Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Pancakes oreo dengan chocolate rice

Hubby saya tetiba aje ter'mengidam' nak makan pancakes. Ni semua gara-gara rancangan AFC yang dia tengah tengok. Bagus aje statement dari hubby saya. "Yang, dah lama tak makan pancake yang. Cam sedap aje tengok".

Saya apa lagi, paham sangat ler ayat tu. Tapi memang dah lama pun saya tak buat. Maybe setahun. Hehehe... So, balik aje dari NB Kara sebab beli buku yang ditempah, terus ke kedai jual barang kek yang ada dekat situ. Beli barangan buat pancake.

Maka, aktiviti membuat pancake @ lempeng orang putih ni pun bermulalah tadi. Mari saya kongsikan bahan-bahan dan cara buatnya ya :)

Bahan-Bahannya:
  • 2 cawan penuh tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil bikarbonat
  • 1/4 sudu garam
  • 2 sudu besar gula icing
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • sebiji telur
  • 2 cawan susu full cream atau jika pekat lagi adunan tepung, boleh tambah lagi susu agar cair (jgn cair sangat nanti lembik)
  • 2 sudu besar minyak sayuran atau mentaga cair
  • biskut oreo
  • chocolate rice
Cara-cara membuatnya:
  • Campur kesemua bahan kecuali minyak sayuran.
  • Selepas sebati, masukkan minyak masak dan gaul.
  • Panaskan kuali leper atau kuali non-stick dan ratanya minyak sedikit di permukaannya.
  • Setelah panas, taruk campuran yang sudah digaul tadi ke atas kuali. Jika nak besar pancake, taruk banyak, Jika nak kecil aje, then, taruk sikit lah.
  • Selepas itu, tabur kepingan orea yang sudah dipecah dan chocalate rice. Macam dalam gambar di bawah.
  • Bila gelembung-gelembung kecil banyak muncul di permukaan pancake, itu tandanya dah boleh diterbalikkan.
  • Biarkan dalam dua ke tiga minit dan kemudian angkatlahhh... Dan seterusnya ngap ngap ngap.

Ini dia pancakes saya yang dah siap. Enak dimakan dengan madu, sirap maple, jem, wipe cream.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...