby saya sure dia gelak gila). Ialah, penat saya nunggu hero dok tau si girlfriend ni suka dia dan sanggup buat apa saje. Dah tu payah pulak nak luahkan perasaan masing-masing. Rasa macam nak cepuk-cepuk aje dia orang.

Ha, inilah cik abang yang saya kata mature dalam cerita tu... namanya uhm tae wong. Nampak berkaliber berbanding hero (dah cerita remaja, so memang hero le menang, ya tak?)

Anyway, untuk cerita ni dari lima bintang, saya bagi 3 bintang stengah ajelah. Ok ler tu dari tak berbintang langsung. heheheh... Tapi untuk ost dia, saya bagi 4 bintang stengah. Sedap jugalah bila dah tau maksud lagu yang dinyanyi bila dah ditranslate. Plus, melodi memang sedap. Macam My Beautiful gak...

My friend wedding, Shahnaz n Martin

Ahad lepas bersamaan dengan 24 Oktober 2010, kawan saya merangkap juga jiran saya selamat diijabkabulkan. Alhamdullillah dan Tahniah dari saya dan hubby kepada Shahnaz Daud dan Martin Cooper Abdullah.

Dah lama sungguh saya tak jumpa dia. Ialah sesejak saya dan dia sambung belajar jauh (walaupun dalam Malaysia tp susah gak nak jumpa tu) dan dia kemudiannya merantau menyambung pelajaran ke luar negara dan bekerja di sana. I think almost 9 or 10 years saya tak jumpa dia masa dia dok UK. Just communicate through internet & message. Dan alhamdullillah kami berjumpa semula untuk perkahwinannya...

Dan syukur juga saya di majlis perkahwinan Shahnaz di Ampang, saya berjumpa kembali dengan kawan-kawan merangkap jiran-jiran saya juga (masing2 sudah ada komitmen tu yg payah nk jumpa). Walaupun sekejap tapi moment tu akan sentiasa melekap kat dalam hati ni (chewah). Love you all Su, Hartisa, Nazira & Shahnaz even though kita jauh dari mata.


Tapi dalam pada tu, i still missed to meet Fara (saya, dia dan Shahnaz kawan baik time skolah menengah dulu, dan dia le wanita belakang tabir tu majlis ni). Tak ada rezeki nak jumpa n chat with her coz dia ada kelas nak kena catch up. Faraaaa... bila nak jumpa niiii.... miss you like tutttt.... Nasib terserempak dengan mak n abah kau, dapat le borak-borak sat dengan depa, hehehe...

Shahnaz & Martin, saya doakan semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat dan syurga. Congratulation my friend... :)

Hubby n the geng main paintball

Exactly dah 2 minggu aktiviti ni berlangsung cuma saya yang 'kekurangan mood' untuk mengupdatenya. :)

Hubby ada gak pelawa main paintball ni. Tapi memikirkan saya tak reti main + boleh ke saya main pakai cermin mata, maka saya jadi pom pom girl n camera woman ajelah hari tu. Saya ajak gak adik bongsu saya ngikut. Saje je nak soh dia try kamera baru yang baru dibeli seminggu lalu. Lagipun bila dah kengkawan hubby saya main, dah tentunya dia orang pegang pistol bukannya kamera. Dan, pada hari itu juga, mulalah kerjaya adik saya sebagai camera woman (slps dpt tunjuk ajar dari member hubby).

Kami main kat Kg Sg. Pusu, Gombak. Masa mula-mula sampai, dah ada team lain sedang di'brief' oleh tuan empunya tempat paintball. So, kita orang lepak2lah kat pondok kosong yg maish ada. Sambil menunggu-nunggu team lain main, apalagi aktiviti berborak dan mengambil gambar sudah semestinya berlangsung. So, layannn....

Geng hubby... Dah macam tugu negara aje cuma bendera tarak... :P

Khusyuk mendengar 'amanat' yang disampaikan. Tapi, lawak terselit jugak time QA season berlangsung... hehehe...

My sister yang menjadi camera woman tak bertauliah hari tu. Nasib ada ilmu sikit diperturunkan oleh kawan hubby kat dia sebelum 'berperang'

Perang 'bola cat' bermula...

Sesi 'perang' ketiga. Kali ni depa nak berperang dalam hutan pulak tapi saya tak ngikut. Coz, kueh teow goreng saya dah sampai. Makan time. Tata...

Punyalah teruja depa main sampai semua orang bawak balik 'cenderhati' kat badan masing-masing. Hubby saya paling best 'cenderahatinya'. Dah lah pakai t-shirt pendek, for sure bawak balik kenangan paling best. Melecet dan bertanda besar tangannya. Kat badan jangan ceritalah, dah macam kena chicken pork versi bulat-bulat besar. Hehehe...

Anyway, everybody seems happy. Depa dan merancang nak main lagi bulan 11 ni. Huh! Entah berapa lianglah dia bawak balik kali ni. Me n my sister dah berkobar2 teringin nak join gak. Kihkihkih... Wish everything menjadi...

Mati syarat bertemu Allah

Kali ni saya nak kongsi artikel dari Solusi Isu ke 23. Kenapa perlu kita berasa takut untuk mati padahal itulah saat kita akan bertemu dengan pencipta kita yang sentiasa disembah dan dipuja lima kali sehari.


Imam al-Qurtubi menerusi satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat menyatakan:

Ketika Nabi Ibrahim a.s. didatangi Izrail untuk mencabut nyawanya, berkata Ibrahim kepadanya: "Wahai Izrail, pernahkah seorang kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri?"

Lalu Izrail memberitakan pertanyaan Ibrahim ini kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t. memerintahkan Izrail menyampaikan jawapannya kepada Ibrahim sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Wahai Ibrahim. Apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?"

Apabila Ibrahim mendengar jawapan Allah menerusi Izrail, berkata Ibrahim: "Wahai Izrail, cabutlah nyawaku saat ini juga."

Inilah kesempurnaan mahabbah hamba terhadap Rabnya. Ia pasti terhasil apabila sifat kehambaan itu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan yang singkat ini. Wallahu'alam.

you're beautiful / you're handsome drama



Give credit to my sister. Dah lama betul tak tengok drama korea dan jepun. Entah macam mana, time saya di rumah mama saya di Ampang (lepas settle hal pecah rumah tu), saya layan vcd drama yang saya nampak bawah meja. Mula-mula saya layan cerita jepun, Change. Drama berkisar tentang seorang guru muda berjaya menjadi Perdana Menteri Jepun dan mengubah cara pemerintahan yang ada. Walaupun orang rasa cerita ni boring (my sister kate cerita ni slow), tapi saya puas hati. Memang sepatutnya kita bertindak seperti karektor di dalam drama tu. Bersemangat, mahu berusaha, tidak mudah mengalah, sanggup berubah dan yang penting sekali positif.

Settle aje cerita Change, my sister bagi drama korea pulak. Dia kata cerita ni best. Try lah tengok.

Dan keputusannya saya suka drama ni. Walaupun hubby saya kata watak-watak lelaki dalam drama ni macam pondan (mana taknya, make-up tebal gila + budak2nya muda lagi), tapi saya layannn... Lagu-lagu untuk OST ni memang sedap-sedap di dengar specially As Ever/Still (lagu tema yg dinyanyikan olh kumpulan Lee Hong Ki tu), Promise dan Without Word. Lirik lagunya yang turut diterjemahkan membuatkan saya kekadang touching. Hahaha... But really, memang sedap liriknya bila dah ditranslate.

Kira lepas cerita Winter Sonata dulu dan All About Eve, ni lah cerita yang saya suka kemudiannya. So, siapa-siapa yang berminat dan nak layan cerita yang sweet, try tengok cerita ni. Memang comel, lagi-lagi keraktornya yang sentiasa berubah rambut dan baju. Nak dengar & tgk video lagu-lagu dalam cerita ni, boleh 'dengar-dengar' kat pilihan lagu saya ni bawah. Happy watching and listening...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...