Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 3 November 2010

Tepek kat kaki

Semalam, dengan jayanya saya telah menepek pad kesihatan kinohimitsu ke tapak kaki. Minggu lepas lagi nengok suami dan mama saya pakai benda ni. Macam best aje tapi oleh kerana saya masa tu tengah 'bendera jepun', so nantilah dulu. hehehe...

Malam tadi, saya capai le baki isi kotak kinohimitsu tu. Tengok ada 4 lagi. Boleh le try. Apalagi, maka saya tepek le kat tapak kaki. Dan.................. pagi tadi bila dibuka pad pelekat tu, hamik kau, gelap aje pad herba tu. Tu dia, banyak rupanya penyakit dalam badan ni. Tapi bila hubby nengok, dia kata tu ok lagi sebab warna coklat, dia dulu lagi hitam. Eeeee.... takutnyaaa...


Ingatkan ok le bila dah bukak pelekat tu tapi tambah lagi satu keje rupanya. Tak pasal-pasal pagi-pagi saya kena sental keliling kaki yang kena gam pelekat tu. Nasib baik sempat kejar solat subuh... hmmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...